BAB 5

1.1K 30 2
                                    

Sudah 2 bulan Kei Wing duduk di kondominium milik keluarganya. Semua urusan pejabat dan kertas proposal di telaahnya pagi, petang dan malam untuk mengetahui hala tuju syarikat hartanah ini, pada masa yang sama syarikat guaman arwah mummynya turut membantu menguruskan operasi syarikat terbabit. 

Usai mandi, Kei Wing hanya meilitkan tuala di pinggangnya lalu menuju ke ruang tamu. Dia melirik jam di dinding 

"baru pukul 9 pagi" dia mencapai telefon pintarnya dan mencari nama 'adi', lalu menaip 

'salam'  <send>

'saya nak bersihkan rumah hari ni, boleh datang ke alamat saya beri ni ke?'  <send>

Kei WIng meletakkan telefonnya di atas meja kopi sebelah sofa lalu menuju ke dalam bilik untuk menyarung pakaian. Badannya sudah kering akibat angin kipas di ruang tamu yang berputar laju. 

'ting'

Kedengaran satu notifikasi masuk 

'ting'

dua notifikasi masuk 

Kei WIng keluar dari bilik dengan berpakaian kemeja putih yang longgar dan seluar jeans hitam. Nampak lebih 'dashing'. Dia membuka notifikasi yang mempunyai pesanan ringkas dari 'adi'

'w'salam, boleh tuan, pukul berapa kene kemas tu?' 

'rate bergantung kepada keluasan rumah dan add-on task, boleh ke?'

lalu dia membalas, 

'pukul 10.30 kejap lagi boleh?' sama macam ayah dia la, suka panggil orang tuan. hahaha..

'ting'

Kei Wing membuka pesanan yang diterimanya selang beberapa saat

'baik, jumpa sana tuan' 

'okay' <send>

Kei Wing menuju kearah dapur, perutnya terasa lapar dan ingin makan sesuatu yang ringan ringan. Membuka peti ais, hampa, tak ada apa, stok makanannya telah habis tempoh hari. 

'tak apa lah, kejap lagi nak keluar, makan kat luar jela kejap lagi' dia hanya bermonolog sendirian.

Hidupnya seolah kosong dengan rumah kondo sebesar ini, tengah tengah Kuala Lumpur, walaupun ramai orang di bawah pergi pusat membeli belah Pavillion ini, ternyata hidupnya biasa. Kosong. 

Pembelajaran dia di universiti di sebuah institut pendidikan awam akan bermula kurang dari 3 bulan dari sekarang. Dia pun tak tahu macam mana keadaannya nanti. 

Kei Wing spray perfume kegemarannya iaitu Oud Maluky sebelum keluar dari rumah, semerbak haruman berasaskan koko butter dan oud. 

__________________________

Kei WIng melihat jam di telefon bimbitnya. 10.25AM, tiba dia rumah yang pernah dia diami sebelum ini, kenangan dia bersama arwah mummynya. Kereta Grab berhenti betul betul pintu pagar rumahnya. 

"okay kak, terima kasihnya, saya bayar pakai GrabPay tau" ujar aku sebelum keluar dari perut kereta

"okay dik, akak dah terima dah" selesai pemandu Grab ini menekan 'selesai' tugasan di paparan skrin telefonnya. 

Usai menutup pintu kereta dan mata Kei WIng tertangkap susuk tubuh lelaki yang bediri menghadap pagar rumah sambil menekan locong rumah dan menjinjing tool box. 

'Mungkin dia ni Adi kot, awalnya dia sampai' Kei WIng tebak di dalam hati

"Assalamualaikum, bang, kenapa bang, rumah tak ada orang ke?"

"waalaikumusalam, ha ah, tak ada orang, dari tadi saya tekan loceng bagi salam, tak keluar keluar tuan rumahnya" balas pemuda tersebut "awak ni siapa?" soalnya

LELAKI BERLOCENG (COMPLETED)Where stories live. Discover now