MMMA 30

187 9 10
                                    

Aku mengerutkan dahi tatkala terasa ada jari menyentuh wajahku.

"Ashi..bangun"

"Urmm.." Celik sedikit, nampak Raeez dengan rambut yang agak basah. Aku tolak tubuhnya.

"Jangan la kacau.."

Raeez mendecit, wajahku tidak henti henti disentuh. Sekejap hidung dipicit, rambut dipintal.

"Bangun sayang..aku nak bawa kau pergi rumah Faiq"

"Five minutes more..." Aku mengeliat malas, sungguh rasa tak mahu bangun. Ini kalau tengah hujan ni, mahunya aku tak bangun terus.

"Wake up now" Jari jemariku digigit kuat. Terbuka luas mataku.

"Awak! Ish! Ye la ye la saya bangun" Aku duduk dan menguap sambil menggaru kepala.

Raeez geleng kepala. Ni isteri ke hantu langsuir ni?

"Bangun, mandi, bersiap"

Mudah, ringkas, padat. Raeez kemudiannya berlalu ke meja solek. Hairdryer dihidupkan lalu mengeringkan rambutnya.

Dengan malas, aku bangun perlahan lahan mencari tuala.

"Nah!"

Gelap pandanganku tatkala Raeez mencampak tuala ke wajahku. Dengan sebal, aku membolos masuk ke dalam bilik air.

"Jangan main air. Lambat, aku tinggal"

*******

Stereng dipulas ke kanan, memasuki kawasan perumahan Faiq.

"Ada kenduri ke?" Soalku tatkala melihat banyak kereta di luar rumah.

"Faiq bagitahu, dia dan Hayfa dah selamat disatukan. Harini dia buat majlis makan makan sikit" Raeez tarik brek.

"Lah ye ke? Alhamdulillah" Aku keluar dari kereta. Kami jalan beriringan.

Setelah memberi salam, Tengku Ryan Hazriel muncul di hadapan pintu rumah yang terbuka luas. Terkedek kedek dia berlari lalu memeluk kakiku. Aku tersenyum.

"Hey little boy, come to uncle" Raeez depakan tangannya, lalu mendukung Hazriel. Aku mencuit cuit pipinya. Comel sungguh!

"Kenapa main kat sini? Where is papa?" Raeez menyoal.

"Ryan Hazriel!" Kelam kabut Faiq muncul di depan pintu. Mungkin sedang mencari anaknya.

"Ya Allah..sini rupanya. Risau papa, nasib baik uncle Raeez ada" Faiq tersenyum ke arah kami berdua.

Dia bersalaman dahulu dengan Raeez. "Thanks sebab datang, masuk la. Jamuan makan kitorang buat dekat tepi kolam"

Kami melangkah masuk. Sampai sahaja di tepi kolam, ada kelibat Ikram, Atan, Muiz, dan juga Is di situ. Sedang menjamu selera. Hanya mereka, tiada orang lain.

"Kau jemput berapa ramai?" Soal Raeez sambil bermain dengan Hazriel dalam dukungannya.

"Yang rapat aje, malas jemput ramai ramai. Banyak kerja nak kena settle"

"Ingatkan ramai, kereta banyak kat luar"

"Diorang datang asing asing" Aku dan Raeez angguk kepala serentak.

"Hayfa mana?" Soalku, mencari bayang isterinya.

"Ada kat dapur dengan Mia, kakak dia. Pergi la makan dulu, nanti aku panggil Hayfa" Sejurus itu, Faiq berlalu.

"Sayang" Aku kalih, pandang Raeez.

"Mia tu kekasih Ikram" Raeez berbisik. Ternganga aku dibuatnya. Ikram pernah bagitahu dia ada kekasih. Tapi yang aku terkejut, kekasihnya adalah kakak Hayfa.

Mr.Mafia Milik AshiWhere stories live. Discover now