D' 21

3.3K 216 6
                                    

Adrian memandang tajam Angelo yang tersenyum sinis sambil bersandar di mejanya.

"Now it's just us" ucap Angelo. Adrian tersenyum.

"Yeah , I'll make you feel good" bisik Adrian di telinga Angelo.

Angelo memulakan serangannya dengan ingin menumbuk pipi Adrian tetapi dielak.

Adrian menembak bahu Angelo dengan 2 kali. Darah mula terpancut dari bahu Angelo. Angelo mula mengerutkan dahinya , sakit.

"Why? Sakit?" Soal Adrian dengan nada yang sinis.

Angelo mula berlari ke arah Adrian. Adrian menembak pula kaki Angelo untuk membuatkan Angelo lagi lemah.

"Tch" Angelo mengeluh. Dia mengeluarkan bom asap dari belakang seluarnya.

Adrian mula terkebil kebil dengan asap yang memenuhi segenap ruang bilik itu sekarang.

Angelo mengambil pisau lalu berlari ke arah Adrian. Pisau itu tadi terkena sedikit pada bahagian lengan Adrian.

Alex memandang sisi bilik yang di penuhi asap itu tadi. Dia memandang Hana yang sedang berlawan.

"Hana , you pergi tolong Adrian!" Ucap Alex.

Hana menganggukkan kepalanya. Dia terus berlari ke dalam bilik ofis itu , pintu di tendang dengan kuat. Pedangnya masih setia di sisi di pegang.

Hana meneliti bilik itu. Asap semakin hilang dari radar penglihatan. Hana menekup mulutnya.

"A-adlos" ucap Adrian.

Angelo memandang sinis ke arah Adlos yang berada di hadapannya. Pisau tadi menikam bidang dada Adlos pula.

"Hurghh , bagi b-balik Angeline" ucap Adlos kepada ayah mertuanya. Adrian dan Hana memandang anak lelaki mereka.

"Dah nak mati pun kau masih fikir pasal Angeline? Dia tu tak sayang kau pun , ada orang yang lebih layak untuk dia dari kau" ucap Angelo.

Adlos menggelengkan kepalanya. Tidak , tidak!

"Tak! Angeline is mine. She is mine!" Dengan perlahan Adlos mencapai pisau yang berada di dadanya. Pisau itu ditarik keluar.

Adlos terjelopok di lantai. Dia masih lemah , banyak darah yang terkeluar daripada badannya. Adrian menelan air liur yang seperti tersekat di celah kerongkong.

Angelo memijak perut Adlos dengan kuat. Makin banyak darah yang keluar dari badannya.

Adrian membuntangkan matanya.

"Sial!" Jerit Adrian. Dia menembak dada Angelo. Tembakannya tepat. Angelo memandang sinis Adrian.

"Kau tak boleh bunuh aku" ucap Angelo dengan penuh sinis dan berlagak.

Adrian menyepak kepala Angelo sehingga kepala lelaki itu terteleng ke tepi.

Nate pula melepaskan tembakan ke bahu Angelo. Dia tidak mahu menembak kepala Angelo , dia nak Adrian yang uruskan tentang itu.

Adrian pula semakin lemah untuk bergelut. Dia bukannya muda seperti dahulu , dia di pertengahan umur.

"Aku boleh" dengan sekali hayunan di leher Angelo , terlerailah kepada lelaki itu.

Adrian melopongkan mulutnya. Hana memandang kepala yang tergolek di lantai tersebut.

"Sayang" panggil Adrian.

"Abang" Hana memeluk Adrian dengan erat.

"Abang bawak Adlos pergi dari sini , let me finish them" ucap Hana. Dia ternampak semakin ramai anak anak buah Angelo yang datang kepada mereka.

Adrian menganggukkan kepalanya tidak membantah dengan arahan Hana. Dia juga tidak berapa ada tenaga untuk berlawan.

Ahli D'gertios memandang Hana yang baru sahaja keluar dari bilik Angelo. Mereka menganggukkan kepala masing masing.

