MMMA 22

212 16 10
                                    

Manusia yang lalu lalang di hadapan pintu kaca itu aku tenung dengan pandangan kosong. Dagu aku topangkan di atas meja kecil sebelum mata kembali mengerling beberapa buah majalah yang terbuka helaiannya.

Perlahan aku menghela nafas. Majalah majalah itu penuh dengan design baju pengantin yang ada di butik ini. Ada bermacam macam jenis. Tapi tak ada satu pun yang aku berkenan di hati kerana aku merasakan perkahwinan ini terlalu tiba tiba. Aku belum bersedia.

Aku bersetuju dengan lamaran Raeez setelah begitu lama mengelak darinya. Keluargaku begitu suka dengan Raeez, dan lelaki itu juga tidak putus putus memujukku. Akhirnya aku hanya bersetuju sebelum kepala menjadi lebih kusut.

"Haishh lamanya mamat ni. Fitting baju ke jahit baju?" Aku berpaling kebelakang mencari bayangan Raeez. Namun hampa, pintu fitting room itu masih tertutup rapat, bermakna Raeez belum selesai.

Telefon ku ambil untuk membaca notifikasi yang baru masuk. Mesej daripada papa.

'Tarikh nikah dah ada. Nanti balik kita bincang lagi ya adik, ajak bakal menantu papa sekali'

Aku hanya membalas 'okey'.  Setelah mendengar persetujuanku, papa lah yang paling gembira sekali kerana hasratnya bermenantukan Raeez telah tercapai.

"Ehem"

Deheman itu mengejutkan aku. Raeez sudah berdiri di sebelah dengan baju melayu tersarung pada tubuh.

"How?" Dia bertanya meminta pendapatku.

"Nice" Aku menganggukkan kepala. Berpuas hati dengan penampilannya. Jujur aku katakan, Raeez lebih kacak begini. Berbaju melayu , bersampin dan bersongkok. Selalu formal aje pemakaian dia. Takpun berhoodie.

"Oh ya, papa cakap tarikh nikah dah ada. Dia suruh kita balik nanti bincang lagi." Aku menyampaikan pesanan papa tadi sebelum aku terlupa buat selama lamanya. Lebih baik aku bagitahu cepat.

"Alright. We eat first. Lepastu kita balik" katanya sebelum dia berlalu masuk kembali ke dalam fitting room.

Bagus juga tu, lagipun perut dari tadi vibrate minta diisi. Raeez punya pasal! Awal awal keluar bukannya mahu isi perut dulu, tapi lelaki itu sibuk membeli barang barang hantaran.

Selang beberapa minit kelihatan Raeez sudah berpakaian seperti biasa. Dia berbual sedikit sebelum berlalu sambil membuat isyarat 'jom' kepadaku. Aku hanya menurut.

Masuk sahaja dalam keretanya, aku tersandar penat sambil tangan melekap pada perut. Lapar betul ni.

"Hungry?" Soal Raeez setelah memboloskan diri di tempat duduk pemandu.

Aku senyum kecil. "Taklah, kenyang"

Dia hanya membuat muka pelik, lalu terus fokus pemanduannya.

"Kan bagus kalau kau selalu senyum comel macam tu. Ini masam macam jeruk, nasib baik aku berkenan nak buat jadi isteri" Sambil Raeez memandu, mulutnya mengomel membuatkan aku menjegil mata.

"Awak cakap saya macam jeruk? Fine, nanti nikah saya nak lari. Kahwin la awak sorang sorang" Aku berpeluk tubuh sambil membuang pandang ke luar tingkap. Malas aku melayan lelaki ini.

Ketawa kecil dari Raeez aku endahkan. Entah apa yang lawaknya aku pun tak tahu. Sejak nak berkahwin ni, agak ketara perubahan sifat Raeez dari yang sebelum ini.

"Kau nak lari mana? Kau milik aku seorang aje" Tenang Raeez berkata setelah menghabiskan sisa tawanya.

Aku menjulingkan anak mata. Apa apa je lah Mr. Raeez. Yang aku tahu aku lapar sekarang tahap kebulur.

"Restoran mana awak bawak saya ni?" Tak jadi aku nak keluar dari kereta apabila melihat restoran yang agak mewah di hadapan.

"Restoran ni lah. Mana lagi?" Dia yang mahu menanggalkan tali pinggang keledar turut terhenti.

Mr.Mafia Milik AshiWhere stories live. Discover now