CHAPTER 21

7.6K 592 15
                                    

" pstt pstt " Darren menghampiri Ryan .

" hm . " gumam Ryan malas tanpa menoleh . pen pada gengaman sibuk menari di permukaan kertas latihan Matematik . sudah menjadi rutin harian dia untuk menyelesaikan sekurang - kurangnya sepuluh soalan subjek teras setiap pagi sebelum kelas bermula .

" dengar cite ada budak baru masuk harini " sambung Darren sambil mengscroll hashtag
' #goldensnewmate ' yang baru sahaja tular di laman twitter sebentar tadi .

" ooo... " balas Ryan tidak berminat lalu menyambung kembali latihan matematiknya dengan tenang . kacang je soalan - soalan ni .

" kau rasa lelaki ke perempuan ? . " lengan sengaja di daratkan pada bahu Ryan serta anak mata memandang siling kelas seakan tertanya - tanya , walapun dia tahu bahawa lelaki itu langsung tidak amik kesah tentang isu semasa sekolah . tapi apa dia kesah ? mahu tak mahu , Ryan sorang sahaja yang ada bersamanya ketika ini . Felix pula sudah pergi menemani Adrian berjumpa guru pasukan bola keranjang mereka , memandangkan tempoh pertandingan semakin dekat .

" hm...tapi kan kalau dia lelaki , pastu dia handsome , mesti ramai minat dia nanti  ? habistu kita macam mana ? " sambung Darren penuh drama tv3 . tangan menukar posisi naik ke atas dahi .

" lagi bagus . tenang sikit hidup aku . "

" Ryan , kau ni positive sangatlah . dengan muka yang handsome macam ni..." jari telunjuk ditundingkan tepat pada batang hidung mancung Ryan .

" kau rasa berape ketul je yang nak uncrushkan kau ? " tiada perasaan takut dalam diri tatkala jelingan maut di hadiahkan oleh Ryan . yelah orang tu sibuk belajar , dia boleh pula main cucuk - cucuk hidung .

Ryan menahan sabar , muka buku Ryan tutup perlahan - lahan . dia menoleh ke Darren yang bersebelahannya . 

" sekarang ni... nampak macam aku kesah ke ? tak kan ? so now , tolong...bagi aku study dengan tenang boleh tak ? . terima kasih . " senyuman palsu di tayang sesaat dan dia kembali menyelak buku latihannya semula .

" ceh , ajak borak pon susah . nasib aku tak boleh membawang dengan Rose je tau , kalau tak dah lama aku pergi tempat dia . sembang dengan Rose lagi best mhm ! " cebik Darren . lengan naik memeluk tubuh . sempat dia menjeling Ryan yang menyumbat airpod miliknya ke telinga , tidak mahu dengar bebelan Darren .

*****

" ouh ya ! Adrian . Felix . nasib cikgu tak lupa ..."

Mereka berdua yang sudah gerak kehadapan , kembali paling badan serentak .

" ya cikgu ? " soal Adrian lembut . sempat dia dan Felix bertentang mata sebentar . kaki naik menapak mendekati Cikgu Nazim semula a.k.a coach bola keranjang mereka .

" ni , file biodata murid baru yang cikgu cakap tadi . " sebuah file nipis di hulur . tanpa banyak soal , Adrian sambut huluran file murid tersebut .

" cikgu dah fikir masak - masak ? dia pun belom masuk lagi sekolah cikgu , takkan nak bagi dia masuk game terus ? " soal Felix tidak setuju dengan pilihan coachnya untuk menerima pemain baru untuk ke perlawanan mereka tidak lama lagi .

" jangan risau Felix , cikgu yakin budak baru tu boleh di harap . " tenang Cikgu Nazim . tersenyum kecil dia apabila melihat anak muridnya itu seperti tidak puas hati semenjak dia beritahu hal tersebut kepada mereka berdua .

Adrian yang sudah selamba duduk di atas kerusi bilik Cikgu Nazim , tiba - tiba berdiri secara mengejut . kepala di geleng berkali - kali seakan tidak percaya dengan isi kandungan file di tangan .

" Bro..." anak mata perlahan naik mencari lekuk wajah Felix yang tidak jauh darinya .

Felix menjungkit sebelah keningnya . sahutan lelaki itu hanya di balas dengan riak maksud 'apa ? '

𝐌𝐲𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢𝐨𝐮𝐬 𝐀𝐧𝐠𝐞𝐥𝐬Where stories live. Discover now