D' 18

3.3K 210 1
                                    

Adlos memandang gambar Angeline yang sedang tersenyum manis. Dia baru sahaja mengambil gambar itu kemarin tanpa pengetahuan Angeline.

Sudah masuk 3 bulan dari peristiwa hari tu. Dia masih teringat kan saat saat itu. Dia dan Nate pula sudah berbaik dan bermaaf maafan.

Adrian pula menyuruhnya untuk menjaga Angeline sehingga Angeline stabil. Dia memang tidak patut berbuat sebegitu kepada Angeline.

"il tuo sorriso mi scioglie il cuore (senyuman kau buat aku cair)" ucap Adlos.

"Bro , jom" ucap Arfi. Dia terpandang gambar Angeline yang berada di tangan Adlos.

"Jom selamat kan Angel , bidadari kau" ucap Arfi dengan senyuman di bibir.

Adlos menganggukkan kepalanya.

"Eric? Dah jumpa markas Angelo?"

"Dah , dia ada 3 markas. Yang selalu dia duduk di Vilo" ucap Eric sambil memandang skrin laptopnya.

"Dekat situ ada 80 anak buah dia" ucap Nate pula. Adlos mengangguk.

"Suruh anak anak buah kita standby. Eric dengan Austin boleh kan kalau kau orang ikut diorang lawan 80 orang itu. They must need both of you" ucap Adlos dengan penuh serius

"Boleh" ucap Eric dan Austin serentak.

"Uncle Adrian akan sampai dalam masa 5 minit lagi , kita pun kena standby" ucap Nial.

"Nate harini kau pulak buru kepala. Aku nak hadap orang tua tak guna tu dengan daddy aku"

"Boleh , love to do that" Nate tersenyum sinis.

"Arfi , Nial kau ikut aku" Arfi dan Nial mengangkat ibu jari mereka.

"Angeline , kau dapat jumpa dia?" Soal Adlos dengan kerisauan yang mula terbit.

"Dia bukan di Italy"

Membulat mata Adlos mendengar ayat itu. Angeline pergi mana? Mana mereka bawa Angeline?

"Lepastu dia di mana?"

"Tak tahu , lost connection. Diorang buang bunga tu dari Angeline" ucap Eric. Adlos terdiam.









Marco membalut paha Angeline yang di tikam oleh ayahnya sendiri tadi. Angeline melangut memandang siling bilik.

"Sakit?" Soal Marco.

Angeline mengangguk lalu memandang Marco di sebelahnya. Marco adalah rakannya sejak dari kecil lagi.

Ayah marco dan ayahnya bekerjasama. Ayah Marco lebih hebat berbanding Angelo , tetapi Ayah Marco bukanlah seorang mafia.

Jadi kekuatan ayahnya dapat kepada Marco dan Marco mula bekerjasama dengan Angelo di usia muda.

Angeline selalu melihat Marco yang berlatih dengan Angelo. Mereka berdua memang rapat.

Ayah Marco pula sudah menghembuskan nafasnya kerana sakit jantung di pertengahan usia. Jadi Angelo lah yang menjaga Marco.

"Kau bawa aku pergi mana Marco? Aku nak Adlos , aku nak suami aku" ucap Angeline dengan lemah.

Merah muka Marco mendengar nama lelaki itu keluar dari mulut cinta hatinya , Angeline.

"Dia tak layak untuk kau! It's me Angeline. Aku layak untuk kau , aku akan jaga kau sampai kau mati Angeline"

Angeline memandang muka Marco sebelum bibirnya mengukirkan senyuman.

"Tak , Adlos. Adlos untuk aku"

"No! Aku! Kenapa kau tak faham lagi?!" Jerit Marco.

"Aku tak faham sebab it's just Adlos. I'm his , Marco" balas Angeline dengan tenang.

Marco hanya diam.

"Aku akan jaga kau tak kira apa jadi. Kita akan mulakan hidup baru di sini. Aku sayang kau Angeline"

"Aku sayang kan Adlos" ucap Angeline. Marco merengus geram , dia pergi dari situ. Hatinya sakit apabila Angeline asyik menyebut nama Adlos.





Austin dan Eric menembak seorang demi seorang anak buah Angelo yang berbadan tegap.

"Ada taste juga orang tua ni" ucap Austin sambil tersenyum sinis.

Seorang anak buah Angelo mula berlari ke arah Eric sambil memegang parang. Parang itu sudah di angkat ke udara.

Dengan sekali sepakan di perut , lelaki itu terdorong ke belakang sehingga terhempap di dinding.

"non aspettare (jangan harap)" ucap Eric sinis. Austin mematahkan tangan anak buah Angelo lalu menembaknya tepat di dada.

"Tinggal lagi 5 orang. Jangan mengalah" ucap Austin kepada Eric dan anak anak buahnya yang hanya tinggal 10 orang.

"Alright"

Setelah setengah jam bergelut mereka naik pula ke tingkat dua di mana Angelo berada.

Eric memandang Adlos yang bersembunyi di sebalik dinding.

"Tak pergi ke?" Soal Eric dalam nada berbisik. Adlos menggeleng , tahu lah apa yang patut dia buat.

Eric hanya mendengar perbualan Adrian dan Angelo. Keadaan mereka berdua menjadi tegang. Eric pelik apabila melihat Adrian yang berseorangan.

Tiba tiba bahu Eric di tepuk dari belakang. Dia mengacukan pistol ke dahi orang yang menepuk bahunya.

"This is me" ucap Elvian kepada anak lelakinya.

"Kenapa tak masuk dengan uncle Adrian?" Soal Eric.

"On the way" ucap Elvian. Eric menganggukkan kepalanya.

Nick menghendap mereka berdua yang berada di dalam. Dia menggapai pisau rambonya dan pistol. Dia meraba bahagian belakang jika senjata dan peluru masih ada.

Dia meraba raba pula dinding. Nick terpegang sesuatu yang kempis dan lembut. Dia mula mencucuk cucuk benda itu.

"Hoi! Kau kenapa main perut aku?!" Soal Alex dalam nada berbisik. Bodoh punya Nick , dah tua tua pun nak raba orang lagi!

"Ter okey ter" ucap Nick. Dia kembali fokus dengan Adrian dan Angelo di dalam.

"Bila kita boleh serbu ni? Tak sabar dah ni" ucap Fairuz. Arfi memandang ayahnya.

"Sabar lah"

"Entah kau ni , aku hempuk kang" Alex mengacah acah untuk menghempuk Fairuz di belakang.

"Shhh! Diam lah!" Arah Nial. Alex memandang Nick dan Fairuz.

"Amboi Nial. Aku hempuk kau pulak kejap lagi" ucap Fairuz dalam nada berbisik.

"Aku sumbat kau dalam longkang eh"

Fairuz dan Alex menjelirkan lidah kepada Nick. Ingat takut lah tu. Elvian hanya memerhati mereka bertiga itu , haih tak berubah berubah perangai.

D'GERTIOSWhere stories live. Discover now