BAB 18

1K 41 0
                                    

Motor superbike Ducati Superleggera V4 warna hitam mati milik Kei Wing di hidupkan, bergema bunyi deruan enjin memenuhi ruang parkir kenderaan. 

"kau jangan bawak laju Wing" ujar Hariz

"eh kau tadi kemain ber'Hariz' bagai sekarang kau aku?" soal Kei WIng inginkan kepastian

"kita kan dekat luar, malu la" terang Hariz

"okay" akurnya

Superbike berwarna hitam mati menyusur keluar dari pintu besar university mereka dan laju membelah jalan. Hariz di belakangnya diam tidak bergerak mahupun berkata diatas motor

Dari jauh Kei Wing melihat lampu traffic light menyala hijau, selang beberapa saat, lampu tersebut bertukar merah dan dia terpaksa brake mengejut supaya tak merempuah lampu isyarat, badan Hariz melekap kat belakang badan Kei Wing, tanpa sedar Hariz terpaksa memeluk Kei Wing supaya tidak terjatuh dari motor.

"woi, kau apesal brake mengejut?" soal Hariz di belakang

"kau buta ke apa? kau tak nampak lampu traffic merah?" balas Kei Wing 

Hariz mula diam di belakang, tanganya di lepaskan dari memeluk lelaki separa cina ini. Tangannya tiba-tiba di capai dari arah hadapan dan memberi insyarat supaya memeluknya, Hariz hanya ikutkan saja. Mungkin lepas ni dia akan membawa motornya laju.

Lampu traffic bertukar hijau

VVVRRRROOOMMMM!!!

'Sah, kan aku dah cakap, dia bawak laju punya' bisik hati Hariz

Kei WIng hanya tersenyum, seronok crush dia peluk dari belakang. Berbunga hati.

______________________________

Usai meletakkan topi keledar di atas motor, Hariz menanyakan sesuatu

"jap, kau cuba bagitau aku, kita datang sini buat apa?" soal Hariz kebingungan, masih tak tau apa dia berdua buat kat sini

"woi, kau dah rosakkan laptop aku semalam, takkan kau nak blah macam tu je?" soal Kei Wing

"sorry weyh, tapi aku tak cukup duit lagi ni" jelas Hariz

"aku ade mintak duit kau ke?" soal Kei Wing

"tak ada" balas Hariz sambil menggeleng

"dah tu? kau ikut aku je dah la" terang Kei WIng  "kau nak bayar sangat kau kangkang la malam kang untuk aku" terangnya lagi tapi dengan nada perlahan

"huh apa?" soal Hariz macam dengar tak dengar

"huh?" soal Kei WIng

"tak, aku tak berapa dengar yang last tu, slow sangat kau cakap" ujar Hariz

Kei WIng menggeleng comel sambil rambutnya yang gulung gulung diatas bergoyang-goyang

"hahhaa comel bodo rambut kau" ujar Hariz sambil menyentuh rambut kerinting milik lelaki hadapan ini

Muka Kei Wing bertukar rona merah apabila dipuji begitu "jom la, aku nak kene aircond la" arah Kei WIng, lalu meninggalkan Hariz. Hariz hanya membututi

_____________________

Usai mendapatkan laptop yang dicarinya, maka mereka berdua membuat keputusan, selepas Maghrib baru pulang. Sementara itu, Kei Wing membawa Hariz berehat di Masjid Selat Melaka sambil menunggu Maghrib.

Sedang mereka masuk untuk duduk melihat matahari terbenam dengan pemandangan laut selat, tiba-tiba satu 'pak guard' menahan Kei Wing, padahal Hariz dah masuk, bila melihat Kei WIng di belakang sedang berborak dengan pak guard, dia pun mengambil keputusan untuk pergi kearah Kei Wing

LELAKI BERLOCENG (COMPLETED)Where stories live. Discover now