CHAPTER 49

6.6K 527 32
                                    

" Hey Lucas, kau dah jumpa anak - anak buah kesayangan kau? " Sapa Aurora ke Lucas. Lelaki itu sudah minum beberapa botol arak sejak dia tiba lagi.

Lucas menoleh ke arah punca suara lunak itu. Aurora mengambil tempat di sebelah bangkunya. Dia mengangguk kecil bagi membalas soalan Aurora.

" Diaorang setuju tak dengan cadangan kita? " Tanya Aurora lagi.

Lucas meletakkan gelas dalam pegangannya di atas meja bersebelahannya. Dia menghela nafas panjang lalu mengeleng kecil.

" Our important person didn't agree with this plan. But Heather does." Kata Lucas lalu meneguk semula arak itu dengan rakus. Stres.

" I bet he still love her huh? " Andaian Aurora mendapat anggukan dari Lucas.

" He didn't want to hurt her even thought he knew that she will kill him." Terang Lucas lagi.

" Susah betul budak ni. " Aurora merenung langit yang kian berubah jingga. Manakala Lucas merenung sisi wajah wanita itu yang cukup sempurna.

" I wondering, why don't you kill her by yourself. You never use my kids for your own good. " Soal Lucas spontan. Aurora menoleh ke Lucas yang sudah memandangnya. Dia tersenyum nipis.

" Sebelum aku bagitahu..." Aurora mengantungkan ayatnya lalu merampas gelas dalam pegangan Lucas. Dia menghala gelas itu ke arahnya.

" A story never complete without alcohol right? " Lucas tersenyum hingga menampakkan barisan gigi sambil mengangguk.

" Seems like someone need to handle your drunk after this." Kata Lucas kemudian menuang arak ke dalam gelas.

" Siapa lagi kalau bukan kau." Sinis Aurora sebelum meneguk cecair keras tersebut sehingga gelasnya kosong.

Sedang Aurora menghabiskan airnya, Lucas pula mengeluarkan seputung rokok dari kocek seluar bersama pemetik api. Rokok dibakar dan dia gantung pada hujung mulut.

" So, what's your real plan my dear." Lucas menghembus asap keluar. Tubuh tidak berbajunya menjadi tatapan Aurora.

" Aku dah jumpa cara yang betul untuk jatuhkan budak - budak tu." Aurora melemparkan pandangan dari menatap tubuh Lucas.

Aurora berdehem. " Kita guna teknik yang kita tak pernah guna." Ternaik sebelah kening Lucas.

" Macam aku pernah cakap, nak jatuhkan Isabel bukan mudah. Betul, dia jauh lebih berkuasa dari aku. Lebih hebat. I admit that. " Tanpa disuruh Lucas menuang lagi cecair yang memabukkan itu ke dalam gelas kosong Aurora sesambil memasang telinga.

" Aku akan kalah kalau berlawan dengan dia. Fizikal Isabel terlalu kuat. " Aurora meneguk air sebelum sambung. Lucas setia mendengar setiap satu perkataan dari mulut wanita itu.

Lelehan arak yang mengalir di pinggir bibir Aurora , dia mengesatnya dengan ibu jari. Aurora membiarkan sahaja. Sudah biasa.

" Jadi, kita ganggu mental dia." Sambung Aurora. Dia mengulum senyuman sinis.

" Mental Isabel lemah Lucas. Sekuat mana pun dia , budak tu akan tumbang jugak kalau mental dia terganggu."

" Dia terus jadi bodoh. Devil Princess? huh gelaran tu akan berubah tak lama lagi. Aku yakin. " Sambung Aurora makin lebar senyumannya apabila mengingatkan kelemahan adik kandungnya itu.

I know you better than anyone else dear my little sister.

" That's why you bother your parents." Balas Lucas mendatar. Aurora mengangguk. Betul.

" Tapi pelan aku yang tu gagal. Orang tua bangka tu halang Isabel balik. Kalau tak mesti pelan aku nak letupkan private jet Isabel dah berjaya." Aurora mengemgam erat gelas dalam pegangannya menahan amarah. Lucas lantas mengambil gelas itu.

𝐌𝐲𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢𝐨𝐮𝐬 𝐀𝐧𝐠𝐞𝐥𝐬Where stories live. Discover now