D' 11

3.4K 221 25
                                    

Angeline membaca yaasin selepas solat subuh. Dia solat subuh berimamkan Adlos.

"Aku nak tidur , boleh diam tak?" Ucap Adlos.

Tergamam Angeline apabila Adlos berkata begitu. Seriuslah? Apa dah jadi dengan Adlos ni?

"Okey , sorry" ucap Angeline. Nasiblah dia sudah habis membaca yaasin. Angeline membuang telekung lalu meletakkan di tepi.

Dia melangkah keluar dari bilik mereka berdua. Adlos hanya melihat Angeline yang keluar dari bilik itu. Rasa bersalah la pula.

"Hi , mana Adlos?" Soal Adria kepada adik iparnya. Dia agak suka dengan Angeline , baguslah jika Adlos pun menyukai Angeline.

"Adlos sambung tidur" ucap Angeline sambil tersenyum manis. Adria mengangguk. Dia bingkas bangun dari kerusi.

"Jom , ikut kakak jogging?" Pelawa Adria. Angeline berfikir sejenak lalu menganggukkan kepalanya. Baguslah , dia pun sudah memakai seluar tracksuit.

"Angeline! Angel!" Panggil Adlos. Tiba tiba kepalanya di tepuk oleh seseorang.

"Eh daddy"

"Eh , eh , yang kamu terpekik terlolong pagi pagi ni dah kenapa? Nak mati?" Ucap Adrian sambil mengacukan pistol ke dahi Adlos.

"Eh! Bukan! Adlos cari isteri Adlos je"

Adrian menganggukkan kepalanya. Mereka berdua duduk di meja makan , makanan sudah terhidang.

"Mana kakak?"

"Kakak kamu dengan Angeline pergi jogging" Adlos membuat mulut o apabila Hana menjawab soalannya. Dalam hatinya sudah geram , siapa yang benarkan isterinya keluar?

"Bila Adlos boleh balik Italy?" Soal Adlos. Adrian berfikir sejenak.

"Bila bila pun boleh. Kalau ada apa apa jadi daddy boleh handle , kamu tu" Adrian memandang anak lelakinya. Adlos mengangguk , dia menyuapkan roti sandwich ke dalam mulut.

"Adlos" panggil Adrian.

"Ye daddy?"

"Kalau kamu gaduh dengan Angeline pun , jangan sampai naik tangan. Jangan jerkah bini kamu , daddy tak ajar kamu jadi macam tu. Kalau dah sayang tu , sayang dengan ikhlas. Jangan pulak kata sayang di mulut tapi dalam hati kamu sebenarnya tak suka dia. Minta simpang la daddy" ucap Adrian tanpa memandang ke arah Adlos. Dia membaca surat khabar di dalam iPad.

Adlos bagaikan terasa. Hatinya di cucuk cucuk. Macam tahu tahu ja dia sebenarnya tidak layan Angeline dengan elok.

"Betul cakap daddy. Jangan buat macam itu. Anak mummy kan baik? Jaga isteri kamu" ucap Hana. Dia menuang air teh ke dalam gelas Adrian.

"Minum bang , letak iPad tu sekejap" ucap Hana. Adrian terus meletakkan iPad di sisi lalu mengusap lembut tangan Hana.

"Sayang , hari ini kita pergi shopping jom? Abang nak beli something dekat sayang. Lepastu kita pergi taman? Makan aiskrim" Adrian memujuk isterinya.

"Okey abang , nanti kita pergi" Hana memicit pipi Adrian. Itulah rutin harian mereka kalau ada cuti , mesti Adrian akan meluangkan masa bersama Hana.

Adlos hanya memandang kemesraan mummy dan daddynya. Tiba-tiba dia teringat akan Angeline.





Angeline melangkah keluar dari tandas. Dia mengeringkan rambutnya dengan hairdryer.

"Siapa yang bagi kau keluar tadi?" Soal Adlos kepada Angeline. Perbuatan Angeline terhenti , dia lupa nak beritahu suaminya!

