BAB 20

1K 37 1
                                    

Minggu ini merupakan minggu sukan antara program yang akan berlangsung selama satu 2 minggu, pelbagai acara permainan yang dipertandingkan seperti Bowling, Bola Sepak, Takraw, Badminton, Rugby, Bola Jaring, Bola Tampar, Petanque, Tarik Tali, Ping Pong, Catur, dan pelbagai lagi permainan yang cuba di ketengahkan oleh pihak universiti

"Wing, kau masuk game apa sem kali ni?" soal Danial sambil menyuap nasi campur ke dalam mulutnya

"aku masuk Badminton dengan Bola Tampar, itu pun tak sure, ada sesi pemilihan lagi, kalau tak perform tak dapat la masuk, aku jadi penonton jela" terang Kei WIng sambil melihat sekeliling cafeteria seolah mencari sesuatu. 

Danial turut melihat sekeliling "kau cari sape ni hanat? dari tadi aku tengok kau tengok sekeliling, mee bakso kau tu dah memanggil manggil dah suh makan bola tu, tuan punya badan sibuk cari sape tah" bebelnya

"HAHAHAHA" Kei Wing hanya ketawa, lucu bebelan kawan baiknya ini, dia menghirup sup bakso yang sedap dek tekaknya. Dia menambah cili kicap sedikit untuk menjadikannya sedikit pedas, dan leka menghirup dan merasa kuah bakso...

Tiba-tiba

"uit...." satu suara penyapa

"uhukkkk... uhukkk" tiba-tiba Kei Wing tersedak dek sup bakso yang pedas baginya, meleleh terkeluar ikut hidung, dia tahu siapa empunya suara

Danial memandang ke arah suara yang menegur

"Hariz, duduk la" pelawa Danial sambil melirik kearah belakang tubu Hariz, seorang wanita yang agak seksi pakaiannya

"thanks dowh, by the way ni Ana, member kelas aku" terang Hariz sambil mengambil tempat duduk di sebelah Kei Wing lalu menepuk belakang lelaki separa cina ini perlahan dek tersedak tadi

Kei Wing memandang Hariz, Hariz memandang Kei Wing dengan sekuntum senyuman

Ana hanya melihat tingkah mereka berdua, bagaikan ada sesuatu diantara mereka ini, dia mengambil tempat di sebelah Danial. 

"sedap ke bakso tu sampai kau tersedak?" soal Hariz sambil memandang mangkuk Kei Wing yang berisi me bakso sambil lengan dilabuhkan di atas bahu Kei Wing

"sedap, pedas, tu yang tersedak tu" jelas Kei Wing sambil memandang raut wajah Hariz

"nak rasa sikit, kalau sedap aku pergi beli satu" pinta Hariz

"kau pergi jela beli, sedap, nak sedap kau tambah begedil" terang Kei Wing, sambil menghirup kuah sup

"apa? bedegil" soal Hariz

"begedil" Kei WIng perbetulkan sebutan Hariz

"banyak banyak burger, burger apa yang happy?" soal Hariz tiba-tiba menanyakan teka teki

Muka Kei WIng berkerut seribu memikirkan teka teki yang tah apa apa ni

"berger-mbira" HAHAHHAHAh terhambur ketawa Hariz dek lawaknya sendiri, Ana dari tadi hanya diam menyepi melihat gelagat Hariz

"kau pergi mampus la sana, kau buat lawak, kau sendiri gelak" ujar Kei Wing, tapi sebenarnya kelakar jugak, apa bende burger boleh jadi burgermbira?

Hariz dengan ketawa yang tersisa, bangkit menuju ke arah stall makanan untuk melihat juadah apa untuk tengah hari ini, Ana juga membututi Hariz

"Wing, sebenarnya kelakarkan lawak dia? asal kau tak gelak je?" soal Danial, dia perasan akan peel kawan baiknya sejak kebelakangan ini

 "saja, kita kene jual mahal sikit, kat luar tak leh nak manja sangat, kang apa pulak orang cakap, kawan perempuan dia pun pandang aku lain macam dah" terang Kei Wing

LELAKI BERLOCENG (COMPLETED)Where stories live. Discover now