MMMA 29

370 26 7
                                    

Aku senyap sambil membelek belek topi berbentuk kepala katak. Ini Raeez yang belikan. Untuk pujuk aku katanya.

"Awak, tadi saya ada tengok Facebook.  Ada ustaz terkenal datang beri ceramah dekat masjid malam ni. Awak nak pergi tak?" Kataku memecah kesunyian. Sejak balik dari zoo, Raeez tak banyak bercakap. Senyap sambil fokus memandu.

Raeez yang sedang memegang stereng itu kalih sedikit. "Ceramah pasal apa?"

"Umm pasal Kemanisan Rumahtangga kot seingat saya."

"Okay..malam ni kita pergi"

Buat seketika dia mengerling jam di tangan. Kemudian dia membelok ke kanan, menuju RnR.

"Kita solat dulu. Dah masuk waktu Asar ni. Ambilkan songkok dekat belakang kejap." Kata Raeez sambil mencari parking kosong.

"Jap" Kasut ditanggalkan. Terus aku panjat ke belakang. Memang patut pun Raeez cakap aku macam monyet tadi, buas sangat.

"Nah" Songkok hitam dihulur.

"Kau boleh solat tak ni?" Aku angguk sebagai jawapan.

"Aku habis solat, aku terus tunggu dalam kereta." Pesannya lalu berlalu ke surau lelaki. Aku pula ke surau perempuan.

-------------------------------

Setelah sekian lama, aku selesai solat Asar. Ramai juga orang dalam surau perempuan tadi. Telekung pula perlu tunggu giliran nak dipakai. Aku tak bawa telekung.

Aku berjalan ke kereta, tapi pintu berkunci. Langkah kaki di atur ke sebelah pemandu. Aku tunduk dan menekap muka pada cermin. Maklumlah, cermin ni tinted gelap.

Raeez sedang tidur agaknya. Seat disandarkan ke belakang, dan aku nampak nafasnya turun naik dengan lembut. Lengannya menutup dahi.

Aduh serba salah pula nak ketuk cermin, nanti kacau dia tidur. Tapi kalau tak ketuk, sampai bila aku nak berdiri di luar ni?

Terpaksa juga aku ketuk cermin, tak lama, Raeez bangun dan membuka kunci kereta.

"Awak penat ke?" Soalku tak menyabar setelah membolos masuk ke dalam kereta.

"Taklah, aku pejam mata kejap aje tadi."

"Kalau awak penat, bagi saya ajelah yang drive. Bahaya kalau awak drive dengan keadaan letih macam ni." Aku menawarkan diri. Nampak wajahnya macam letih sangat tu. Letih apa? Letih gelakkan aku tadi. Ceh.

"Kau reti drive ke?" Soalnya tak percaya.

"Reti lah, awak jangan pandang rendah sangat dekat saya ni. Saya tahu drive, cuma kereta aje tak ada. Dulu ada tapi dah kena langgar dengan mesin padi. Dah, awak keluar. Bagi saya drive"

Raeez keluar dan duduk di bahagian penumpang. Aku pula hanya melintas di situ sahaja menggantikan tempat pemandu.

"Bismillah.." Dah lama aku tak pegang stereng. Nervous juga.

Perlahan lahan kereta dipandu keluar dari perkarangan RnR menuju jalan pulang ke rumah.

--------------------------
Kami sampai dengan selamat di rumah ketika waktu senja. Raeez juga terlalu penat, sepanjang aku drive tadi dia hanya tidur. Kesian juga aku tengok. Malam ni nak ke masjid pulak.

Selepas menunaikan solat maghrib, kami bergerak ke masjid. Orang ramai sudah datang. Sudah tidak sabar untuk mendengar ceramah daripada ustaz terkenal.

Aku duduk di saf yang agak belakang, di tepi dinding. Rehal kayu yang tinggi ditarik lalu dibuka, menjadi meja untuk aku menulis nota di dalam buku yang aku bawa.

Saf perempuan dan saf lelaki tidak terpisah, untuk memudahkan jemaah perempuan untuk mendengar ceramah. Aku dapat lihat Raeez yang baru melabuhkan duduk, lalu bersalaman dengan orang sekelilingnya.

