BAB 34

742 32 1
                                    

Pada lewat malam ditengah tengah parkir kereta, dalam kawasan kelab malam CatWalk

"hello? weyh mana kau ni? lambat la, kau janji pukul 12, ni dah pukul 12.30 giler" bergema suara Ana di dalam ruang perut keretanya

"kejap, ni aku dah nampak kereta kau ni" satu suara lelaki di sebalik corong telefon pintarnya

Daun pintu kereta Ana dikuak dan masuk susuk tubuh lelaki duduk di sebelah pemandu

"lambat la kau, kawan aku semua dah masuk kelab giler, setengah jam aku tunggu kau" ngomel Ana

"jangan la marah baby, awak marah lagi saya geram.. AAAaaauummMM!!" ujar lelaki tersebut sambil membelai rambut Ana

"ehhh, dah! kau jangan nak naik bulu kat sini. Aku ada job untuk kau, aku nak kau setelkan budak ni tapi jangan sampai mati pulak, dia ni student" ujar Ana sambil memberi satu sampul surat yang berisi duit dan gambar lelaki tersebut

"alahai comel la mamat ni? asal kau beria pulak nak suruh aku belasah budak ni pulak? dia rampas boyfiend kau yang mana satu pulak ni?" soal lelaki tersebut ingin tahu

"kau buat jela kerja kau, 2nd payment kau, aku bayar lepas kau buat kerja, on tak onz?" terang Ana ketika mengupah orang untuk beri pengajaran kepada budak yang selalu rosakkan moodnya dengan Hariz "oh ya, sebelum aku lupa, kau setelkan jugak kalau ada orang halang kerja kau" 

"yelah, aku chao lu, thanks, nanti apa-apa aku update" lelaki tersebut keluar dari perut kereta, tinggal Ana sendirian

"AHAHAHHAHAHAHHAHAHAH.... Mampos la kau budak, tulaaaaaa, memain dengan Ana Mariah, kurlas kau Ana lepas ni dapat Hariz, aku akan dapatkan benih Hariz lepastu aku kahwin dengan Hariz, setel, Hariz selama lamanya menjadi milik aku" kini Ana bermonolog sendirian, bagaikan sedang gila, gila dengan rencananya yang tidak berpaksikan takdir dan hanya ikut bisikan nafsu dan syaitan "tapiiiiii sementara plan A aku berjalan, aku kene jalankan jugak plan B aku jugak. AHAHHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHHAHA"

Dasar perempuan gila!

_____________________________________________

Hariz menunggang motor dengan berhemah sekali, walaupun motor yang ditunggangnya adalah motorbike berkuasa tinggi, tetapi kelajuan dibawa serupa kelajuan sebuah motor skuter. 

Sahaja dia mengambil masa di atas jalan, sebab, lelaki sepet dibelakangnya tengah nangis. Mungkin sedih lagi akan berita yang dia dapat tahu sebentar tadi. 

Rencananya untuk ke Bukit Ampang telah mengambil 30 minit untuk sampai ke puncak bagi melihat suasana seluruh kota raya Kuala Lumpur. 

"dah sayang, jom turun sayang?" pelawa Hariz yang telah memakir motornya di tepi bahu jalan

Kei Wing masih berbaki dengan esakan. 

"apa yang sedih sangat ni? dari rumah pakcik Bakar lagi sayang Hariz ni menangis tak berhenti, kang kering air dalam otak tu kang tau la" Hariz cuba memujuk

"mana ada nangis" balas Kei Wing

"tak nangis? habis basah belakang baju Hariz ni apa? air liur sayang ke?" soal Hariz sambil bergurau

"ha?" Kei Wing memusingkan tubuh Hariz untuk melihat ke belakang badannya, ternyata ada kelopak air yang agak ketara, disebabkan warna baju Hariz pakai berwarna Kelabu "sorryyy😞"

"dah tak apa, baju basah takpe, jangan seluar basah, jom sini duduk kat divider situ" arah Hariz sambil membuka helmet di kepala Kei Wing, comel betul kalau nangis macam ni, habis merah merah pipi

Kei Wing akur, Hariz mengambil tempat disebelahnya

"betul ke?" soal Kei WIng tiba-tiba

"apa yang betul ni?" soal Hariz yang masih tetanya tanya

LELAKI BERLOCENG (COMPLETED)Where stories live. Discover now