"Ada berapa orang diorang ni" rengas Nial.

"Entah , dah macam robot pulak aku tengok" ucap Austin. Mata helang Eric mula memerhati pergerakan musuh musuhnya.

Arfi , Erina , Aria pula sudah bersedia untuk membelasah seorang demi seorang.

"Let's go!" Ucap Arfi dengan kuat. Mereka semua mula bergelut dengan anak anak buah Angelo.

"Pergi mati je la , bos kau pun dah mati" ucap Najwa sambil tersenyum. Lelaki itu memandang anak mata Najwa yang berwarna hijau dengan agak lama.

Tiba tiba lelaki itu rebah di lantai. Pisau berada betul betul di belakang badannya. Najwa memandang Elvian.

"Don't look at my love like that" ucap Elvian dengan penuh dingin. Dia pantang betul orang memandang Najwa dengan sebegitu.

Najwa tersenyum manis. Haish comel!

"Yes keluarkan your skill!" Ucap Nick dengan kuat kepada Fira yang sedang berlawan. Nial memandang Mama nya , mulut sudah terlopong.

"Mama ke tu?" Soal Nate dari jauh. Suara Nate kedengaran di earphone. Nial mengangguk.

"Tembak lah kepala diorang ni Nate!" Ucap Austin.

Seorang demi seorang mula rebah di lantai. Tembakan Nate kena tepat di dahi mereka.

"Good Nate"










Marco ingin menyuapkan bubur ke dalam mulut Angeline memandang kan Angeline hanya diikat di kerusinya.

Angeline mengalihkan muka memandang ke tepi. Tidak mahu di suap oleh Marco. Dia hanya mahu Adlos!

"mangiare (makan)" ucap Marco. Puas dia memujuk Angeline untuk makan tetapi perempuan itu tidak mahu makan juga.

Angeline menggelengkan kepalanya. Dia tiada selera , dia asyik terfikirkan tentang Adlos yang berada jauh darinya.

"Haih" Marco mengeluh perlahan.

"Boleh tahan degil juga kau ni" ucap Marco sambil memandang tajam ke arah Angeline.

Mata hazel Angeline memandang kosong ke arah luar. Cantik pemandangan , tapi dia di mana?

"Mesti kau terfikirkan tentang suami kau. Dia dekat hospital sekarang , perut dengan dada dia kena tikam. Dengan ayah kau sendiri" ucap Marco.

Akhirnya Angeline mengalihkan pandangannya ke arah lelaki itu apabila terdengar nama yang dia rindu.

"D-dia okay kan?" Soal Angeline. Marco mengangguk perlahan , Adlos pasti akan okay.

"Angelo?" Soal Angeline.

"Mati"

Angeline mengangguk. Angelo sudah tiada , maknanya dia juga tidak akan di dera lagi kan?

"Kau akan dera aku juga kan?" Soal Angeline dengan pandangan kosong di matanya.

"Tak , aku bukan macam bapa kau. Aku akan jaga kau" ucap Marco sambil tersenyum manis.

Angeline tidak pasti dia boleh mempercayai Marco atau tidak. Buktinya sekarang sudah tiga hari dan dia masih lagi diikat di kerusi.

"Cakap je apa kau nak aku akan bag-"

"Adlos. Aku nak Adlos"

Marco menggelengkan kepalanya. "Kecuali Adlos , aku tak akan bagi kau jumpa dia"

Air mata mula membasahi pipinya. Adlos , nak Adlos.

"Hey , Angel jangan menangis. I'm here for you" ucap Marco dengan lembut.

"Nak Adlos"

"Shh...cry if you want to. I'm here love"

Rumah itu dipenuhi dengan tangisan Angeline yang makin lama makin kuat. Dia mahu Adlos. Adlos jangan tinggalkan Angeline..

〰〰

Hello tolong komen something if you rasa ada kekurangan or else❤️i would like to hear your opinion on my book hehe.

D'GERTIOSWhere stories live. Discover now