CHAPTER 55

6.5K 518 45
                                    

"Abang..." Panggil Puan Maria dengan lemah. Perlahan-lahan dia mencelikkan mata. Bergegas Tuan Rizqy mendekati isterinya.

" Jangan bangun honey." Pucat wajah Tuan Rizqy saat isterinya tiba-tiba sahaja ingin bangun dari katil.

Puan Maria memegang pinggir kepalanya yang terasa berpinar. Sebelah tangan pula memegang erat tangan sasa si suami.

" Abang, Maria nak pergi Malaysia." Terus berubah rauk wajah Tuan Rizqy mendengar permintaan spontan Puan Maria.

" Kenapa tiba-tiba ni Honey? You kan belum sihat lagi." Pujuk Tuan Rizqy sambil menarik Puan Maria semula agar duduk di hadapannya.

" I tak tahu tapi...firasat I berkata Rara ada di sana Abang." Puan Maria memandang redup ke dalam anak mata suaminya. Tuan Rizqy terdiam.

" Kenapa honey cari Rara hm? " Lembut saja Tuan Rizqy bertanya.

" Anak kita dah lama tak balik Abang. You tak risau ke kalau apa-apa jadi dengan dia dekat luar sana? Dia aje satu-satunya anak kita." Berkerut sedikit kening tebal milik Tuan Rizqy apabila mendengar ayat terakhir wanita itu.

" You merepek apa? anak kita ada dua orang. Sejak bila pula anak kita Rara sorang? " Tanya Tuan Rizqy penuh tanda tanya.

" Abang yang merepek! Anak kita ada sorang aje. Kenapa You cakap anak kita dua orang. Siapa lagi sorang?! " Tanpa Puan Maria sedari, dia ternaikkan suara terhadap suaminya.

" Isabel? You tak ingat ke anak bongsu kita? Quinn Isabella." Tuan Rizqy mengulas lembut pipi Puan Maria.

" Lagipun Rara dah lama tinggalkan kita honey. Lama sangat." Lembut saja nadanya agar mendapat kepercayaan Puan Maria. Tiba-tiba kekuranya ditempis.

" I yang lahirkan anak I dan sekali saja I pernah mengandung. You boleh tak jangan putar belit cerita kata kita ada anak lain! " Nada Puan Maria meningkat seoktaf. Tubir mata mula berkaca.

Tuan Rizqy menghela nafas berat. Dia tak mahu melihat isterinya menangis. Dia bukanlah Tengku Fiqry yang dahulu. Lelaki yang panas baran, suka berfoya-foya dan mementingkan diri sendiri. Sejak kedua anak perempuannya menjauh dari hidupnya dia mula berubah ke versi yang lebih baik untuk wanita yang digelar isteri.

" My mistake, my mistake. Sorry honey." Tubuh Puan Maria dibawa ke dalam dakapan hangat. Terhinjut-hinjut bahu Puan Maria dek menangis di bahu suaminya.

" Abang jahat. You tak percayakan I." Makin deras tangisan Puan Maria.

" I percaya you honey. Baik, baik anak kita ada sorang je okay? Don't cry. Minggu depat kita fly ke Malaysia cari Rara." Tuan Rizqy mengusap lembut belakang tubuh isterinya yang tidak henti menghamburkan tangisan.

" Kita duduk rumah bonda boleh? I rindu bonda." Puan Maria menatap anak mata suaminya penuh harapan.

Tanpa berfikir panjang Tuan Rizqy mengangguk setuju. " Boleh honey. I pun rindu bonda." Sesekali dia mengusap helaian rambut Puan Maria.

Sejak Puan Maria ditimpa kemalangan jalan raya dan hilang ingatan, setiap hari dia meminta ke suaminya agar mencari Aurora. Katanya terlalu rindu akan anak gadis mereka. Wanita itu seakan orang lain. Isabella seperti tidak pernah wujud dalam hidupnya.

*****

" Asalamualaikum wahai Nendaku yang tercinta! " Pekik Rose di luar pintu kediaman Tengku Zaria. Darren juga turut berada di sebelahnya.

Dimana ada Rose, Disitu ada Darren.

Tengku Zaria baru sahaja checkout daripada hospital pada pagi ketika waktu persekolahan. Jadi mereka bercadang untuk melawat nenek kesayangan mereka sebaik saja habis waktu sekolah.

𝐌𝐲𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢𝐨𝐮𝐬 𝐀𝐧𝐠𝐞𝐥𝐬Where stories live. Discover now