BAB 21

922 32 2
                                    

Petang itu, mereka berdua senyap. Hariz juga tak seperti kebiasaan, Kei Wing melihat Hariz di sebelah bagai sedang memikirkan sesuatu, diam tak bercakap. 

"Hariz, kau okay ke ni?" soal Kei WIng yang melihat Hariz dari jumpa di hadapan library tak bercakap sehingga nak sampai ke kolej kediaman

"okay, Hariz okay" balas Hariz sambil menggulumkan senyuman

"okayyy.... kalau ada apa-apa bagitau la, jangan la diam" jelas Kei Wing yang risau akan perubahan Hariz petang ni

Hariz hanya anggukkan kepala tanda faham

'aku ni betul ke eh dengan perasaan aku sendiri ni?' bisik hati Hariz sendirian

"Kei Wing, boleh Hariz tanya sesuatu?" soal Hariz

"tanya la, kenapa?" ujar Kei Wing

Mereka sudah pun berada di pintu pagar kolej kediaman Tun Mamat

"do you still love me?" soal Hariz inginkan kepastian, sekurang kurangnya dia tidak mengharap untuk memberi hatinya kepada lelaki ini

"kalau nak tau, ada syaratnya" jelas Kei Wing

"apa dia?" soal Hariz, mesti la dia nakkan jawapan

"kalau aku sampai bilik dulu, aku tak nak jawab soalan kau, kalau kau sampai bilik dulu, aku akan bagitau kau" jelas Kei Wing "deal?"

"okay" Hariz hanya menaruhkan tenaganya kali ini

Tanpa melengahkan masa, mereka berdua mencicit berlari menaiki tangga untuk berlumba sampai ke bilik.

Sampai sahaja di tingkat 3, mereka berlari sekuat hati menuju ke bilik

Tangan Kei Wing mencapai tombol pintu bilik terlebih dahulu dari Hariz. Kei Wing mendapat kemenangan!!!!! tiada jawapan untuk soalan Hariz

"tak fair!!" ujar Hariz yang sedang mengah

"apa yang tak fair-nya?" soal Kei Wing, dia memasukkan anak kunci ke dlaam lubang tombol pintu tersebut dan memulas "aku menang" pintu bilik di kuak luas

"aku berat bawak otot kot" terang Hariz

"aku pun bawak otot, kau ingat kau je sado?" soal Kei WIng yang meraih kemenangan

Mereka berdua masuk dan menghempaskan bontot di atas katil

"so tak ada la jawapan untuk Hariz ni?" soal Hariz yang tak berpuas hati

"tak ada, sorry" balas Kei WIng sambil menggeleng

__________________

Pada malam itu, Hariz melihat Kei Wing sedang siap siap nak keluar, tapi tak pula dia beritahu nak keluar, biasa dia akan ajak Hariz untuk bersiap.

"Kei Wing nak keluar dah ke? nak pergi makan? kenapa tak bagitahu Hariz, kejap Hariz siap" ujar Hariz yang bingkas bangun dari katilnya

"eh tak, aku nak keluar makan dengan kawan aku" ujar Kei Wing sambil menyarung Jam tangan di tangan kiri

"eh? kawan mana satu? Danial ke? serius la, Wing nak pergi makan dekat mana?" soal Hariz yang sedikir risau

"date" balas Kei Wing pendek "bukan dengan Danial, dengan orang lain" saja dia ingin mengusik Hariz ini, nak tengok sejauh mana dia cemburu

Air muka Hariz berubah serta merta "huuurrmm.... Okay" dia mula duduk di atas katil semula

"bye, aku gerak dulu" ujar Kei Wing yang keluar dari bilik

"byeee" balas Hariz lemah

selang beberapa minit, Hariz keluar dari bilik, mengintip gerak geri Kei Wing keluar dari kolej kediaman, dia turun bawah menuruni anak tangga, dia melihat dari jauh, ada satu kereta Honda 'ketam' park luar pagar kolej. Ada sesorang keluar dari perut kereta, 'ni macam lelaki petang tadi?' Hariz berbisik, 'kemain mesra, siap salam cium tangan, sape dowh laki ni' dada Hariz turun naik bagai menahan marah, cemburu dengan situasi mereka berdua.  

LELAKI BERLOCENG (COMPLETED)Where stories live. Discover now