MMMA 28

267 16 7
                                    

Tanganku sibuk mengacau kari di dalam periuk. Seketika mataku teralih ke arah Raeez yang tiba tiba muncul berdiri di hadapan mesin Coway untuk minum air. Aku tersenyum.

"Awak..tak pergi kerja ke hari ni?" Aku bertanya lantas meninggalkan sebentar senduk kari. Aku berjalan mendekatinya.

Baru sahaja ingin menyentuh lengannya, suara seseorang menjerkah dari belakang mengejutkan aku.

"ASHI QUINZA!"

Aku berpaling dan melihat Raeez yang sudah bercekak pinggang sambil memberi pandangan yang amat tajam. Aku terkejut. Ya tuhan..aku lupa Rhys kembar Raeez!

"Err.." Aku toleh semula ke arah Rhys yang berada sangat dekat denganku. Tangannya keras dengan posisi cawan hampir menyentuh bibirnya.

"Hehe sorry Rhys..." Mencicit aku berlari ke arah Raeez.

"Sorry lah awak.. mana saya tahu Rhys tidur sini semalam. Awak tak cakap pun. Nasib baik saya tak terpeluk dia tadi" Aku sentuh lengannya.

"Tak payah nak bagi alasan! Sebelum ni Rhys tak ada, tak pernah pula kau nak peluk peluk aku." Raeez menjeling. Aku pula muncung itik.

"Dahla kau pun..kesian Ashi tu. Dia tak sengaja kan? Biar aje lah..ni kau asal awal sangat bangun? Melepas peluang aku nak dipeluk Ashi"

Rhys senyum mengusik lalu mengerling ke arahku. Aku hanya menggeleng kepala. Haih Rhys ni pun satu, dah tahu abangnya begitu, masih lagi nak tuang minyak dalam api.

Raeez kacip gigi. Rahangnya kelihatan tajam. "Kau berambus cepat cepat dari sini Rhys. Aku menyampah dengan kau"

"Alah awak ni, biar je lah dia nak duduk sini. Bukan salah pun kan?" Aku mencelah lalu bergerak kembali ke arah kari yang aku masak. Api dapur ditutup.

"Still, aku tak suka Rhys kat sini. Kau asyik tertukar aku dengan dia."

Raeez datang mendekatiku lalu pinggangku dipeluk. Sesaat dia labuhkan ciuman di kepalaku. Aku biar sahaja. Rhys pula sudah lama berlalu keluar dari dapur.

"Kali ni je saya tertukar.. lama lama saya tahulah nak bezakan awak dengan dia. Dah tepi, saya nak buat kerja. Awak tu, tak kerja ke harini?" Aku tepis tangannya dan berlalu ke sinki.

"Still cuti. Aku ambil cuti lama memandangkan kau demam." Raeez peluk tubuh sambil bersandar pada meja.

"Siapa suruh? Saya ni jarang demam, tapi sekali demam memang agak teruk. Tapi tak lama, sekejap je dalam 3 4 hari, saya okay lah nanti."

Raeez mendecit. "Biarlah, aku bos. Suka hati lah nak masuk kerja ke tak"

"Eeee sombongnya orang tu.." aku mengejeknya. Raeez tak membalas cuma kedengaran tawa kecilnya.

"Ni kau larat dah ke? Aku ingat nak bawak kau jalan jalan hari ni. Kita tak pernah lagi keluar sekali sejak kita kahwin." Terus bersinar sinar mataku, laju aku berpaling melihatnya.

"Larat! Awak nak bawak saya pergi mana? Bila?"

"Amboi laju. Kejap lagi lah, tengah hari macam tu. Aku nak cuci kereta dulu"

"Keluar pergi mana...?" Aku bertanya lagi, buatnya aku pakai cantik cantik nanti dia bawa aku pergi melawat ladang lembu pula!

"Dating" Dia mengenyitkan sebelah mata lantas tersenyum untuk satu saat. Selepas itu hilang senyumannya, bertukar menjadi wajah yang datar.

Aku cemberutkan muka. "Ish"

Tak hiraukan Raeez, aku sambung memasak. Tengah hari nanti baru keluar, sempat lagi ni masak dan makan tengah hari.

Mr.Mafia Milik AshiWhere stories live. Discover now