Aku sibuk menulis nota ketika ceramah diberikan.

"Jika suami dan isteri bergaduh, duduk dan bincang elok elok. Gunakan bahasa yang lembut. Sesekali selitkan gurau senda"

"Dari Abu Hurairah ra, berkata: Rasulullah Saw bersabda: “Saling bernasihatlah kalian semua (untuk kebaikan) perempuan. Karena sesungguhnya perempuan itu diciptakan dari tulang rusuk. Dan sesungguhnya bagian yang paling bengkok dari tulang rusuk adalah atasnya. Jika kamu luruskan, akan patah. Dan jika kamu biarkan, maka ia akan tetap bengkok. Maka (sekali lagi), saling bernasihatlah di antara kalian (untuk kebaikan) perempuan”. (Sahih Bukhari, no. 3366)."

"Dari Abu Hurairah ra, bahwa Rasulullah Saw bersabda: “Istri itu (terkadang) seperti tulang rusuk (yang bengkok dan keras). Jika kamu luruskan, kamu bisa mematahkannya. Jika kamu (biarkan, dan tetap) menikmatinya, maka kamu menikmati seseorang yang ada kebengkokan (kekurangan) dalam dirinya”. (Sahih Bukhari, no. hadits:  5239)."

Aku mencatat isi isi penting. Sesekali aku menguap.

------------------------------

Raeez fokus mendengar ceramah di hadapan. Sikit pun tak letih, sebab tadi dalam kereta dia sudah tidur dan berehat. Ashi yang memandu.

Ustaz itu terus memberi ceramah lalu berhenti. Para jemaah mula bingung.

Raeez pandang ustaz itu. Mata ustaz itu memandang ke arah saf perempuan. Lalu ustaz itu ketawa kecil.

"Kita sebagai lelaki, pasti tahu perempuan adalah makhluk yang paling aneh. Saya pernah terbaca di laman Twitter Ustaz Azhar Idrus, 'Perempuan adalah kanak kanak yang tak pernah dewasa.'"

Para jemaah ketawa.

"Saya tujukan ini kepada kaum lelaki terutamanya suami. Jika diperhati betul betul, isteri kita sangat cantik bak bidadari. Dan tingkah lakunya, tak ubah seperti kanak kanak. Maka ada benarnya juga apa yang diperkatakan oleh Ustaz Azhar Idrus."

"Ceramah kali ini ramai orang dewasa ya. Kalau budak budak ada, dah tertidur agaknya. Tapi fikirkan semula apa yang saya katakan tadi. Saya sebenarnya ternampak seorang jemaah perempuan di belakang sana. Tertidur di atas rehal kayu, sambil tangan masih memegang pen. Itu sebab saya tiba tiba usulkan perkara ini. Dah ada contoh terdekat."

Ustaz itu ketawa. Banyak kepala sudah tertoleh ke arah saf perempuan. Termasuk Raeez.

Terbeliak mata Raeez. Jemaah perempuan yang ustaz katakan tadi adalah isterinya sendiri!

"Astaghfirullahalazim Ashi.." Mengucap seketika Raeez.

Kemudian dia bangun, menunduk sedikit ke arah ustaz yang sedang tersenyum.

"Maaf ustaz, itu isteri saya. Letih agaknya memandu jauh tadi. Saya minta diri dulu ustaz"

Raeez bergerak ke arah saf perempuan. Mujur Ashi berada di bahagian agak belakang.

"Ashi..hey."

Raeez tenung Ashi yang sedang nyenyak di atas rehal kayu. Namun tiada respon. Tubuh Ashi ditarik, dengan sebelah tangan, rehal tadi disimpan. Buku dan pen Ashi diselit dalam poket seluarnya.

Setelah memastikan semua jemaah toleh ke hadapan semula, terus didukung isterinya. Lalu melangkah keluar dari masjid.

"Ashi Ashi.." Raeez geleng kepala memandang Ashi yang tidur dalam dukungannya. Seketika dia tersenyum, Ashi benar benar cantik walaupun sedang tidur.

"My wife is so beautiful"

Mr.Mafia Milik AshiWhere stories live. Discover now