MMMA 10

332 29 0
                                    


Aku mengibas muka aku.Panas pula hari ini.Berpeluh leher dan belakang badanku.

Sekarang ni aku dekat luar rumah.Bosan bosan,nak buat apa dekat dalam?Panas,berkuap semua ada.

Lagipun ibu dengan papa takda kat rumah.Entah ke mana perginya suami isteri itu.Vel ada je dekat dalam,tapi macam biasalah dia tu berkurung je dalam bilik.Adam dah lama balik ke Malaysia,lepas puas bercuti dengan kawan kawan dia.Sekarang dia pun takda dekat rumah.

Hmm memang takda peneman berbual lah jawabnya.Nak ajak Milly keluar,dia pun tengah sibuk.Raeez?Huh,hampir sebulan aku tak jumpa dia.Mesej tidak,telefon pun tidak.Ada jugak aku terjumpa dengan dia dekat balai,tapi saja aku sibukkan diri.Karang tak pasal pasal kena gari pulak dengan aku.

Oh ya pasal kes haritu,aku masih tak tahu apa yang terjadi.Tak pula aku bertanya dekat Adam.Entah,mulut ni berat je nak bukak.Lately ni jugak aku kurang bercakap.Lebih kepada pendiam.

“Haih...bosannya....” Aku mengeliat sedikit di atas kerusi bangku.Bosan tahap maksima!

Mata aku tiba tiba terpandang basikal tua milik papa yang tersadai elok di tepi dinding rumah.Hmm..aku berfikir sejenak.

Panas panas macam ni,ada bagusnya jugak rendam kaki dalam air terjun.Aku tersenyum.Dah lama rasanya tak ke sana.

Di kawasan sini,memang ada satu tempat air terjun.Tak ramai orang tahu sebab agak tersorok ke dalam.Tapi masih setia dikunjung ramai.Paling best,air terjun tu agak dekat,jalan kaki pun boleh kalau nak ke sana.

Aku berlari masuk ke dalam rumah.Satu beg diisi dengan kain tuala dan pakaian.Tak mandi pun,tapi manalah tahu kot kot aku terjatuh masuk dalam air ke.At least ada lah jugak baju spare.

“Vel!Aku keluar jap tau!” Aku menjerit bila melalui bilik Vel.

“Pergi mana?!”

“Air terjun” Jawab aku lalu menutup pintu rumah.Basikal tua papa aku ambil lalu mula mengayuh.

Ahh terasa tegang otot kaki aku bila mengayuh.Mungkin sebab dah lama tak naik basikal.

Beberapa minit berlalu,akhirnya aku sampai di situ.Terpampang satu board tertulis nama tempatnya.

HUTAN SIMPAN SUNGAI RAMBAI

Sejuk je rasa bila masuk di situ.Ialah dah nama pun hutan kan?Aku letak basikal di satu tempat.Tak ramai orang datang,adalah beberapa buah keluarga datang bermandi manda.Tak lupa juga dengan pasangan bercinta.Ada je tengah duduk di atas batu.Haih..malas aku nak cakap apa pasal tu.

Aku mula mencari port untuk merendam kaki.Hmm..cetek ke dalam?Kalau pilih cetek,nanti tak feel nak rendam kaki.Basah pun setakat buku lali je buat apa?Baik duduk bertapa dalam bilik air jirus kaki je.

Akhirnya aku memilih untuk duduk di tempat yang agak dalam.Kaki aku mula masuk ke dalam air.Wuuu sejuk.Hilang habis semua rasa panas dekat rumah tadi.

Walaupun cuma merendam kaki,badanku sudah mula menggigil sejuk.Gigiku berlaga laga.

‘Brushhhh!!’ Aku dengar bunyi bising di hujung sana.Ramai remaja lelaki di situ.Seronok agaknya melompat masuk dalam air.

Aku keluarkan telefon.Aplikasi Pou aku buka lalu bermain game.Nak skrol IG,tapi tak boleh.Dekat kawasan bukit ni,line slow and zero terus.Main game je lah mampu,takpun selfie gambar dua tiga keping.

Melihat semuanya seronok bermandi manda,buatkan aku berkira kira nak mandi atau tidak.Macam best je kalau dapat berendam dalam ni.Tapi tak berani,tempat yang aku pilih ni agak dalam.Aku dahla pendek,tak pandai berenang pulak tu.

Nak ubah pergi tempat yang tak berapa dalam,ada orang lah pulak kat situ.Malu aku nak mandi situ.Nak pilih tempat hujung,ahh tu lagi dalam.

“Ash” Suara itu mengejutkan aku.Mujur aku tak jatuh kedepan.Kalau tak,tenggelam lah aku kat situ.

Mr.Mafia Milik AshiWhere stories live. Discover now