MMMA 14

314 17 1
                                    


Sebulan berlalu dengan cepatnya.Aku jalani hidup seperti biasa.Hubungan aku dengan Raeez masih sama.Cuma kami jarang berjumpa,mungkin juga dia sibuk dengan kerjanya.Aku pun turut sama sibuk bekerja.Adalah juga sesekali berjumpa dengan dia,itupun hanya di balai.

Dan ya,kes Raeez yang berkaitan dengan Adam masih belum selesai.Semuanya gara gara Adam yang tiba tiba rajin mengikuti satu kem apa entah di Selangor selama dua bulan.Ada juga aku bagitau hasrat aku nak berbincang tentang Raeez.Tapi kesudahnya aku dimarahi pula.Katanya aku sama sahaja dengan orang lain,menangkan Raeez yang hampir membunuhnya suatu ketika dahulu.

Aku tak tahu apa sebenarnya yang Adam fikirkan,sampaikan dia begitu benci dengan Raeez.Bila aku tanya,takda pula dia jawab.Tak sempat nak sembang lama tengok tengok dah terbang sampai Selangor.Terpaksa lah aku tunggu dia balik.

"Ash.." Teguran papa menyentakkan aku yang sedang mengisi data di dalam laptop.

"Hmmm?"

"Papa nak tanya.Ash sekarang umur berapa?" Tanyanya sambil melabuhkan duduk di sebelah aku.Kepalaku dipegang.

"Umur Ash..22 tahun.Kenapa?" Tiba tiba papa senyum lebar.

"Dah besar anak bongsu papa ni.Boleh kahwin dah kan?"

Senyuman kecilku mati.Ahh..sungguh aku tak jangka papa akan tanya begini. "Ish,apa pula tiba tiba masuk pasal kahwin"

"Lah..papa tanya je.Kenapa?Ash dah plan taknak kahwin?" Papa mendugaku.Dan ya,tekaan papa memang betul.

"Err haah.Ash memang ada plan taknak kahwin.Tapi kalau dah ditentukan ada jodoh,Ash tak kisah.Cuma,Ash malas lah nak fikir pasal kahwin.Awal lagi.." Aku kembali menghadap laptop.Tak sanggup aku nak tengok muka papa sekarang.Entah marah,entah sedih.

"Apa pulak yang awalnya kamu ni.Umur dah 22 tahun,patutnya dah kahwin,dah boleh ada anak" Ha sudah,kalau tadi sang raja yang bertanya,kini sang ratu pula yang muncul.

"Alah ibu..kalau kahwin pun bukannya ada calon." Sebotol air mineral aku capai lalu diteguk membasahkan tekak.Memang ini cara aku ketika bekerja di rumah.Wajib ada air disebelah memandangkan aku tersangat malas mahu ke dapur.

"Apa susah,Raeez tu kan ada.Setahu ibu dia belum berpunya."

"Uhuk uhuk! Ibuu.." Dada aku tepuk kuat.Terasa pedih pula bila tersedak.

"Awak pun Amanda..tersedak budak tu dibuatnya" Ibu hanya tersengih dengan teguran papa.

"Betul lah kan saya cakap.Raeez tu belum berpunya lagi.Saya tengok Raeez tu okey je bang.Dia kenal keluarga kita,kita pun kenal keluarga dia" Kata ibu bersungguh sungguh.

Kenal keluarga dia?Sepanjang aku kenal dengan Raeez,tak ada pula lelaki itu menceritakan tentang perihal keluarganya.Dan aku pula tak pernah berniat untuk bertanya pada Raeez.

"Ibu dengan papa memang dah lama kenal ke dengan dia?" Aku bertanya tanpa berfikir panjang.Entah kenapa tiba tiba aku rasa ingin tahu lebih lanjut lagi tentang Raeez Darrian Alexandra.

"Dah lama..sejak kejadian dia dengan Adam bergaduh tu." Jawapan ibu membuatkan aku berfikir sejenak.Dah lama kenal...bermakna pasti ibu dengan papa pernah dengar nama Stella.

Kenapa aku beria sangat nak kenal Stella?Entah,aku pun takda jawapan untuk itu.Sejak Raeez bagitau aku bahawa Stella adalah bekas kekasihnya,aku rasa macam lain.Seolah olah ada sesuatu yang aku rasa dalam hati.Dan itu yang membuatkan aku bersungguh sungguh untuk mengenalinya.

Adakah aku cemburu?Tidak,kenapa perlu cemburu.Aku langsung tak punya apa apa perasaan pada Raeez walau sebesar zarah.

Andai Stella berada di mana mana,aku akan cari dia sampai jumpa dan...berkenalan?Mungkin,aku pun tak pasti dengan diri aku.Kalau bernasib baik,aku akan cuba untuk satukan kembali Raeez dan Stella.

Mr.Mafia Milik AshiWhere stories live. Discover now