CHAPTER 7

10.5K 789 28
                                    

"Back to business. Don't messed up anything or else." tegas nada Isabella memberi arahan. Wajah Angelina, Starla dan Rose dikilas. Mereka bertiga tidak membantah, malah mengambil pesanan ketua mereka sebagai permulaan buat segalanya.

VROOM! VROOM!

Ngauman enjin superbike mengundang perhatian mereka. Spontan tatapan terkunci pada empat figura yang memasuki parkir lot lalu menuju ke arah mereka. Bermula dengan Ryan kemudian disusuri oleh Adrian lalu Felix dan akhir sekali Darren.

Kebetulan pula, gadis-gadis itu sedang berdiri disamping parkir milik mereka. Rata-rata dari pelajar sekolah ini perlu membayar parkir bulanan jika ada yang membawa kenderaan sendiri. Boleh dikatakan tempat tersebut kian menjadi parkir milik mereka.

Enjin dimatikan. Ryan memandang sekilas Isabella dihadapan. Gadis itu turut memandang ke arahnya. Ryan meleraikan tatapan, lalu membuka topi keledar dikepala. Sempat dia membetulkan juntaian rambut hitamnya agar lebih kemas. Blazer ditubuh diperkemaskan lalu beralih ke tali leher. Sebagai ketua pengawas, dia perlu mengekalkan penampilan yang kemas dan bersih sebagai contoh pelajar.

di Golden High School, para pengawas sekolah perlu mengenakan uniform khas yang disediakan oleh pihak sekolah. Uniknya sekolah ini, pelajar yang memegang pangkat tertinggi wajib memakai pakaian yang lain daripada ahli lain iaitu pakaian serba hitam. Maka, antara Adrian, Felix dan Darren, Ryan seorang sahaja yang memakai sut lengkap berwarna hitam sementara mereka bertiga warna maroon sebagai pengawas biasa.

Panas? tidak perlu risau. Kerana sekolah antara bangsa ini sememangnya dilengkapi dengan pengawa dingin tidak kira di mana pelajar berada. Bahkan tandas mereka juga tidak kurang panas. Jadi tidak heranlah jika peraturan sekolah ini sedikit berbeza berbanding sekolah-sekolah diluar sana.

Adrian yang membawa beg sekolahnya dengan sebelah bahu itu sekadar melintasi gadis-gadis di hadapan mereka. Tidak berminat untuk menyapa biarpun mereka kini digelar sebagai pasukan misi. Langkah Adrian diikuti Felix dan Ryan dibelakang.

"Good morning ladies!" seperti biasa, Darren si peramah yang jauh beza sifatnya dengan sahabatnya tiga orang itu, menyapa mesra Isabella, Angelina, Starla dan Rose.

Malangnya, sapaan ramah lelaki itu dibiar sepi. Isabella, Angelina dan Starla memandang Darren tanpa reaksi sebelum mula membuka langkah. Terangkat sebelah alis Darren tatkala menerima sapaan kurang ramah dari mereka. Hanya Rose seorang sahaja yang melambai kecil ke arah Darren secara sembunyi. Risau jikalau sepupunya tiga orang itu tangkap perilakunya.

"Tell me more about the school rules, head prefect." celah Isabella dengan nada dingin sebaik saja merapati Ryan dihadapan. Dia tidak mengkilas Ryan, malah sekadar mengatur langkah disamping lelaki yang sama tinggi dengannya itu.

"I thought Mysterious Angels's leader would studied every single things about her mission?" bukan pujian malah, perlian dari Ryan. Dia toleh ke kiri, memandang sepintas panahan tajam Isabella yang kian mencerlung ke arahnya. Ternaik pinggir bibir Ryan.

"You should be glad I've no right of anything in this school." jika dalam sekolah, hanya Ryan sahaja memegang kuasa untuk memberi arahan memandangkan dia seorang ketua pengawas. Jika Isabella mendapat kuasa seperti Ryan, pasti pelajar disekolah itu akan memandang pelik ke arah mereka memandangkan Mysterious Angels merupakan pelajar baharu.

Sementara Angelina, Starla, Rose, Adrian, Felix dan Darren sekadar membuntuti langkah ketua mereka dari belakang. Di biarkan Isabella dan Ryan yang bertentangan mata penuh kebencian. Seakan sedang bersaing. Mereka pula sudah terbiasa melihat tatapan maut sebegitu dari ketua mereka. Jadi mereka tidak heran.

Ryan mengiring mereka ke pejabat pengetua. Tiba di hadapan pintu masuk, pintu diketuk oleh Isabella sebanyak dua kali. Sementara tiga gadis di belakangnya sekadar memasang mata. Begitu juga Ryan, Adrian, Felix dan Darren yang kelihatan tidak tertarik dengan situasi ini.

Apabila mendapat arahan dari pihak sana, Isabella pulas tombol pintu. Seketika, dia melirik ke Angelina, Starla dan Rose sebelum membuka langkah.

Figura lelaki separa tua menghiasi kornea. Mata terkunci pada isi fail dalam pegangan. Sesaat kemudian, dia angkat wajah. Bibir menguntum senyuman kecil lalu memberi arahan mata supaya empat gadis itu  mengambil tempat.

Sama-sama mereka panggung kepala lalu melabuh punggung di kerusi, menghadap pengetua. Lama mereka kekal diam sebelum pengetua akhirnya menurunkan fail dari wajah dan menumpukan perhatian pada gadis-gadis itu sepenuhnya.

"Quinn Isabella, Elizabeth Rose, Angelina Theodora, Starla Audriana. Sebelum saya mula, saya ucapkan selamat datang ke Golden International High School." Encik Syafiee merangkap pengetua sekolah memulakan bicara.

"Terima kasih, cikgu." kepala menunduk sedikit. Tanda hormat.

"Tengku Zaria ada maklumkan pada saya tujuan kamu semua pindah ke sekolah ini."

"Untuk pengetahuan kamu semua, saya merupakan ayah kepada Ryan Lovis iaitu salah seorang ahli Secret Volitient. Saya pasti kamu semua kenal ejen-ejen muda itu. Mengikut maklumat yang saya terima, kamu semua akan bekerjasama untuk misi kali ini betul?" fail dalam pegangan dibelek. Sesekali dia mengkilas wajah-wajah dihadapannya. Mereka mengangguk. Tidak kata lebih.

Syafiee Lovis. Pengetua sekolah atas dasar penyamaran. Bukan pengetua sekolah sebenar. Duit mengkaburi mata. Dia telah membayar pihak sekolah untuk mendapat pangkat tersebut. Hanya semata-mata kerana misi Mysterious Angels dan Secret Volitient. Boleh di katakan, Encik Syafiee merupakan sebahagian daripada misi mereka.

"Baiklah, Jadi saya akan serahkan semuanya kepada kamu semua. Jika perlukan sebarang bantuan, sila berjumpa dengan saya.  Semoga berjaya Mysterious Angels." Encik Syafiee berdiri. Begitu juga empat gadis dihadapannya. Mereka menunduk hormat sebelum mengatur langkah keluar.

Tidak banyak soal. Kerana hampir semua kenyataan dari bibir Encik Syafie sebentar tadi, mereka sudah tahu.

Terpacak tegak wajah empat jejaka kacak sebaik saja pintu dibuka dari dalam. Isabella, Angelina, Starla dan Rose sekadar melepasi tubuh-tubuh tegap itu bersama wajah beku. Secret Volitient melayan mereka seperti anak kecil. Seperti mereka hamak akan bantuan jejaka-jejaka itu.

"Stop there." nada beku Ryan menghentikan langkah mereka yang sudah ke hadapan. Dengan benggang Isabella menoleh ke belakang. Apa lagi?! rimas tahu tak?

"We will give you a tour." Ryan halang jalan mereka dari meneruskan langkah. Lirikan mata jatuh memberi arahan pada tiga jejaka di belakang. Mereka bertiga angguk lalu melepasi Isabella, Angelina, Starla dan Rose.

Bukan rela hati Ryan, tetapi terpaksa. Ayahnya minta mereka tunjuk sekeliling sekolah. Walhal Ryan tahu gadis-gadis itu tidak minat. Dari segi wajah mereka, Ryan dapat rasakan gadis-gadis itu dimasukkan ke sekolah ini secara terpaksa.

Terlebih dahulu Isabella potong jalan mereka. Mati langkah Ryan apabila ada tangan bertembung dadanya. Wajah beku Isabella di sisi dipandang kilas.

"We don't need you to guide us." terangkat hujung bibir Ryan. Begitu juga alis tebalnya. Dia menepis tangan Isabella dari menghalang laluannya. Tidak di endahkan amaran gadis itu. Menyusahkan kerjanya saja. Sengaja dia melanggar bahu Isabella yang sama paras tinggi dengannya lalu mendahului langkah.

Naik merah wajah Isabella tahan amarah. Tidak pernah ada orang berani melawan Isabella selama dia digelar ejen muda. Ryan yang pertama. Sungguh menguji kesabaran. Secara tidak langsung Isabella pandang Ryan sebagai lawan.

𝐌𝐲𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢𝐨𝐮𝐬 𝐀𝐧𝐠𝐞𝐥𝐬Where stories live. Discover now