MMMA 7

368 29 0
                                    

Aku menolak pintu kedai Grupo Bimbo.Iaitu kedai bakeri kepunyaan Milly.Harini aku kerja di sini.Esok kerja dekat kedai makan pulak.Begitulah aku menjalani kehidupan hari hari.

"Welcome to Gru-eh babe!" Milly tersenyum melihat aku yang muncul di depannya.

"Weh,lama nya kau tak masuk kerja sini.Busy sangat ya?" Milly mengheret aku duduk di meja kosong.Aku pandang sekeliling.Masih pagi,tapi pelanggan sudah ramai.

"Ya aku busy lately ni.Kena belajar itu ini.Haih.." Aku merenggangkan sedikit tubuhku yang terasa lenguh.Aku agak penat sejak kebelakangan ini.Semuanya kerana berlatih menembak.

"Aloo kesiannya kau.Eh by the way,sorry sangat sebab aku tak dapat nak jemput kau pergi kerja minggu ni.Kau datang naik apa ni?"

"Aku datang naik teksi.Sebab tu lah aku lewat masuk hari ni." Beg sandang aku letak atas riba.

Sejak minggu lepas,Milly langsung tak boleh jemput aku pergi kerja.Katanya,ada seorang tempah banyak kek dekat dia.Itu yang sibuk memanjang je tu.Aku pulak memang faham keadaan Milly sekarang.Sampai bila aku nak harapkan Milly angkut aku?

Aku boleh bawak kereta sebenarnya.Tapi kereta aku yang dulu rosak and hancur teruk sebab kena langgar jentolak.Nasib baik time tu aku takda dalam kereta.Sebabkan teringin nak merasa Slurpee dekat 7 Eleven,aku singgah dekat situ sekejap.Keluar je tengok tengok kereta dah hancur.Bukan kereta aku je yang kena,kereta lain belakang aku pun kena sekali.Kata orang mesin jentolak tu ada problem sikit.Entahla aku pun tak tahu,benda dah lama berlaku.

Sedih bukan? Dah nasib nak buat macam mana.

"Eh haritu yang Raeez bawak kau keluar time kita tengah makan tu-"

"Itu nanti aku cerita.Sumpah malas nak bagitau sekarang" Aku memotong ayatnya.Milly hanya angguk.

"Ha,yang kau cakap tempahan kek banyak banyak tu dah siap ke?" Aku bertanya bila tengok Milly macam relax je hari ni.

Milly tongkat dagu atas meja. "Belum,bosan lah buat sorang sorang.Kau takde."

"Eh,Janna mana?Dia kan ada boleh teman kau" Aku melilau mencari kelibat Janna,salah seorang pekerja setia di Grupo Bimbo.Dekat sini memang ramai pekerja,tapi kebanyakannya tak tahu sangat berkaitan kek ni.Kerja mereka cuma melayan dan menjual makanan.

"Janna kejap lagi dia datang.Eh tapi kalau ajak dia teman aku pun,bukannya dia nak.Kerja asyik nak melekat dekat kaunter je dia tu" Aku angguk sedikit.Memang sesuai lah si Janna tu jadi casher kedai memandangkan dia suka mengira duit.

"Hmm..hari ni aku dah masuk kerja.Biar aku yang tolong kau siapkan tempahan tu.Jom" Aku tarik tangannya menuju ke dapur kering di belakang.

Grupo Bimbo bukan hanya menjual kek dan roti.Malah di sini menyediakan makanan Western seperti Mushroom soup,Chicken Chop,Fish and chips dan macam macam lagi.Jadi kedai Milly ni boleh dikatakan menarik perhatian ramai jugaklah.

"Banyak ke yang belum siap?" Aku tanya sambil bersandar di meja.Memerhati Milly mengeluarkan beberapa biji kek dari bekas.

"Actually semua dah siap tau.Tunggu nak hias je kek ni.Kalau kau tolong,aku yakin 100% hari ni jugak kita boleh hantar dekat customer." Aku angguk mendengar kata katanya.Laju juga Milly buat kerja.

"Nah,krim semua aku dah siapkan." Satu bekas berisi krim dihulurkan pada aku.Aku mencapai Nozzle lalu dipasang pada muncung Piping bag.

"Nak buat pattern apa ni atas kek?"

"Apa apa pun takpa dia cakap.Kau buat je ikut kau." Aku tersenyum lebar memandang Lily.

"Untungnya kau dapat customer macam ni.Tak banyak songeh,senang kerja nak buat" Aku mula fokus menghias kek.Krim warna hijau jadi pilihan lalu membuat bentuk daun di tepi kek.

Mr.Mafia Milik AshiWhere stories live. Discover now