D' 38

3.4K 205 5
                                    

Adlos mengeluh , sebulan sudah berlalu. Dia sangat sibuk buat masa ini , report lain juga masih belum siap.

Mereka sudah mula mendapat pekerja pekerja yang baru. Nate , Arfi dan Nial ditugaskan melatih mereka semua sementara tugas itu akan di berikan kepada ketua baharu yang menggantikan Malik.

"Eric , macam mana dengan pekerja?" Soal Adlos kepada Eric yang sedang tekun membuat kerja.

"Alhamdulillah , buono (good)" ucap Eric. Adlos menganggukkan kepalanya.

Kepalanya di urut urut sedikit. Sekarang dia makin jarang dapatkan tidur yang bagus. Kadang kadang dia bekerja sehingga lewat malam.

Dia merebahkan badan di sofa empuk. Tangannya di rehatkan di atas dahi.

"Adlos , pergi balik dulu berehat. Risau aku tengok kau ni" ucap Austin prihatin.

Eric bangun dari duduknya , dia duduk di sebelah Adlos lalu memegang dahi.

"Kau demam ni! jom aku call driver , kau balik ye?" Pujuk Eric. Adlos tetap menggelengkan kepalanya , degil.

"Nak Angeline" ucap Adlos.

Austin memandang muka Adlos. Dia mengeluarkan telefon pintar dari poket seluar. Nombor Angeline di dail.

"On the way" ucap Austin

"Kau nak waffle?" Soal Eric kepada Adlos yang sedang menutup matanya. Adlos menggelengkan kepalanya.

Austin dan Eric melangkah keluar dari bilik pejabat Adlos. Mereka menyambung kerja masing-masing , Adlos dibiarkan berehat.

"Mana-mana Adlos?" Kedengaran suara Angeline.

Austin mengusap dadanya kerana terkejut dengan kehadiran Angeline secara tiba tiba itu.

"Tak reti bagi salam ke?" Soal Austin yang sedang memandang gadis itu. Angeline tersengih menampakkan barisan giginya.

"Adlos di dalam" ucap Eric.

Angeline ingin melangkah masuk tetapi di halang oleh Austin dan Eric. Dia mengerutkan dahinya.

"Aip! Sebelum tu , lepas balik kau kena bagi dia waffle. Waffle perisa coklat tau" ucap Austin

"Eh? Kenapa?" Soal Angeline pelik.

"Adlos kalau demam dia suka makan benda manis , lagi lagi waffle coklat" ucap Eric pula.

"Kalau tak beli?"

"Entah" ucap Austin sambil mengjongjetkan kedua dua belah bahunya.

Angeline mengangguk. Dia terus melangkah masuk ke dalam bilik pejabat Adlos. Ini adalah kali kedua dia menjejakkan kaki ke pejabat Adlos.

Kali pertama adalah di mana dia di marahi Adlos dan rahsianya terbongkar. Tetapi sekarang dia datang sebagai isteri Adlos.

"Awak... saya datang" ucap Angeline perlahan. Dia memegang dahi suaminya.

"Panas" ucap Angeline sepatah.

Adlos terus membuka matanya. Dia memandang Angeline di sebelah , dia terus memeluk tubuh badan Angeline.

"Cinta...abang nak balik" ucap Adlos.

"Ya , ya jom balik" Angeline memimpin tangan Adlos lalu berjalan keluar dari bangunan itu.

Membahang juga muka Angeline kerana Adlos memanggilnya cinta. Ahaks! Kau ade?

Adlos merehatkan kepalanya di bahu Angeline. Angeline mengusap lembut rambut Adlos.

Setelah sampai di rumah , Angeline membawa suaminya ke bilik dia yang lama. Buat pengetahuan anda semua , mereka berdua sudah mula berkongsi bilik.

Angeline melangkah keluar dari bilik , di membiarkan Adlos berehat sebentar.










Marco terkocoh-kocoh berlari ke pintu gerbang. Pintu gerbang itu perlahan lahan di buka secara automatik.

"Marco?" Soal bodyguard berbadan sasa yang berada di hadapannya. Marco mengangguk seraya membetulkan tali leher. Tak macho la kalau orang tengok dia comot macam ni.

Bodyguard tadi mengangguk perlahan , dia membenarkan Marco melangkah masuk ke dalam kawasan rumah itu.

Pintu berwarna koko di ketuk dengan kuat. Marco mencekak pinggang apabila pintu tadi di buka.

Angeline tersengih suka.

"Dari mana?" Soal Angeline.

"Dari kedai waffle!" Marco merengus kasar. Angeline ketawa kecil , dia mempelawa Marco masuk ke dalam rumah.

"Bellissima casa (beautiful house)" ucap Marco sambil kening kirinya terangkat.

"Tengok lah suami siapa yang pilih" Marco mencebik. Rumah dia lagi cantik lah!

"Mana suami kau tu? Dah nak mampos ke?" Soal Marco tidak berpuas hati.

20 minit yang lalu , Angeline menelefonnya. Katanya urgent , rupanya suruh beli waffle. Orang dah lah tengah meeting.

Angeline memukul tangan Marco yang berlapikkan baju kemeja putih. Dia mengerutkan dahinya , sakit.

"Tak baik tau!"

Marco menjeling Angeline. Dia mengikut langkah Angeline naik ke bilik.

Adlos sedang terlantar tidur sambil berselimut dan memakai stokin pada kedua-dua belah kakinya.

"Awak , saya bawa waffle. Kejap lagi makan ye?" Ucap Angeline . Kain yang di basahkan tadi di letakkan di atas dahi Adlos.

Adlos mencelikkan sedikit matanya lalu tersenyum.

"Hoi , aku datang ni" ucap Marco sambil mencuit sedikit tangan Adlos.

"Hai..." Ucap Adlos lemah. Marco menggelengkan kepalanya , tahu lah dia bahawa Adlos memang kerja keras.

Dia mendapat tahu bahawa restoran LeFood milik syarikat Lewis's di tutup sementara.

"Cinta...saya nak rehat dulu" ucap Adlos lemah. Angeline mengangguk. Mereka berdua melangkah keluar dari bilik.

"Cinta? Seriously?"

"What's wrong with it? Sweet apa" ucap Angeline sambil tersenyum manis.

"Urgh! Geli" Marco buat muka geli geleman. Angeline menjeling rakannya itu.

"Kau pun panggil Carla , love! Nak geli bagai" perli Angeline. Marco tersengih.

"Bila nak kahwin dengan adik aku?" Soal Angeline serius. Marco menelan air liurnya.

"Soon"

"Soon tu bila?"

"Insyaallah , 5 more months!" Ucap Marco sambil mengangkat 5 jarinya. Angeline hanya mengecilkan mata.

"Bahagiakan Carlena , aku tak nak tengok dia terseksa lagi macam dulu" Angeline memandang muka Marco.

Marco mengangguk seraya tersenyum manis.

"You can trust me Angeline. Aku sayang dia" ucap Marco.

Angeline tersenyum lega. Dia juga sayangkan Carlena. Dia tiada siapa lagi sebagai darah dagingnya selain Carlena Angelina.

D'GERTIOSWhere stories live. Discover now