CHAPTER 50

6.5K 511 6
                                    

BAM !

Hentakan kuat dari pintu masuk menghentikan percakapan Ryan.

Isabella dan Ryan memandang sesama sendiri sebelum bergegas berlari ke arah muka pintu.

" Bunyi apa tu?! " Cemas Isabella sesambil berlari ke arah ahli - ahlinya. Begitu juga Ryan.

Angelina, Starla, Rose, Darren, Adrian dan Felix turut terkejut dek jerkahan tersebut.

Mereka serentak berpaling ke arah muka pintu. Membatu mereka saat figura lemah Tengku Zaria berdiri di hadapan pintu. Jelas wajah wanita tua itu seperti kehilangan banyak tenaga.

Tengku Zaria mengendahkan mata - mata itu. Dia lantas mencari susuk tubuh Isabella sebelum kornea mata berhenti pada gadis itu.

" Nenda? " Tidak berkelip mata Isabella. Bagaimana nenda boleh sampai ke sini? Bukan ke nenda masih di hospital?

Tanpa membuang masa Isabella bergegas menuju ke Tengku Zaria.

" Bella buat apa ni sayang? " Tanya Tengku Zaria lemah. Dia sempat memandang susuk tubuh tidak bernyawa seorang lelaki. Kelopak matanya semakin berat.

" Bella—" Percakapan Isabella terhenti.

" Puan! " Terjah Black pula. Tercungup - cangap lelaki itu mencari nafas. Tanpa berkata apa - apa dia mendekati Tengku Zaria.

" Puan saya dah cakap tunggu dalam kereta, " Nada Black kedengaran risau. Dia kemudian memegang lembut kedua belah bahu majikannya. Isabella masih tak faham akan situasi mereka kini.

" Saya nak jumpa cucu saya kejap je Black. Tolong." Rayu Tengku Zaria. Isabella memandang nendanya dan Black bersilih ganti.

" Nenda, nenda tak sihat lagi ni. " Risau Isabella berkata. Wanita tua itu sungguh kelihatan tidak bermaya.

Nenda berlari ke tadi? Tapi kenapa?

" Bella sayang, jangan buat kerja macam ni lagi ya? " Nada Tengku Zaria kedengaran sayu di sistem pendengaran mereka. Isabella menarik lembut kekura tangannya.

" Nenda , kita rehat jom? Bella bawak Nenda balik okay? " Permintaan Tengku Zaria diendahkan malah berbalas dengan soalan sahaja. Sesekali kekura itu diulas penuh kasih sayang.

Dalam masa yang sama, ingin saja Angelina, Starla dan Rose menyampuk malah ditahan oleh Ryan.

Mereka bingung. Sejak bila pula nenda sakit? Mereka inginkan jawapan segera akan tetapi situasi tidak mengizinkan. Biarlah mereka sekadar menonton sahaja walaupun jiwa sedang meronta-ronda mahu penjelasan.

Manakala Ryan,Adrian, Felix dan Darren pula tidak lepas memandang antara satu sama lain. Masing - masing menayang wajah resah. Riak mereka itu sedaya- upaya di sorok agar tidak menjadi perhatian gadis - gadis itu.

Black perasan akan rauk wajah Secret Volitient. Dalam diam dia mengeleng kecil seakan memberi tanda. Ryan menghela nafas panjang.

" Nenda..."

" ARK ! " Belum sempat Tengku Zaria menghambiskan ayatnya tiba - tiba sahaja urat kepalanya menyerang secara mengejut.

𝐌𝐲𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢𝐨𝐮𝐬 𝐀𝐧𝐠𝐞𝐥𝐬Where stories live. Discover now