MMMA 17

276 15 0
                                    


Hari hari berlalu seperti biasa. Pada hari ini aku menolong Milly di Grupo Bimbo. Pelanggan agak berkurang sejak kebelakangan ini. Mungkin kerana ada kedai baru dibuka berdekatan sini.

"Thank you, datang lagi ya" Milly mengukir senyum ke arah pelanggannya yang baru selesai membuat pembayaran. Aku hanya memerhatinya dengan senyuman nipis. Riak wajah Milly tidak ceria seperti selalu, dia kelihatan sedih. Aku berjalan mendekatinya lalu menarik tangannya duduk di satu meja. Milly hanya menurut.

"Kau kenapa?" Soal Milly sambil mengangkat sebelah keningnya. Mungkin hairan bila aku tiba tiba mengajaknya duduk. Aku merenungnya.

"Kau tu kenapa, muram je aku tengok. Ada masalah eh" Aku menyoalnya balik. Milly ketawa kecil. Belakang tanganku ditampar.

"Bila masa pulak aku muram. Mana ada lah" Walaupun wajah Milly mengukir senyuman, namun aku dapat rasa dia ada masalah. Aku kenal Milly sebaiknya.

"Jangan nak menipu lah. Aku kenal kau macam mana" Aku terus merenung wajahnya tanpa kelip. Lama. Senyuman Milly tadi semakin lama memudar menjadi senyuman pahit.

"Hmmm" Wajahnya disembam di atas meja. Milly sedikit merengek. Kakinya di bawah meja dihayun.

"Cuba kau bagitahu aku, kenapa ni"

Milly angkat kepala memandang aku. "Cuba kau tengok kedai aku ni. Dah tak ramai orang datang, semua dah pergi kedai baru tu"

Aku tersenyum nipis mendengar suara sayu Milly meluah masalahnya. Milly jarang begini, selalunya bila dia ada masalah, dia tetap akan luah dengan wajah yang ceria. Tapi kali ini berbeza, suaranya suram. Seolah olah ada awan mendung di atas kepalanya.

"Ala biasa la tu hidup berniaga. Ada hari kita untung, ada hari kita rugi. Berniaga ni ada naik turunnya." Aku menutur lembut sambil bermain dengan jari jemarinya.

"Aku bukan apa beb, kedai bakeri ni aku uruskan sorang sorang dengan bantuan kau dan yang lain. Even parents aku nak tolong tapi aku still taknak. Aku nak usahakan sendiri. Aku happy bila tengok pelanggan ramai masuk and dapat banyak pesanan. Sekarang ni dah tak ramai yang datang, kalau ada pun boleh kira dengan jari. Benda tu buat aku sedih beb, aku taknak Grupo Bimbo terbengkalai macam tu je. Usaha aku selama ni akan jadi sia sia" Hati aku sedikit sebak mendengar kata kata panjang lebar dari Milly.

Betul apa yang Milly cakap. Kedai bakeri ini adalah idea dan impian Milly sejak dulu lagi. Setelah berbincang dengan keluarganya, akhirnya Milly dapat menubuhkan kedainya sendiri. Sebagai kawan baik, aku menolongnya apa yang patut sedikit demi sedikit. Sekurang kurangnya Milly takkan berasa keseorangan. Dari mula sampai sekarang, aku nampak segala usaha Milly untuk menjayakan Grupo Bimbo.

'Aku nak tolong kau Milly, tapi macam mana? Aku taknak tengok kau sedih macam ni lagi.' Hati kecilku menggumam. Aku pandang Milly yang masih melentok di atas meja dengan pandangan sayu.

Tiba tiba akalku menyebut satu nama. Raeez! Mungkin lelaki itu boleh tolong? Dia kan businessman berjaya. Aku menahan senyum, patut ke aku mintak tolong Raeez? Kalau ada jalan penyelesaian, boleh juga aku buat kejutan untuk Milly.

Yes, perlu. Demi kawan baik kau Ashi.


***

Aku termengah mengah berlari lalu melabuhkan duduk di hadapan seorang lelaki yang santai bersilang kaki.

"Awak..sorry lambat. Huhh teksi lambat tadi. Hehee" Aku menyengih. Wajah kacak Raeez dipandang. Sudah hampir sebulan kami tak berjumpa.

Raeez selesakan duduknya. Jari jemari bergabung lalu diletak atas meja. Matanya merenung aku penuh serius. Kami kini di sebuah kafe yang agak terpencil. Walaupun agak tersorok, pelanggan di sini tetap ramai.

Mr.Mafia Milik AshiWhere stories live. Discover now