CHAPTER 45

6.9K 529 3
                                    

" Miss Quinn Maria is in a good condition for now. She still can't remember anything but by your help as a husband, maybe she will . Of course It might take some times, just trust the proses okay Mr. Rizqy ? " Cadang seorang doktor beriris biru itu seraya meletakkan kembali stetoskop ke lehernya. Dia baru sahaja lepas membuat pemeriksaan ringkas
pada Quinn Maria.

Tuan Rizqy menghadiahkan senyuman tipis ke arah bidadari hidupnya. Wanita itu masih dibuai mimpi di atas katil vvip.

Wanita itu sahaja belum dibebaskan dari hospital sedangkan Tuan Rizqy sudah dibenarkan pulang. Kini, dia mengambil alih tugas untuk menjaga Isterinya.

Kecederaan di tangannya tidak terlalu teruk. Cuma berbalut dari bahagian bahu hingga ke siku.

" Thankyou for the advice Doc, I'll try my best. " Balas Tuan Rizqy lembut. Doktor itu mengangguk kecil lalu menapak keluar dari ruangan tersebut.

Tuan Rizqy mengambil tempat di birai katil Isterinya. Rambut - rambut yang terjuntai ke dahi itu diselit ke belakang cuping telinga. Sesekali dahi licin wanita itu dikucup penuh kasih sayang.

Kelopak mata Quinn Maria masih tertutup. Wajah bersih itu ditatap sayu.

" Honey, " Panggil Tuan Rizqy dengan nada lembut. Dia kemudian mencapai kekura Quinn Maria.

" Abang janji akan tolong pulihkan balik ingatan Honey..." Kekura wanita itu diusap.

" Dan Abang janji Abang akan cari balik dalang sebalik kemalangan kita." Nadanya berubah serius. Dia bukan bodoh. Kemalangan mereka itu semamangnya telah dirancang. Mustahil. Kerana tak pernah dalam hidupnya lagi bahawa dia cuai ketika memandu. Lebihan lagi jika ada Isteri disisi.

*****

" BAA ! " Terjah Rose di koridor bilik tidur Starla.

Hampir luruh jantung Starla dek terperanjat. Nasib baik gunting yang kini ditangannya tidak jatuh. Pantas dia menoleh ke suara lunak itu.

" Rose ?! " Membulat biji mata Starla. Rose menayang senyuman lebar. Seakan tidak bersalah.

" Hehe. Hai. " Rose melambai ke arah Starla disebalik cermin kaca yang memisahkan mereka.

Lantas Starla bangkit dari katil dan melulu ke arah pintu koridornya. Laju langkahnya demi mendapatkan figura Rose. Pintu dibuka luas.

" What the actually fu—"

" Aip ! " Celah Rose pantas. Jari telunjuknya kini berada di bibir munggil gadis itu. Bercantum kening Starla.

" No carut - carut. " Sambung Rose lagi. Iris Starla menganalisis gadis itu dari atas hinggalah bawah sebelum dengan kasar dia menepis kekura Rose.

" Kau ni dah kenapa? " Bidas Starla menggunakan nada menahan sabar. Tajam saja irisnya menikam Rose.

Mereka berdua di posisi di mana Starla masih di muka pintu manakala, Rose bersama ikatan tali di pinggang rampingnya menghadap sepupunya itu.

" Teringin sangat nak mati ke? " Tali tebal yang bercantum dengan pinggang Rose dikilas.

" Uish tak nak. Dosa aku banyak lagi, takut tak sempat taubat. " Kata Rose selamba.

" Habis tu yang gatal sangat pergi panjat rumah ni kenapa? " Soal Starla bersama dahi yang berkerut.

" Rileks la sis. Tingkat tiga je. Kita pernah panjat tingkat lima puluh kot masa misi dekat Dubai tahun lepas. " Rose mencebik menyampah. Cuba chill ! Kabut betul dia ni.

𝐌𝐲𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢𝐨𝐮𝐬 𝐀𝐧𝐠𝐞𝐥𝐬Where stories live. Discover now