"Err..err s-saya lupa" jawab Angeline dengan gagap.

"Dah gagap ke kau? Aku suami kau , kau patut tanya aku dulu bukan keluar macam itu je!" Adlos memarahi Angeline. Angeline hanya menunduk memandang lantai. Dia mengambil iPhone dari atas meja solek.

"Esok kita balik Italy" ucap Adlos tanpa memandang isterinya. Angeline tidak mengangguk mahupun menggeleng. Dia tidak tahu jika dia patut gembira atau tidak.

"Dengar tak?" Soal Adlos bila dia perasan yang Angeline hanya diam. Angeline akhirnya mengangguk.

"Saya kena masuk kerja ke?" Soal Angeline , dia duduk di sebelah Adlos.

Adlos menggelengkan kepalanya. "Tak payah , duduk rumah diam diam"

"Kalau angelo cari saya?"

"Pergi je lah. Lagi bagus kalau kau pergi , muak aku asyik tengok muka kau je" Adlos bingkas bangun lalu berjalan keluar dari bilik.

Angeline hanya menunduk. Dia bermain main dengan jarinya. Angeline tersenyum pahit.

"Kan. Lebih baik aku mati aje"









Adria yang sedang fokus memanah itu mengalihkan pandangannya ke belakang. Dia memandang Adlos yang sedang berjalan ke arahnya.

"Nak apa?" Soal Adria kepada adiknya.

"Sembang sembang dengan kakak" ucap Adlos.

"Mana Angeline?"

"Kenapa kakak cari dia?"

Adria memandang serius adiknya. Apa benda Adlos ni?

"Tanya pun tak boleh ke?"

"Boleh"

Adria meneruskan pemanahan. Suasana mula berangin sepoi sepoi bahasa.

"Kak tak nak terima Arfi?"

Panahan Adria tepat mengena apple yang berada di atas satu kayu. Adria menghentikan perbuatannya.

"Tak nak"

"Kenapa?"

"Miza , kakak sayang dia. I will not forget about him. Forever" ucap Adria dengan penuh serius.

"Okey"

"How about you? When will you go back to Italy?"

"Wow , kakak nak halau Adlos?" Adlos ketawa kecil.

"Yeah" ucap Adria sepatah tanpa secarik senyuman langsung. Itulah cara dia melawak dengan adiknya.





Nial mengulum lolipop yang baru sahaja di beli di 7eleven. Dia menyandarkan diri pada daun pintu.

"Aku rasa kau kena beli rumah baru di Italy. I don't feel safe if you stay at you dad mansion" ucap Arfi.

Adlos menganggukkan kepalanya. Ada betul juga , dia perlu manjaga keselamatan Angeline.

"Okey , nanti aku beli. Tapi korang semua duduk di rumah lama lah. Aku nak duduk dengan wife aku je" Adlos merangkul pinggang isterinya. Angeline tersenyum.

"Okey. Aku pun semak tengok muka kau" ucap Eric dengan bersahaja.

"Esok pukul 9 pagi kita gerak. Aku dah sediakan kapal terbang untuk kita. Bapak aku uruskan" Ucap Nate kepada ahli D'gertios.

"Okey , lusa dah boleh masuk kerja macam biasa"

"Erina , Aira , kalau ada apa apa jadi roger kami. Jangan diam pulak kau orang ni" pesan Adlos kepada rakannya yang dua orang ni.

"Tahu lah , bukannya kami tak tahu" jawab Erina tanpa memandang Adlos, dia membelek belek kukunya.

"Cantik kuku , nanti buat dekat Aria jugak?" Erina mengangguk.

"Angeline , jaga diri. Jangan keluar rumah tau selagi Adlos tak bagi" Angeline hanya menganggukkan kepalanya.

Angelo pasti akan mencarinya. Angeline hanya menunggu nasib yang bakal menanti. Angeline tersenyum manis.

D'GERTIOSWhere stories live. Discover now