BAB 4

1.1K 32 0
                                    

Kei WIng baring menghadap telefon bimbitnya, dia melihat context dalam Whatsapp mencari ruangan chat dia bersama Danial. Pesanan ringkas yang diberinya dahulu juga tidak sampai kepada tuan empunya badan, masih tidak 'delivered'. 

"tak apa kita try lagi" Kei Wing mula menaip

'Assalamualaikum Danial~'
'Kau sihat ke?~'
'Lama tak dengar cerita kau ni?~'
'aku nak bagi tahu ni, hujung bulan ni aku balik Malaysia~'
'kau busy ke?~'
'tak apa lah, nanti kita jumpa dekat sana~'

Masih sama, tidak sampai ke tuan punya badan

Dia membuka account instagramnya dan fb mencari update terkini dari Danial, sahabat dunia akhirat. Tapi tidak menjumpainya di ruangan social media tersebut. Pelik!

'apa dia dah deactivate account social media dia ke?' berlegar legar tanggapan Kei Wing di dalam kepalanya 'tak apa lah, aku bukan tak pandai hidup kalau campak memana pun' pujuk hatinya sendiri, mungkin kawan baiknya sudah putus hubungan dengannya juga. 

Hujan yang membasahi bumi London malam ini membuatkan hatinya menjadi sedih, memikirkan dia dah tiada siapa yang sayang akan dia tapi dia harus kuat kerana semua aset arwah mummy dan amanah Ah Ma nya juga. 

Tak apa lah, kawan boleh cari lain.

____________________________________

KLIA - LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUALA LUMPUR

'AKhirnya sampai jugak Malaysia' kini Kei WIng boleh menghela nafas setelah 13 jam dalam kapal terbang, ini belum campur lagi singgah ke istanbul dalam 4 jam. 

Kei Wing mencari pintu arrival untuk memanaskan badannya dengan hangat suasana Malaysia, semestinya rindu akan tempat tumpah darahnya.  

"Tuan?" seorang menyapanya dari arah belakang

"ya pakcik?" Kei wing menyahut dengan sopan

"Tuan nak teksi? Tuan nak pergi mana?" soal Pakcik teksi yang dari tadi melihat anak muda ini melihat sekeliling

"tak apa pakcik, saya amek uber kejap lagi" balas Kei Wing pendek

"eh Tuan, uber dah tak ada dekat Malaysia, setahu pakcik, Grab je ada" 

"ha? yeke?" baru 3 tahun aku kat UK, sekarang Uber dah tak ada. 'Series ah?'

"Iye Tuan"

"Pakcik jangan panggil saya Tuan, panggil saya Kei Wing" pinta Kei Wing, tak selesa orang panggil dia tuan, tuan apa? tuan tanah kedaung? hahaha... "okay tak apa pakcik, saya amek teksi pakcik, pakcik hantar saya ke Pavilion Residence, Bukit Bintang, Kuala Lumpur" pinta Kei Wing

Tanpa membuang masa, pakcik teksi mengambil bag bagasinya dan memasuki dalam boot kereta di belakang. Kei Wing masuk ke dalam perut kereta proton saga model terbaru ini, bersih dalamnya.

Teksi memecut laju atas jalan lebuhraya MEX

"Tuan ni Chinese ke?" Pakcik Teksi memecah sunyi di dalam kereta

"tak la pakcik, saya campur melayu, arwah mummy saya nyonya melaka" Kei WIng diam sejenak "siapa nama pakcik?"

"nama pakcik Bakar, panggil Pakcik Bakar je" balas Pakcik Bakar

"panggil saya Kei WIng" balas Kei WIng pendek supaya dia tak digelar 'tuan' oleh pakcik teksi ini

"Kei Wing belajar ke dekat UK?" soal Pakcik Bakar

"macam mana pakcik tau saya belajar dekat UK?" soal Kei WIng kehairanan, aku tak bagitau lagi apa-apa

"ada tag dekat bag luggage Kei WIng tadi, pakcik tertengok, maaf ya" terang lelaki separuh abad itu

"ouhhh, tak apa lah pakcik, saya duduk dekat sana dengan nenek saya selepas arwah mummy meninggal, tapi saya belajar je kat sana, ni lepas habis belajar, nak sambung study dekat sini, rindu kat Malaysia" balas Kei Wing panjang lebar

