BAB 36

727 32 1
                                    

Setiap 15 minit Hariz membelek paparan skrin telefon bimbitnya. Tepat 4.15 minit petang, perutnya berkeroncong semula selepas makan tengahari di cafe hotel ini. Kini Hariz menunggu di luar bilik meeting yang sedang berlangsung di dalam, pintu dan dinding kaca yang boleh tembus pandangan dari luar ke dalam, dari dalam ke luar. 

Hariz dah mati kutu menunggu kekasihnya buat meeting di dalam. Dia mengintai sedikit dari luar, terlihat Kei Wing dengan wajah yang serius, macam tegang saja dalam bilik ni, satu suara pun tak dengar, apa diorang cuba bentangkan?

'haihhh, aku ni umur macam ni baru nak sambung study, dah la junior pulak tu' Hariz mula bermonolog sendirian di dalam kepalanya 'tengok Kei Wing ni, dah jadi pangkat CEO dah, tah bape bijik tah business dia ada kat Malaysia ni' 

Hariz mula bangun dari tempat menunggu, dia merenung wajah Kei Wing, tanpa sengaja dia tersenyum sendiri, girang amat hatinya bila melihat wajah lelaki kacukan cina ini. 

Kei Wing dari dalam melihat gelagat Hariz yang dah terpacak melihat dirinya di dalam bilik meeting 'aik, angau lagi ke cane ni? laki dah ada depan mata pun angau ke? kemain dia senyum senyum' HAHAHAHHA..... tercuit hati melihat kelakuan lelaki yang berkulit sawo matang ni

"muah" Kei Wing memberi kucupan, bukan kucupan biasa biasa, flying kiss dia kasi dari dalam bilik meeting 

Tiba-tiba kesemua board director dalam bilik meeting menoleh kearah luar untuk melihat kepada siapa Kei Wing memberi 'flying kiss'

Tak semena, Hariz mula gelabah bila semua mata tertumpu kepadanya.. GAY PANIC!!!!! Shit! dia pantas menolehkan badannya dan bergerak laju untuk mencari arah toilet

HAHAHAHAHAHHAHAHAHHAHAHAH tawa Kei Wing di dalam hati, tawanya bagai meraih kemenangan selepas dapat menyakat Hariz

"Ilham, awak boleh sambung" arah Kei WIng bilamana pembentangan pekerjanya tentang bajet pemasaran untuk tahun tersebut terbantut akibat kelakuan tak senonoh mereka berdua. 

_______________________________________________

Katanya nak pergi ke tandas untuk membasuh muka akibat malu, tiba-tiba dah sampai tempat orang busking. Kebiasaannya, sekitar jalan bukit bintang terutamanya di hadapan McD Bukit Bintang ini memang ramai pengunjung untuk lepak bersantai dan melayan busking dikala petang begini. 

"TING!" notifikasi dari telefon bimbit milik Hariz menandakan satu mesej masuk, dia membuka mesej tersebut untuk membaca isi kandungan

'sayang dah habis meeting, Hariz kat mana?' mesej dari Kei Wing

'depan McD Bukit Bintang, kejap lagi Hariz datang sana' <SEND>

TING!

'ouhhh situ, tunggu situ, 2 minit sayang sampai' <RECEIVED>

Selang beberapa minit, Hariz terkejut sebab ada sesorang merangkulnya dari arah belakang, dia menoleh empunya tangan, kali kedua dia gelabah, yela, terperanjat tapir la bila tiba-tiba ada orang peluk dari arah belakangnya, tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur pulak tu. 

"eh?!" Hariz tersentak, bila dia melihat belakang, mukanya meleper 😑'Kei Wing! hantu betul la laki ni, buat terperanjat aku je' ujar Hariz di dalam hati

"haaaa tau takuutt??" ujar Kei Wing

"gila tak takut? kot ada orang nak merompak ke cane?" soal Hariz bagai tak puas hati akan tindakan Kei WIng

"alalaalalaaaa.... sorry bie" pujuk Kei WIng sambil mencuit cuit pipi Hariz, tegang, tak ada lemak pada pipi langsung laki ni.

"takde, takde, nyanyi satu lagu dulu, baru Hariz boleh maafkan" ujar Hariz dengan bersyarat

LELAKI BERLOCENG (COMPLETED)Where stories live. Discover now