EID EDITION || 04

1.7K 113 4
                                    

"Semekom!" dua tangan kecil mengetuk muka pintu dari luar.

"Semekom!" kali ini nada mereka berdua semakin meningkat. Buku lima masih mengetuk permukaan pintu menunggu pintu itu dibuka.

Damon dan Asteria memandang sesame sendiri. Mana semua orang? Sudahlah makanan dalam pegangan mereka ini berat! Salah mereka juga kerana membeli seakan tiada hari esok. Maklumlah, dua hari sahaja sisa bulan Ramadhan sebelum mereka menyambut bulan syawal pula.

"Hoi budak dua ekor depan pintu tu! Kau ketuk pintu stor apahal?! Nak aku humban kau orang dalam stor ke?" pekik Rian dari jauh membuat bahu mereka terhinjut. Terkejut.

"Eh?" mereka mendongak kepala ke atas. Tertera perkataan 'Store' di muka pintu. Serentak membulat biji mata. Kepala menoleh ke pintu utama. Mereka mula kebinguan. Bagaimana mereka boleh tersilap pintu?

Lama kelamaan, mereka tersengih janggal. Lantas kaki kecil mereka berlari anak menuju ke pintu utama. Tanpa mereka sedari, secara tidak langsung mereka menyeret plastik makanana dalam pegangan.

"Alaaa! Papa Ian jangan tinggal kita orang!" berkaca mata mereka tatkala melihat perilaku pakcik mereka yang berura-ura ingin meninggalkan mereka diluar. Semakin besar langkah mereka.

"Lambat aku kunci." Rian mengangkat jari seakan buat kiraan. Bibir terjungkit sinis. Gabungan jeritan Asteria dan Damon dihiraukan.

"PAPA IANNN!"

︵‿︵‿୨♡୧‿︵‿︵

      "I tak pernah cakap pun I pregnant! You yang sakit lepastu tuduh I pregnant pulak? Asal you sakit je I kena tuduh pregnant.." nada seoktaf Starla memenuhi ruang sebaik saja pintu dihempas.

Mereka yang berada disekeliling meja makan tersentak dengan suara pertengkaran Felix dan Starla di ruang tamu. Kedengaran bunyi tapak kaki menuju ke arah mereka.

Starla menghempas beg tangannya seraya membuat bahu segelintir dari mereka terhinjut dek bunyi hentakan tersebut. Tajam panahan Starla mencerlung kedalam anak mata mereka.

"Siapa cakap dekat Felix aku pregnant? Suka hati mak cik kau aje tuduh aku pregnant." Starla mengetap bibir menahan amarah yang membuak-buak. Ternaik sebelah kening Marlon. Mommy pregnant?

Adrian, Angelina dan Darren berpandangan. Terbit senyuman penuh makna Darren. Dia memandang kilas Starla dihadapan. Sedangkan Adrian dan Angelina seakan dapat membaca pemikiran Darren.

Pasangan itu menggeleng dalam diam sambil membuat gerak mulut. Meminta Darren mengunci mulutnya. Makin lebar senyuman Darren. Larangan adalah arahan!

"Darren?" mata Starla mengecil. Dia seperti ternampak gerak mata Darren yang mencurigakan. Serentak mereka dimeja memandang Darren.

"Bukan aku. Ad—"

"Aduh!" terlepas jeritan kuat Darren tatkala merasakan tendangan kaki. Bukan satu malah dua. Dan sudah semestinya dari Adrian dan Angelina. Bibir diketap menahan kesakitan.

"Kau dah kenapa?" pelik Starla melihat wajah Darren yang berubah berkerut. Darren tidak mampu mengeluarkan sebarang kata. Dia sekadar menggeleng kepala sambil menggengam jari kaki.

Adrian dan Angelina tersenyum kemenangan. Padan muka. Berani Darren bersuara? Memang itu makannya.

"Sudah Star. Duduk. Dah nak buka puasa ni. Panggil Felix." mendatar saja nada Isabella mengarah. Lagi pun, bukan dia tidak tahu siapa gerangan yang meningkatkan kemarahan Starla.

"Ah biarlah dia! Pandai-pandai dia buka puasa sendiri." dengan protes Starla melabuh punggung dikerusi kosong. Isabella menggeleng kepala. Aduhai.

"Rose mana? Takkan tak sampai lagi. Dah nak masuk waktu berbuka ni." Ryan mengkilas jam tangan. Hanya Rose seorang sahaja belum tiba. Mereka yang lain sudah sedia bersama pinggan masing-masing.

𝐌𝐲𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢𝐨𝐮𝐬 𝐀𝐧𝐠𝐞𝐥𝐬Where stories live. Discover now