BAB 14

976 34 0
                                    

POV KEI WING

Pagi yang hening, Kei Wing siap sedia untuk ke kelas, dia menyarung kemeja hitam dan seluar slack biru navy, digayakan dengan belt berjenama dari Gucci, rambutnya disisir kemas lalu menyarungkan cermin mata tanpa bingkai. Akhir sekali menggulung pergelangan tangannya dengan gelang yang penuh dengan charm. 

Dia melirik ke susuk tubuh yang masih lena di ulit mimpi, susuk tubuh yang masih dia crush dan jatuh hati buat kali pertamanya. Dia mengambil sehelai kertas dan marker pen. Dia menulis sesuatu di atas kertas.

Usai menulis, dia melayarkan kertas tersebut di atas muka Hariz, mukanya masih nyenyak, bagaikan tenang dan senang dengan tidurnya. Lalu Kei Wing keluar dari bilik dengan menyarung kasut sneaker dari jenama tempatan iaitu Lan Bahrain

Turun dari lif dan menuju ke zon laundry untuk bertemu dengan Danial, jadual mereka semester ni ada yang sama masa, bila pagi ada kelas, mereka akan tunggu untuk berjalan bersama untuk ke kelas. Hanya jalan kaki, dari kolej kediaman ke fakulti mengambil masa lebih kurang 500 meter. 

Sedang mereka berjalan menikmati pagi yang indah

"kau tak bercakap dengan Hariz lagi ke?" soal Danial

Pagi yang indah Kei Wing tiba-tiba menjadi muram, betul la orang cakap, Monday Blues is real. 

"ada je" balas Kei Wing acuh tak acuh

"maksud aku, kau berbual, berborak, slow talk?" terang Danial

"slow talk? nak buat apa? tak ada keperluan pun gila" balas Kei Wing

"Wing, kau tau haritu?" soal Danial

"tak tau, tolong la bagitau cepat" balas Kei WIng

"HAHAHHAHAHAH, ye aku nak bagitau la ni, 'lame' sial joke kau pagi pagi ni" terburai tawa Danial, tak sangka pagi sangat lawak dia dengar dari Kei WIng

"Haritu, Hariz datang kat meja, time kau naik atas nak pergi berak tu" Danial cuba pancing 'interest' Kei Wing

"ha? dia datang? so dia cam kau la kan?" tebak Kei Wing

"ya dia cam aku, dia perasan aku, aku nak lari kat mana lagi? lagi pun tak sengaja terserempak sebab dia datang bawah blok sebab nak basuh baju" tambah Danial lagi

  "lepastu" Kei WIng sudah mula berminat dengan cerita Danial

"dia tanya aku pasal kau" lancar saja kata-kata Danial

"asal dia tanya pasal aku? still tak puas hati lagi ke?" soal Kei Wing

"dia nak mintak maaf kat kau, dia suruh aku cakap bende ni kat kau, tapi aku tolak, aku suruh dia jumpa kau sendiri, tapi dia kan tak tau roomate dia ni adalah kau Wing" terang Danial "aku rasa dia betul betul menyesal dengan apa yang dah jadi lah" tambahnya lagi

"aku tak rasa, semalam bertekak pun aku dah tau perangai dia masih lagi sama" ujar Kei WIng, tidak setuju dengan pandangan Danial terhadap Hariz

"dah la Wing, dia nak mintak maaf tu" pujuk Danial sambil memandang air muka Kei Wing di sebelahnya

"eh dulu kau kemain nak suruh aku marah dia, sekarang kau back-up dia pulak, kau lupa apa dia buat kat aku dulu?" soal Kei Wing yang menjawab pandangan Danial

"Wing, dulu time tu kita form 5, tak tau apa, nak buat memang sedap tanpa memikirkan akibatnya, dulu lain Wing, sekarang lain, aku pun dah mintak maaf kat Hariz pasal aku report dekat pengetua sampai SPM dia kene gantung" terang Danial panjang lebar

"tengok la macam mana Dan, tapi kalau boleh kau kawan la dengan dia, maybe dia pun perlukan kawan yang sebaya dengan dia, yang boleh cerita apa masalah dia ke, aku tak nak disebabkan aku marahkan dia, kau tak kawan dengan dia pulak" jelas Kei Wing

LELAKI BERLOCENG (COMPLETED)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang