MMMA 23

231 15 11
                                    

"Bro, aku nak datang jugak. Takkan perkahwinan abang sendiri aku tak boleh datang?" Kedengaran suara Rhys yang begitu kecewa di dalam telefon. Mana tidaknya, Raeez melarangnya dari datang ke majlis perkahwinan mereka nanti. Kononnya takut Ashi tahu bahawa mereka kembar. Ketika akad nikah pun dia hanya duduk di belakang. Bersembunyi di situ namun leher tetap panjang ingin melihat detik detik abang kembarnya melafazkan akad.

Rhys sendiri tidak faham kenapa abangnya begitu beria ria mahu merahsiakan kembar mereka. Apa salahnya kalau Ashi tahu?

"Fine. Tapi kau jangan merokok dekat sini. Pakai mask and apa apa yang patut. Understand?" Raeez yang sudah penat hanya bersetuju. Kasihan pula adiknya.

"Dah pakai. Aku dah ada dekat sini. Thank you bro" Talian terus ditamatkan oleh Rhys. Raeez bingung lalu anak matanya tertumpu ke arah pintu dewan. Kelihatan adiknya segak berbaju melayu dilitupi mask dan cermin mata hitam. Rhys melambai abangnya dari jauh. Raeez guling bebola mata, dia izinkan ataupun tidak, adiknya tetap sudah berada di sini.

Sepanjang Rhys berjalan, terteleng para gadis melihatnya. Walaupun wajah tidak kelihatan, aura lelaki tinggi lampai itu tetap terasa.

~~~~~

Aku duduk di sebuah kerusi. Penat melayan tetamu yang datang. Aku menongkat dagu lalu terpandang cincin yang tersarung di jari.

Tak sangka. Aku sudah menjadi isteri orang. Isteri kepada lelaki beku bernama Raeez. Yang aku masih belum tahu latar belakangnya secara terperinci.

Mampukah aku menjadi isteri yang baik? Adakah kami berdua serasi bersama?

Aku mencari bayangan Raeez. Ke mana lah lelaki itu menghilang.

Mata aku menangkap susuk Raeez yang cuba menarik kerusi di sebelah abangku Adam. Mataku terbeliak. Pantas aku berlari ke arah mereka. Gaun pengantin di angkat sedikit.

'Buk!'

"Aduh!" Serentak kami berdua mengaduh.

"Eh, pengantin nak lari lari ke mana?" Soal wanita yang tak sengaja aku langgar itu.

"Sorry-" Aku panggung kepala namun terhenti apabila melihat wajah itu. Macam kenal.

"Ashi kan? Hai.." Wanita itu tersenyum manis. Tiba tiba terasa kakiku dipeluk seseorang.

"Mama..." Seorang kanak kanak lelaki rupanya, dia memeluk kakiku dengan erat.

Anak siapa ni? Comel betul.

"Eh Riel sayang, salah orang tu. Meh sini dekat mama" Kanak kanak lelaki itu mendongak memandang aku dengan mata bulatnya. Aku hanya tersenyum. Kekok. Sudahla baru berkahwin, ini kalau orang dengar budak ni panggil aku mama, mahunya kena fitnah aku ni janda anak satu.

"Err sorry, saya pernah nampak awak tapi tak ingat. Awak siapa ya?" Soalku setelah begitu lama memerhati wanita ini.

"Saya Hayfa. Ingat tak? Awak pernah selamatkan saya dulu waktu saya kena culik."

Aku terkejut. Lantas aku memeluk Hayfa. Ya allah, macam mana aku boleh lupa? Sedangkan aku agak rapat dengannya ketika aku menjalankan tugas.

"Ya allah..saya mintak maaf. Patutlah rasa macam kenal sangat." Aku senyum lebar ke arahnya.

"Ni anak awak? Comelnya" Aku mencuit sedikit pipi anaknya.

"Iya, Tengku Ryan Hazriel. Riel, salam aunty" Riel menurut kata mamanya.

"Macam mana awak boleh tahu pasal majlis saya ni? Rasanya dulu tak sempat pun bertukar nombor" soalku.

"Erm saya bekas isteri Faiq, kawan Raeez. Raeez yang suruh Faiq jemput saya sekali. Raeez tak pernah cerita ke pasal saya dengan Faiq?" Aku membulatkan bibir.

Mr.Mafia Milik AshiWhere stories live. Discover now