D' 25

3.1K 198 7
                                    

Gadis itu menggalas beg silang di tangan. Sesekali dia membetulkan rambutnya yang di siap dan dikemas elok.

Mestilah kena cantik cantik nak jumpa Adlos kot! Dia pun kenal yang Adlos tu anak Adrian. Bapaknya famous , anaknya lagi famous.

Dia memandang sekilas jam di tangannya. Adlos cakap nak jumpa pukul 4 , tetapi sengaja dia datang awal 5 minit.

Tidak sabar untuk berjumpa jejaka kacak itu. Dia membuka iPhone miliknya lalu melihat mesej dari WhatsApp.

Dia membalas mesej satu persatu. Banyak juga mesej yang dia dapat , walaupun dia tidak selalu bersosial.

"Hai"

Gadis itu mengangkat mukanya apabila terdengar suara jejaka itu. Carl tersenyum.

"Hai" Carl menunduk malu.

"Jom kita pergi makan di sana" tunjuk Adlos.

Author panggil dia Carl je lah eh. Panjang sangat nama.

Carl mengangguk. Mereka berjalan bersama sama , Carl tersenyum malu.

Adlos mengenakan sweater berwarna coklat. Seluar dan boots berwarna hitam.

Mereka berdua duduk di atas kerusi di dalam kedai itu. Kedudukan mereka berdua bersebelahan dengan cermin. Sesiapa sahaja boleh nampak mereka berdua bersama.

"Order dulu"

Carl mengangguk. Mereka berdua mengorder pizza untuk di jamah bersama.

Sedang menunggu makanan sampai , mereka berdua berbual tentang hidup di Italy.

Carl dan Adlos mula menjamah pizza tadi. Masih panas dan sedap. Carl tersenyum manis , puas dengan rasa pizza tersebut.

"Kau nak tahu tak kenapa aku ajak kau keluar?" Ucap Adlos

Carl memandang Adlos. Dia juga tertanya tanya kenapa.

"Sebab , aku tak pernah bawa Angeline keluar dating" ucap Adlos , dia memandang luar.

"Jadi awak anggap saya dia?" Soal Carl.

"No. Tapi muka kau memang sama macam dia , suara kau sama , senyuman kau pun sama macam dia" ucap Adlos.

Carl mengangguk. Bertuah betul Angeline kan , Adlos sayangkan dia sampai begitu sekali.

"Eh tak pernah? Awak dah berapa lama kahwin dengan dia?" Soal Carl.

"Tiga tahun. Tapi aku sempat rasa kebahagiaan dengan dia 3 bulan je. Aku menyesal"

"What did you do?"

"Aku tak layan dia macam isteri aku. Aku buat dia macam orang gaji , kadang kadang aku maki dia. Aku bodoh masa tu" Adlos menundukkan kepalanya.

"I'm pretty sure Angeline tu maafkan awak. Dia mesti sayangkan awak juga" ucap Carl sambil tersenyum manis.

Adlos seperti terpana. Dia rasa macam orang yang berada di hadapan dia adalah Angeline.

"Terima kasih sanggup keluar dengan aku hari ini. Terubat sedikit rindu aku dekat dia" ucap Adlos.

Carl menganggukkan kepalanya.

"You know..."

Adlos memandang wajah gadis itu. Dia menatap wajah Carlena. Mata Carlena seperti mata Angeline , berwarna hazel.

"I can be her. Saya boleh ganti tempat dia"

Adlos agak terkejut dengan kata kata gadis itu. Adlos memandang wajah Carlena lagi sekali , tetapi kali ini dengan lebih serius.

D'GERTIOSWhere stories live. Discover now