BAB 3

1.2K 37 1
                                    

LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUALA LUMPUR

"jaga diri kau baik-baik Danial, kau kalau nak datang UK tengok aku, bawakkan aku dodol dengan maggi kari" dua sahabat berpelukan di tengah-tengah laluan KLIA

"HAHAHAHHAHA, kau memang celaka la, yelah, nanti aku bawakan" ujar Danial

Air mata Kei wing kini tidak dapat di seka "terima kasih sebab kau selalu ada time aku susah Danial" ucapnya 

"ayat kau macam nak putus kawan dengan aku je cibai?" soal Danial yang meleraikan pelukannya

"HAHAHHAHA, tak adalah gila, aku cuba nak jadi orang yang sentimental sikit" terang KeiWing

"HAHAHHAHAHA... kau dengan bodoh terpisah tiada" balas Danial pendek

"dah la, duduk dengan kau karang tak sampai aku kat UK" ujar Kei Wing

"Ah Ma, nanti apa apa contact saya tau, xie xie Ah Ma" ujar Danial sambil melambai ke Ah Ma dan Kei Wing

"walaoweyh pandai cakap mandarin dah" balas Kei Wing dengan membalas lambaian dari danial

"haha ya ya, nanti Ah Ma kasi tau" balas Ah Ma sambil tersenyum

Kelibat mereka berdua akhirnya hilang dari pandangan Danial, kini Danial beredar keluar dari dalam perut KLIA.

__________________________________

3 TAHUN KEMUDIAN - LONDON, UNITED KINGDOM

Selesai makan malam bersama Ah Ma, kini Kei Wing duduk di ruang tamu, berehat sambil menonton TV. 

Tidak lama selepas Ah Ma membersihkan meja dan mencuci pinggan yang mereka makan tadi, Ah Ma terus pergi naik atas tanpa menanya khabar atau kebiasaannya neneknya akan duduk menonton TV juga bersamanya. Selang beberapa minit, Ah Ma turun dengan membawa kotak bewarna coklat, mungkin berisi sesuatu di dalam, Ah Ma mengambil tempat disebelahnya .

"Ah Ma beli barang online lagi ke? apa pula kali ni Ah Ma beli? bukak la, Wing nak tengok Ah Ma beli apa?" dia yang paling excited kalau barang Ah Ma sampai, seolah olah membuka hadiah.

"kotak ni milik arwah mummy Kei Wing, kamu bukak la, kamu patut simpannya" jawab Ah Ma lemah lembut

"eh? yeke ni?" soal Kei Wing inginkan kepastian

"ya lorhh.. Ah Ma sudah lama simpan tapi tak sampai hati nak kasi, takut rumah Ah Ma ni banjir pulak" canda wanita yang berumur separuh abad ini, dia tahu Kei Wing masih bersedih jika bercerita pasal arwah mummynya.

"mana ada Ah Ma, Wing okay je la" ujar Kei Wing sambil membuka kotak dihadapannya

Dia melihat isi didalam kotak tersebut, satu persatu di keluarkan. Bingkai bergambar, mummy dan lelaki ketika mereka diusia muda. 

"Ah Ma nak mintak maaf sebab sebelum ni Ah Ma cakap ayah Kei Wing mati kemalangan, sebenarnya ayah kamu kahwin lain dan lari tinggalkan mummy kamu, dia berkahwin dengan sama darjat dengannya, keturunan diraja, disebabkan di ugut oleh nendanya" terang Ah Ma

"maksudnya ayah Kei Wing masih hidup la?" soal Kei Wing sambil tersenyum, mungkin ada sinar untuk dia mencari ayahnya

"tak tau, lepas dari perkahwinan gilang gemilang tu, tak ada khabar berita, jenguk kamu pun tidak, sebab tu mummy kamu lari membawa diri, perangai jijik" caci Ah Ma cuba mengawal kemarahan bila perilakunya membuatkan anak perempuannya bersedih dan hampir tiada arah tuju.

"semasa kamu dilahirkan, Ah Ma yang jaga kamu disebabkan mummy kemurungan ketika dia tahu ayah kamu kahwin lain, siapa tak sakit hati? sebab itu Ah Ma sampai sekarang benci dengan dia" tambah Ah Ma lagi.

Kei Wing hanya mendiamkan diri. Dia mengeluarkan satu kotak merah baldu seperti kotak perhiasan, dan membukanya.

