BAB 1

2.2K 49 1
                                    

Sebagai permulaan cerita, macam biasa, mesti watak utama dalam cerita ni akan beritahu siapa watak yang lain dalam ni. Hahaha..

Nama aku Raja Keyflee Raja Abu Bakhri kawan aku panggil aku Kei Wing, nama je raja tapi dah kena tendang dari keturunan raja, sebab? sebab Mummy aku dari keturunan nyonya Melaka, Ayah aku masih tak dikenal pasti, sebab Mummy aku cakap Ayah aku lari menghilangkan diri sejak aku berumur 6 bulan, Ah Ma (nenek) aku cakap dia mati kemalangan sehari sebelum aku lahir lagi. Mana satu aku nak percaya pun aku tak tahu. Kehidupan aku tak la mewah macam keturunan raja yang lain, kami cukup semua walaupun aku ada mummy dan Ah Ma je.

Minggu ni adalah minggu terakhir aku disekolah setelah menduduki SPM sepanjang 2 minggu lepas. 

Sedang aku menaiki tangga, kaki aku terhenti seketika, kejap, nak amek nafas

"Kei wing!" jerit satu suara dari arah belakang aku. 

Panjang umur, ni sahabat dunia akhirat aku, El Daniel. Hanya dia je tahu rahsia dalam seluar aku. Susah nak lepaskan dia macam ni.

"nak ape?" soal aku sambil menoleh kebelakang

"kenapa kau berhenti tiba tiba ni? jalan la" arah Daniel

"mengah, penat naik tangga" terang aku yang masih mengambil nafas

"dah cepat jalan" lalu Danial menolak badan aku yang gempal ke hadapan sehingga ke puncak tangga. 

"dah dahh..... cukup, dah sampai" kata aku sambil tercungap

"dah tau kau tu muatan berat duduk la belah kanan" terang Danial, dah start dah nak gaduh dengan aku

"eh babi, muatan berat duduk belah kiri" terang aku sambil menuju kearah bilik darjah

"eh ye ke?" Danial menggaru kepalanya yang tak gatal lalu membututi aku kearah kelas

Sampai sahaja di kelas, aku mengambil tempat duduk aku di hujung. Aku melabuhkan punggung di kerusi plastik dan Danial melabuhkan punggungnya di atas meja mengadap aku

"so?" soal Danial tiba tiba

"so apa kau ni?" aku yang terpinga-pinga dibuatnya. 

 "kau kata nak confess dekat crush kau si Hariz tu, dah confess ke belum?" soal Danial kuat

"eh kau jangan la cakap kuat kuat bodoh, malu la aku" tegah aku sambil menepuk pahanya sambil memandang budak perempuan 3 ketul di hadapan tengah gosip apa gamaknya.

"eleh tak payah malu, satu sekolah dah tau kau gay" kata Danial lagi.

Pedih mat!!

"eh sial, betul ke bodoh?" soal aku yang terkejut dengan kata kata Danial tadi

"takde la gila, aku gurau je la" seloroh Danial

"ape ke sial statement kau kasi" ujar aku dan diam sejenak memikirkan apa yang berada di minda "kau rasa dia kata apa nanti?"

"kenapa pulak kau cakap macam tu?" soal Danial

"yela, aku gemuk, mata sepet, bola pun tak main, jalan pun lambat" belum sempat aku habiskan kata-kata aku, Danial gelak sakan di hadapan aku

"HAHAHAHHAHAHAAH" tawanya sambil memegang perut "kau buat luahan apa ni gampang? kau citer kat aku, kau ingat aku bersamamu ke?" soalnya

"tak ada la, aku takut dia tak suka aku je" ujar aku kerisaukan kalau cinta aku ditolak mentah

"wing, kau dengar sini aku nak cakap, kau confess dekat crush kau yang dia pun tak tau kau suka dia sejak bila, dia suka kau balik atau tak itu terpulang kat dia, yang penting kau confess dan bagitahu apa isi hati kau, kau tak boleh nak paksa orang suka kau balik" ujar Danial dengan bijak berkata-kata

LELAKI BERLOCENG (COMPLETED)Où les histoires vivent. Découvrez maintenant