BAB 12

974 38 0
                                    

POV HARIZ

Usai mengambil kad pelajar dari pejabat pejabat IT, dia berselisih dengan Danial di lobby bangunan Hal Ehwal Pelajar dan Akademik. 

"eh Danial, jumpa lagi" ujar Hariz sambil menghulurkan salam

"woi" Danial menyambut salamnya Hariz "kau dari mana ni?" soal Danial 

"ouhhh aku dari amek kad pelajar" balas Hariz sambil menunjukkan kad pejajar yang di gantung di lehernya "kau?" soal Hariz pula

"ouhhh, aku hantar borang bajet persatuan, nak buat 'event' sem ni, tak tau la lepas ke tak bajet tu" terang Danial

"I see" Hariz faham bila melihat keadaan Danial yang agak rushing tadi "kau lepas ni nak pergi mana?" soal Hariz lagi

"aku nak balik bilik kot, kau?" soal Danial kembali

"sama la, kita jalan sama?" pelawa Hariz

"okay" akur Danial, okay jugak kalau tak, bosan kalau dia jalan sesorang, hari ni kelas tak sama dengan Kei WIng pulak

Mereka berjalan, sehingga di hadapan perpustakaan Tunku Abdul Rahman, langkah Hariz terhenti seketika kerana telinganya menangkap bunyi loceng gelang tangan, agak familiar baginya, dia melihat sekeliling untuk mencari susuk yang memakai gelang tersebut. 

Tak lama kemudian telinga Hariz terlebih dahulu menangkap susuk tubuh yang mengeluarkan bunyi loceng. 

"Hariz, kau asal tercegat kat situ? jom la cepat balik bilik" ujar Danial yang melihat Hariz di belakangnya sedang memerhatikan sesuatu

"Danial, sini kejap, aku nak tanya sikit boleh?" soal Hariz

"memang aku ni abang kaunter pertanyaan kau" ngomel Danial tapi langkahnya menuju ke arah Hariz "asal?"

"kau kenal mamat yang tu?" soal Hariz sambil menunding jari kearah Kei Wing

"asal kau tanya dia?" soal Danial kehairanan, gila tak kenal?

Hariz melihat ramai budak perempuan ternganga bila roomatenya lalu, tak berkelip mata perempuan ni tengok 'K'!!! gila!

"asal lelaki tu suka pakai gelang yang ada charm loceng eh?" soal Hariz

"mana la aku tau" balas Danial pendek "dah jom la" ajak Danial sambil membuka langkah menuju ke kolej kediamannya

"okok, jom" aku Hariz pula

Selang bebrapa minit

"Danial, kau ada contact dengan Kei Wing?" Hariz mula bersuara

"ada je, hari-hari aku contact dengan dia, kenapa kau tanya Riz?" balas Danial

"yeke? dia sihat? dia macam mana sekarang" soal Hariz 

"dia sihat" balas Danial pendek, dia hairan, 'kenapa tak bagitahu si Hariz ni yang dia tu Kei WIng?' bisik hatinya

"nanti kau kirim salam dekat dia eh? tolong?" pinta Hariz

"kau call jela la dia, kan senang" cadang Danial

"cakap memang senang Danial, aku segan dengan dia, dengan apa yang aku dah buat kat dia dulu, aku dah jadi segan" terang Hariz "aku tak ready lagi nak hadap dia"

"nak tak nak, kau akan berhadapan dengan dia juga, lambat laun dia akan berjumpa kau jugak Hariz" terang Danial

Hariz hanya terdiam akan kata-kata Danial, ada benarnya juga

"kau nak ke tak nombor dia? aku offer kau sekali je ni" soal Danial

"tak apa ke eh aku amek nombor dia kat kau?" soal Hariz bagaikan risau

LELAKI BERLOCENG (COMPLETED)حيث تعيش القصص. اكتشف الآن