BAB 30

877 30 1
                                    

Malam yang dinantikan oleh Hariz, harap-harap Kei Wing datang la dengan Danial, dia dah mintak tolong Danial bawakan Kei Wing sekali, kalau nak harapkan Kei Wing jalan seorang, alamatnya tak sampai dia ke dewan teater ini. 

Hariz melihat dari belakang pentas, ramai mahasisiwa dan mahasiswi memenuhi ruang dalam teater pada malam ini, maklum la penutupan SAP (Sukan Antara Program) mesti la meriah. Tiba-tiba mata Hariz tertancap dek susuk tubuh yang dia mengharapkan datang, Kei Wing dan Danial. Kei Wing mengambil tempat di tengah dewan, dia hanya menyarungkan kemeja bewarna putih, seluar jeans hitam, ber-cap dan memakai shades. Macam artis dah gayanya.

_____________

"Hai Kei Wing" sapa seorang gadis dari arah belakangnya

"Hai" sahut Kei Wing

"Kei Wing, boleh kita berdua amek gambar tak?" si gadis meminta kebenaran untuk mengambil selfie

"bolehhhh, sini" Kei Wing mencapai telefon bimbit gadis tersebut dan selfie dari arah belakang, manakala Kei Wing di hadapan. 

"okayyyy thank you Kei Wing!" seronok gadis tersebut dapat bergambar dengan oppa kesayangan kampusnya. 

Tidak lama lepastu, ramai gadis gadis ingin selfie bersamanya, Danial di sebelah hanya memakan hati. Malas layan. 

Selesai aktiviti bergambar maka bermula la majlis penutupan SAP, pembukaan majlis di meriahkan oleh tarian dari setiap fakulti dan ucapan dari dekan dekan fakulti. 

Usai menyampaian anugerah kepada semua para peserta, termasuk Kei WIng naik ke atas pentas diatas penganugerahan penglibatan pencak silatnya tempoh hari, hanya sejambak bunga mawar sahaja. 

 Majlis diselang seli oleh drama pendek, sitcom dan nyanyian. 

"asal aku tak nampak Hariz eh dari tadi?" soal Kei Wing yang masih mencari kelibat kekasihnya itu

"itulah pasal, dia suruh aku bawak kau, tapi dia tak ada kat sini, maybe dia jaga belakang pentas kut" tebak Danial

"ye kut" akur Kei Wing

"para Hadirin sekalian, pesembahan seterusnya, dia mempunyai 588 ribu pengikut di instagram dan merupakan junior pada semester ini, dia telah meraih undian yang banyak di platform TikTok universiti untuk melonjakkan namanya, dia juga mempunyai ramai peminat di kalangan mahasiswi, tanpa membuang masa, saya menjemput saudara Hariz untuk mempersembahkan nyanyiannya pada malam ni" ucap mengerusi majlis

"Hariz?" Kei WIng menepuk tangan sambil tak tahu hendak berkata apa

Ramai penonton bersorak untuk Hariz, bagai naik gila masing masing bersorak, siot. Kei Wing memandang Danial di sebelahnya. Danial pula hanya memandang kosong, dia pun tak tahu apa. 

Hariz pandai nyanyi ke?

"FFFFUUUCCCKKKK" kenapa aku tak tahu, bentak Kei WIng di dalam hatinya. 

Muncul Hariz dengan baju dan seluar yang sama di pakai oleh Kei Wing di atas pentas sambil memegang gitar, lalu dia duduk di atas kerusi barstool yang telah disediakan. 

"assalamualaikum" ucap Hariz

Ramai wanita bersorak untuk Hariz, suara yang di alunkan oleh Hariz membuatkan ramai wanita kene sampuk

"lagu ini khas buat orang yang istimewa, orang yang sedang mabuk bercinta, dalam percintaan ini sudah semestinya ada pancaroba, pahit dan manis, fix it don't leave it, enjoy, this is for you K" ucap Hariz sebelum memulakan persembahannya

Kei Wing hanya terkaku, mukanya merah menahan rindu orang di atas pentas ini. 

Tatkala gitar dipetik, semua mata tertumpu pada penyanyi

LELAKI BERLOCENG (COMPLETED)Where stories live. Discover now