"ouhhh, ni ayah Kei Wing tau tak Kei WIng balik sini?" soalnya lagi, dah macam dalam kereta siasatan jenayah dah

"ayah sayaaaa...." panjang Kei Wing nak terangkan

"tak apa, pakcik faham, kalau Kei Wing keberatan nak bagitau tak apa, pakcik faham" pangkah pakcik Bakar yang faham akan kondusi anak muda ini

"pakcik duduk mana? anak pakcik dah berapa?" soal Kei WIng, kali ini giliran dia menyoal siasat pakcik ni

"pakcik duduk dekat Taman Cahaya, kat Ampang" terang Pakcik Bakar "anak pakcik semua dah besar dah, dah kerja cuma ada sorang je melekat dekat rumah tu, tapi dia pandai cari duit, dia main apa tu yang naik turun tu?" tiba tiba hilang kata kata

"fun fair ke?" teka Kei WIng, yela fun fair je la ada naik turun tu, ke apa?

"bukan, dia dekat dalam telepon je, kadang kadang dia tengok dekat laptop"

"ouhhhh ni, dia main saham? forex ke?" kebelakangan ini agak terkenal aktiviti permedagangan dalam talian ni macam Luno

"ha ya betul-betul, itulah dia, memalam dah duk sibuk depan laptop dia, kadang kadang makan pun tak lagi, Isteri Pakcik orang Indonesia, dia balik 2 tahun lepas, sampai sekarang tak balik balik lagi, pakcik cuba untuk telefon tapi tak ada siapa yang jawab macam nombor telefon dah tukar" bebel pakcik Bakar panjang lebar "anak pakcik tu la banyak tanggung keperluan pakcik setiap bulan, si bongsu tu buat freelance kerja mencuci tapi macam tak jalan je katanya" 

"freelance mencuci? cuci apa pakcik?" soal Kei Wing inginkan kepastian

"dia cuci membersih rumah orang, kiranya jadi maid tapi versi lelaki" terang Pakcik Bakar

"ouhhh, boleh pakcik kasi nombor dia tak? maybe saya ada job untuk dia, sebab saya tengah cari orang bersihkan rumah jugak ni" pinta Kei Wing lantas membuka paparan skrin telefon pintarnya untuk save nombor anak Pakcik Bakar

"kamu ni biar betul?, kamu baru balik dari UK dah ada job untuk orang lain? kamu serius ke ni?" soal Pakcik Bakar kebingunggan

"betul pakcik, insha Allah ada rezeki lebih kita kongsi, janji dia berusaha" ujar Kei WIng, nampak bernas otak dia

"okay, ni nombor dia 01365+++++01 nama dia Adi" 

Kei WIng hanya menurut kata Pakcik Bakar dan SAVE!

Dalam 1 jam 45 minit, akhirnya sampai ke destinasi yang hendak dituju

"dah sampai dah Kei Wing" ujar Pakcik Bakar

"okay, semua berapa Pakcik?" soal Kei Wing akan kos tambang teksi

"semua RM95" balas Pakcik Bakar sambil tersenyum

"ni pakcik, baki pakcik simpan" Kei WIng menghulurkan not RM100 kepada tangan Pakcik Bakar

"eh pakcik tak nak, kejap pakcik kasi baki"

"pakcik tak apa pakcik, pakcik amek je, bye pakcik saya mintak maaf, jumpa lagi" Kei WIng cepat cepat keluar dari kereta dan membuka boot kereta lalu mengeluarkan bag luggage-nya. 

Pakcik Bakar hanya terpinga pinga di dalam kereta, selang beberapa minit pakcik Bakar melambai sambil tersenyum

Kei WIng juga membalas perkara yang sama, dia hanya mengeluh kecil, seronok bila dapat berborak dengan orang Malaysia balik, kat UK asik kene 'speaking' je

Anak muda kini di tengah tengah lautan umat manusia yang sedang bersiar-sia tengah Bukit Bintang di sekitar Pavillion, sesak dengan kenderaan diatas jalan raya, bangunan yang masih sama cuma ada penambah baikkan. Okay la not bad!


LELAKI BERLOCENG (COMPLETED)Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora