CHAPTER 8

9.9K 757 21
                                    

"Macam mana first day sekolah cucu - cucu Nenda?" Tengku Zaria meneliti satu per satu wajah ejen muda dihadapannya. Manakala mereka di meja makan hanya mendiamkan diri. Tiada seorang dari mereka membuka mulut sejak tiba di rumah agam tersebut.

"Plan gone wrong. " Balas Isabella dingin. Dia memandang kilas wajah sepupu-sepupunya yang kelihatan muram.

" Mustahil? But how? " nada Tengku Zaria kedengaran tidak percaya. Mana mungkin Mysterious Angels gagal secepat ini? Bahkan mereka tidak pernah gagal walau sekali. Jadi dia agak terkejut.

"Yes, Nenda. Fail. We gonna change our plan after this." Tutur Isabella dengan tenang. Namun ditelinga Angelina, Starla dan Rose, Isabella memaksudkan sebaliknya.

Hanya Isabella seorang sahaja membalas semua persoalan Tengku Zaria. Yang lain hanya memilih untuk diam.

Tengku Zaria menoleh ke wajah Angelina, Starla dan Rose satu per satu termasuklah Ryan, Darren, Adrian dan Felix.

Mereka yang perasan akan pandangan itu hanya mampu menundukkan kepala ke bawah dan merenung nasi di atas pinggan makan mereka sahaja. Perasaan serba salah masih tidak hilang dari diri. Ryan dan Isabella dikecualikan.

Dua ketua itu masih dengan rauk wajah tenang seperti tiada apa berlaku walaupun dalam hati sedang menyumpah diri atas kegagalan pertama mereka. Gagal? mereka gagal. Baru sahaja  memulakan langkah pertama mereka telah gagal.

Nampak seperti dramatik namun bagi Mysterious Angels, ini adalah kenyataan yang tidak pernah mereka jangka. Kotak fikiran terimbas semula detik disekolah dimana permulaan kegagalan pertama mereka.

"Asalamualaikum and good morning class." Sapa seorang guru wanita bertudung yang berdiri dihadapan kelas. Sapaan guru itu disahut mesra oleh murid kelas 5 Ace. Ada yang membalas salam, ada yang tidak. Kerana separuh dari pelajar sekolah ini merupakan pelajar dari luar negara dan memiliki agama yang berbeza.

"Today, as we informed last week, our class will be accepting few transferred studend from London, United Kingdom. Let's welcome them with an open heart. Keep your decipline good as Golden Highschool students." pelajar mengangguk faham. Sejujurnya mereka masih tidak percaya sekolah menerima pelajar dari luar sebelum hari yang ditetapkan.

Setiap tahun, sekolah mereka akan menghantar pelajar yang terpilih untuk mengambil pengalaman baru disekolah luar negara. Dan pelajar yang dihantar itu akan digantikan dengan pelajar dari negara tersebut untuk dijadikan sebahagian daripada murid sekolah mereka.

Namun hari tersebut belum tiba. Kira-kira lima bulan lagi sebelum program itu dilaksanakan. Oleh itu pelajar menjadi sedikit binggung.

"Ladies, you may come in." empat gadis bertubuh ramping yang sedia berdiri hadapan muka pintu itu langsung menyusun langkah masuk. Tiada wajah yang menggambarkan kegembiraan. Hanya kosong. Boleh dikatakan, anggapan pertama pelajar sekolah itu kepada Mysterious Angels adalah 'sombong'

Langkah mereka diikuti Ryan, Adrian, Felix dan Darren dibelakang. Tidak heran bagi pelajar lain jika empat jejaka terkenal itu lambat ke kelas memandang mereka merupakan pengawas sekolah yang memegang pangkat tertinggi.

Apabila Isabella, Angelina, Starla dan Rose kian berdiri menghadap rakan kelas, empat jejaka itu langsung membuka langkah ke meja masing-masing yang terletak dibarisan belakang sekali. Mereka tiada meja tetap memandangkan kelas mereka tidak jauh seperti luas dewan kuliah.

Sedangkan pelajar perempuan mula panas punggung melihat keangguan empat gadis asing yang berdiri dihadapan mereka. Tidak dinafikan bahawa rupa paras Mysterious Angels itu sememangnya luar biasa.

𝐌𝐲𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢𝐨𝐮𝐬 𝐀𝐧𝐠𝐞𝐥𝐬Where stories live. Discover now