D' 9

3.3K 235 8
                                    

"Angeline sila masuk ke dalam bilik saya. Sekarang!" Kedengaran suara Adlos dari pembesar suara.

Semua mata memandang Angeline. Angeline menelan air liurnya , apa pula nasibnya kali ini.

Adlos berdiri menghadap luar. Pemandangan yang indah , cantik tetapi bukan moodnya sekarang.

"Adlos , she's here" ucap Nate. Adlos memandang Angeline dengan muka yang serius dan menyeramkan.

Nial , Nate , Austin , Eric dan Arfi hanya memandang Angeline. Mereka semua memandang Angeline dengan perasaan marah.

"Apa kau buat dekat sini?" Soal Adlos

"A-apa maksud tuan? Tuan yang panggil saya ke sini" jawab Angeline dengan menggigil. Dia mengusap tangan sendiri.

"Maksud aku , apa motif bapak kau hantar ke Lewis's? Kau pun nak intip aku?" Tanya Adlos. Mata birunya menikam anak mata Hazel Angeline.

Angeline mengetap giginya. Kantoi? Macam mana boleh kantoi?!

"Apa? Kenapa diam? Sebab dah kantoi" soal Eric , dia memegang pistol di belakangnya.

"S-saya terpaksa"

"Terpaksa? Patutlah LeFood ramai orang complain , orang lain elok je. Kau lah penyebab semua ni?" Soal Adlos.

Angeline mengangguk.

"Ye , memang saya yang hantar Lia dan manager tu. Tapi saya terpaksa!" Suara Angeline sudah naik oktaf. Air mata mengalir di pipi.

Adlos tergelak sinis.

"Kau ni memang nak kena bunuh dengan aku. Bapak dengan anak sama je!" Jerit Adlos , dia sudah mengacukan pistol kepada Angeline.

Angeline tersenyum , air mata semakin laju mengalir di pipinya. Arfi mengerutkan dahinya.

"Bunuh saya. Tolong , saya dah tak tahan hidup dekat dunia ni. Just kill me!" Angeline menjerit. Dia sudah naik gila , inilah peluangnya.

"Hoi perempuan , kau dah kenapa?! Gila?!" Soal Austin.

"Ya! Aku gila! Aku dah tak tahan , bunuh je aku. Aku tak kisah langsung!"

"Bising lah kau ni" Nate menaikkan tangannya untuk menampar Angeline tetapi di halang oleh Nial.

"Papa tak ajar tampar perempuan" ucap Nial kepada adik kembarnya.

Angeline terjatuh ke lantai. Peluh mula menguasai diri , dia menggigil dengan kuat. Dia menggosok gosok betisnya.

Mata ahli D'gertios membulat apabila terpandang betis Angeline yang di penuhi dengan lebam. Ada kesan yang bertampal dengan plaster.

Mereka memandang Adlos. "Kau nampak kan apa aku nampak?"

Adlos mengangguk. Nampak sangat kesan lebam tu akibat di dera.

"fa male!! (Sakit!)" Angeline sudah bagaikan orang gila. Dia menggosok gosok tangannya pula.

"What.the.fish" tergamam Austin melihat penuh kesan lebam di lengan perempuan itu.

"Sakit? Dia kenapa?" Tanya Nial.

"Tenangkan dia!" Arah Adlos. Adlos membaling botol ubat tidur kepada Arfi.

Arfi meyambut botol itu. Eric memegang kepala Angeline. Austin pula membuka mulut Angeline dengan luas. Nate dan Nial memegang erat kaki Angeline.

Sebiji ubat tidur di suapkan ke dalam mulut Angeline dengan cepat. Akhirnya Angeline menelan ubat itu. Dia sudah tenang lalu tertidur.

D'GERTIOSWhere stories live. Discover now