MMMA 21

219 16 0
                                    

"Jom makan"

"Saya busy"

"Kau mengelak dari aku?"

"Mana ada"

"Dah ada jawapan ke belum?"

Senyap. Aku hiraukan Raeez yang dari tadi mengikutiku. Tangan masih laju menyelak fail fail yang sudah lama siap. Tinggal untuk dihantar sahaja pada Ikram.

"Ashi Quinza" Tegas nada suara Raeez.

'Pap!'

Fail yang berada pada tangan ku itu Raeez ambil lalu letak ke tepi.

"Stop ignoring me" Matanya menikam wajahku dengan tajam. Aku guling bebola mata.

"Saya busy lah. Nanti je lah kita keluar makan. Bagi saya buat kerja dulu." Aku berjalan laju menuju ke bilik Ikram. Ketuk sesaat lalu terus pintu aku buka.

"Ashi wait!" Serentak itu juga, lenganku ditarik Raeez.

Sunyi. Keadaan tiba tiba menjadi janggal tatkala Ikram memandang kami berdua, secawan air hampir mengenai bibirnya.

"Apahal korang berdua ni? Gaduh ke? Kalau gaduh sila gaduh kat luar, jangan dalam bilik aku" Matanya memandang aku dan Raeez silih berganti.

Raeez tutup pintu bilik Ikram. Dia mengheret lenganku menuju ke meja kerja sahabatnya.

"Yes Ashi, anything?" Ikram angkat kening. Lantas aku menghulurkan fail yang dibawa.

"Thank you, esok awak tak payah datang kerja sini. Kerja awak dah siap, nanti saya bagitahu kalau ada kerja untuk awak. Fokus untuk kerja awak yang lain pulak okey?" Aku hanya angguk. Lagipun sudah lama aku tak kerja di kedai makan Mak Senah. Serba salah pula aku.

"Kau Raeez, kenapa tiba tiba datang sini?" Nada suara Ikram tiba tiba berubah tegas.

"Kerja dia dah siap kan? Aku nak bawak dia keluar"

Serentak itu aku memandang Ikram dan menggeleng kepala. Tidak, aku tak mahu keluar dengan Raeez. Pasti dia akan bertanya tentang lamarannya yang belum aku fikir jawapannya.

Melihat gelengan aku, Ikram nampak seperti berfikir sejenak.

"Kenapa harini? Hari lain tak boleh ke?"

"No. Harini juga aku nak dengar jawapan dia. Sebelum ni dia selalu mengelak, banyak bagi alasan."

"Mana ada saya mengelak. Bila masa pulak" Aku melawan.

"Kau tak ingat?"

5hari lepas~

"Aku hantar kau balik"

"Eh tak payah, saya dah janji dengan kawan saya. Bye"

4 hari lepas~

"Jom keluar"

"Esok lah, saya tak larat"

Keesokan harinya~

"Jom"

"Esok esok"

Hari seterusnya.

"Ashi-"

"Oh mak saya ajak pergi beli barang. Sorry!"

"Dah ingat?" Sinis Raeez memandangku. Aku hanya buat taktahu. Memang betul itu alasan belaka. Aku tak mahu berjumpa dengan Raeez buat seketika, entah kenapa aku rasa mahu mengelak darinya.

"Korang gaduh apa ni, mengelak apa? Jawapan apa?" Ikram yang bingung itu bertanya. Pastilah bingung, dia taktahu sahabatnya ini meminang aku!

"Tak ada apa-"

Mr.Mafia Milik AshiWhere stories live. Discover now