Ternyata ada seutas gelang perak dari Pandora, yang mempunya pelbagai charm termasuk loceng yang akan berbunyi bila bertemu antara satu sama lain. Apa yang menarik perhatiannya, ada charm dari batu jed, cantik buataannya dan warna batu tersebut.

"itu milik mummy kamu, setelah dia membawa diri, mummy kamu menyimpannya semula, tidak langsung dia memakai gelang tu" terang Ah Ma

Lantas Kei Wing menyarungnya di pergelangan tangan, muat! "sedang elok la Ah Ma, Kei WIng simpan eh pusaka mummy ni" dia mula rasa teruja

"tangan sekarang memang la muat, cuba tangan 2 tahun lepas, mana nak muatnya" perli Ah Ma

"HAHAHAHAH" hanya tawa saja di hambur walau dalam hati pedih 

"Ah Ma nak tanya sikit" soal Ah Ma

"apa dia Ah Ma? tanya la" balas Kei WIng

"kamu dah tau ke belum nak sambung study dekat mana?" soal Ah Ma lagi

"belum, Kei Wing malas la, lagi pun Wing baru habis study kat sini kan?" rungut Kei Wing bagai protes

"Alaaaaa kesiannya cucu Ah Ma ni, sambung la lepas tu boleh tolong Ah Ma" rayu Ah Ma dengan membuat muka seplohsen

"maksud Ah Ma apa?" Kei Wing bagai menghidu sesuatu dari wanita disebelahnya ini

"Ah Ma sebenarnya dah apply universiti untuk Wing belajar, dalam masa yang sama nak mintak tolong handle business kat sana" terang Ah Ma sambil mengangkat 2 jari 'peace'

"kat mana?" kening Kei WIng yang lebat terbentuk kini berkerut seribu, penuh tanda tanya.

"Malaysia" 

"Ha? tak nak la Wing"

"alaaa tolong la Ah Ma"

"kenapa Wing?"

"sebab Wing muda lagi" Ah Ma diam seketika, "lagi pun tu business arwah mummy Wing juga, Ah Ma dah tak larat la Wing nak jaga business semua, kat sini Ah Ma kene jaga, arwah mummy awak punya business kene jaga, Ah Ma dah tua Wing" tambah Ah Ma lagi

AGE CARD!!!

"yela yela, Wing setuju tapi ada syarat" kini Kei WIng kene pikul tanggungjawab sebagai anak lelaki, kalau tak dia, siapa lagi nak majukan business arwah mummy dia?

"apa dia?" soal Ah Ma

"Ah Ma kene ajar Wing macam mana nak handle business mummy" balas Kei WIng

"boleh sangat" balas Ah Ma

"belum habis lagi..." pangkah Kei Wing

"ada lagi ke? ingatkan satu je. Okay apa lagi satu tu?" soal Ah Ma ingin tahu apa syarat cucu dia sorang ni

"Kei Wing nak moto sebijik bila kat Malaysia nanti" pinta Kei Wing

"motor bahaya la Wing, kalau Wing accident macam mana? Ah Ma tak ada dekat sana, Ah Ma belikan kereta la sebijik ya sayang?" pujuk Ah Ma

"Ah Ma, motor senang nak pergi kuliah, nak pergi tempat kerja ke, nak pergi kedai senang, lagipun Danial kan ada" rayu Kei Wing lagi

Ah Ma diam sejenak memikirkan apa yang dikatakan oleh cucunya

"yelahhh!!" Ah Ma setuju

"Yess!!" 

"tapi ingat, jangan nak merempit" tegah Ah Ma

"Kei Wing janji" balas Kei Wing sambil mengangkat tangan tanda sumpah

"oh ya, sebut pasal Danial, dia tak ada eh datang jenguk kamu ke?" soal Ah Ma

"tak ada, tak apa lah Ah Ma, mungkin dia pun busy tengah uruskan business family dia jugak tu" anggap Kei WIng, kadang kadang rindu juga, hanya bersua melalui Whatsapp sahaja, itu pun kali terakhir 3 tahun lepas. 

"yelah, nanti nak balik Malaysia kamu telefon la dia dulu, mungkin dia boleh amek kamu dekat airport" cadang Ah Ma

"insha Allah, nanti Kei Wing telefon dia" balas Kei Wing

"dah la, Ah Ma mengantuk la, ni nanti kotak-kotak kemas" arah Ah Ma lalu dia bangun dan mendaki tangga untuk ke bilik tidurnya


LELAKI BERLOCENG (COMPLETED)Where stories live. Discover now