BAB 25

1.2K 40 1
                                    

Awal pagi lagi Kei WIng sudah keluar dari bilik seusai mendirikan solat Subuh. Tidak lupa satu kucupan diberikan kepada Hariz yang masih lagi nyenyak tidur.

________________________

"semekommm.... Hariz, ooo Hariz, dah siap lom?" laung suara Danial dari luar bilik

"Dah, jap, aku pakai pomade rambut, masuk la Dan" pelawa Hariz yang masih lagi membetulkan rambutnya untuk mendapatkan gaya yang agak sempurna

Pintu bilik di kuak dan muncul Danial di muka pintu

"hahaha, kemain hensem, kau nak pergi dating dengan aku ke macam mana ni? risau la aku" canda Danial, bila dia melihat Hariz leka dek betulkan rambutnya yang kejap kejap jatuh

"hahhaha... banyak la kau, by the way Dan, sumpah aku tak tau ada game hari ni weyh, game apa hari ni?" soal Hariz yang masih lagi tak tahu perkara sebenar

"Kei Wing tak bagitahu kau ke?" soal Danial agak terkejut

"tak ade pun masalahnya, dia kata semalam, 'adalah' " Hariz cuba mengajuk kembali kata-kata Kei WIng

"hahahhahaa, dah la jom, nanti kau tengok la sendiri" arah Danial yang tunggu di luar bilik Hariz

"okok, jom, aku dah siap" Hariz bergegas keluar dan mengunci pintu

Mereka berdua berjalan sehingga ke kereta mini cooper milik Danial dan masuk ke dalam perut kereta untuk menuju ke tempat yang ingin dituju.

___________________

Sampai di suatu tempat, di hadapan mereka berdua ada sebuah dewan, mungkin dewan kegunaan orang ramai di tengah Melaka ini, besar jugak dewan di dalam Komplek Sukan Melaka ini. 

Hariz melihat dalam dewan penuh dengan penonton yang datang untuk menyorak aktiviti hari ini. Mereka berdua mengambil tempat di hadapan gelanggang, gelanggang di lapik dengan tikar getah yang agak tebal. Macam gelanggang Taekwando je

"ni gelanggang Taekwando kan?" soal Hariz yang ingin meneka game apa untuk hari ni

"hampir tepat" balas Danial pendek

Tiba-tiba, pengacara majlis muncul di tengah tengah dewan untuk mengemukakan aturcara majlis hari ini

"Tuan tuan dan puan puan, dan sahabat yang saya kasihi, terima kasih atas kehadiran saudara dan saudari sekalian untuk acara pencak silat hari ini, saya Muhammad Badri, pengarcara acara pada hari ini...." ujar pengacara majlis sebagai mukadimahnya

"what? pencak silat? weyh Danial, demi Allah aku tak tahu Kei Wing join Silat" ujar Hariz yang memandang tepat kearah Danial

"hehe, kau ingat dia macam tu, dia tak join sukan lasak ke?" perli Danial

"aku tak cakap apa apa pun gila" ujar Hariz

"bagi memulakan majlis, hendaklah saya mulakan acara ini dengan bacaan doa, Al Fatihah" ujar Pengacara majlis, semua penonton menadah tangan untuk mendapatkan keberkatan pada hari ini

"Usai bacaan doa itu tadi, saya berbesar hati menjemput kesemua peserta pada hari ini untuk mempersembahkan seni silat mereka, di persilakan" penonton mula bersorak

Mata Hariz tertumpu kepada kekasihnya yang keluar dari belakang dewan masuk ke dalam dewan. Dari jauh, Kei WIng tersenyum akan kehadiran Hariz, lalu mengenyit mata kepada Hariz.

Hariz mula berbunga hatinya tatkala KEi Wing perasan akan kehadirannya

"kau dah kenapa tersengih sengih ni? dah kau pun angau dah ke? elok la tu, angau sama sendiri" soal Danial yang mula nak menyakat Hariz

LELAKI BERLOCENG (COMPLETED)Where stories live. Discover now