CHAPTER 58

6.7K 516 48
                                    

" Shh." Serentak sebelah tangan sempat menahan tubuh Isabella yang berada di sampingnya. Ternaik sebelah kening Isabella.

" Dah kenapa? " Penat dia dengan sifat ' protective ' tak kena tempat lelaki itu. Ingat dia ni budak kecil ke? Hello ni Quinn Isabella tau. Setakat tugas seperti ini sudah menjadi makanannya.

" Aku ingat kau ni peka sangat. Rupa-rupanya sama je macam Darren." Sempat lagi Ryan mengutuknya. Isabella memandang atas bawah tubuh Ryan. Jantan ni asyik nak cari gaduh dengan aku kenapa?

" Ak—" Belum sempat Isabella ingin membidas lantas mulutnya ditutup oleh kekura tangan Ryan. Tidak cukup, tubuhnya pula ditarik agar berdekatan dengan lelaki itu pula.

" Stay still." Bisik Ryan. Dapat Isabella rasakan deruan nafas hangat Ryan menampar lembut pipi.

Manakala Ryan seakan menjenguk disebuah lorong gelap yang terdapat di dalam villa tersebut. Kelihatan dua orang lelaki lengkap berpakaian hitam sedang melintas di ruangan itu. Dengan berhati-hati, pantas Ryan menarik Isabella agar menunduk ke bawah di mana pandangan mereka terhalang dengan sebuah pasu bunga besar.

" Nice gun." Puji Isabella tatkala ternampak senjata besar yang dipegang oleh kedua lelaki tersebut.

" Should we get it? " Tanya Isabella dalam nada bisikan. Lihat dari wajah Isabella yang sudah tersenyum itu membuat Ryan mengeleng laju kepala. Dia seakan dapat baca apa yang sedang bermain di kotak fikiran Isabella kini.

" Please don't answer that. I'll get it for both of us. " Belum sepat Ryan membalas apa-apa lagi, Isabella sudah memotong. Ternaik pinggir bibir Isabella.

" Jangan buat kerja gila Bella." Seraya itu Ryan menarik lengan Isabella apabila kelihatan gadis itu seperti ingin bangkit dari duduknya.

" Too bad. Because I will." Isabella menarik tangannya semula dengan kasar. Rambutnya digenggam dan diikat gaya poytail memandangkan rambut panjangnya itu boleh menyebabkan kecuaian.

Tanpa menghiraukan Ryan, Isabella mengambil langkah kecil dan pantas melintas ke belakang sofa. Jangan tanya kenapa Isabella berani buat sedemikian. Terlebih dahulu, Angelina sudah meng-hack cctv di villa tersebut dalam perjalanan ke sini tanpa penghuni rumah itu sedari. Licik? Ya. Ahli Mysterious Angle's telah terlatih untuk melaksanakan tugas mereka dengan ' clean' tanpa sebarang jejak.

" Mak Singa always be Mak Singa." Dalam hati Ryan sudah menyumpah serenah perasaan tidak takut mati Isabella. Ryan kemudian memilih untuk duduk dan lihat sahaja gerak-geri Isabella. Dia yakin gadis itu tahu apa yang dia buat.

Isabella mencabut sebelah sebelah subang berlian yang bernilai tinggi itu ditelinganya. Antara perhiasan yang paling dia sayangi kerana sepasang subang tersebut adalah edisi terhad dan dia merupakan orang pertama yang memiliki sepasang subang tersebut.

Tanpa perasaan kesal untuk mengkorbankan subang berharganya, Isabella mencampak subang tersebut dan tepat pada jangkaannya. Subang itu mendarat betul-betul di hadapan laluan dua lelaki berpakaian hitam itu.

Sedangkan Ryan hanya memasang mata.

" Che cazzo? ( What the fuck? ) "Mereka terkejut dek sebuah permata yang terbang di hadapan mereka. Mereka berdua lantas meneliti ruang sekeliling namun malagnya, kosong.

" Look expensive. I guess it's Lady Boss earing." Tanpa perasaan curiga, salah seorang dari mereka bercangkung dan mengambil subang itu.

" We got no time for this Mario. We need to take a look over Lady Boss's grandmother." Balas rakannya pula.

" Ouh yes. I almost forget about that old woman." Sewaktu mereka ingin meneruskan jalan, tiba-tiba sahaja kedengaran bunyi kaca pecah. Terus terbantut langkah mereka.

𝐌𝐲𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢𝐨𝐮𝐬 𝐀𝐧𝐠𝐞𝐥𝐬Where stories live. Discover now