BAB 19

1K 35 2
                                    

Hari ini menjadi hari yang indah buat pemuda separa cina ini, gembira bila dapat keluar berdua dengan Hariz walaupun sebagai kawan satu bilik. Mungkin, apa benar kata Danial bahawa Hariz dah berubah. Kei WIng masih tidak dapat melelapkan matanya, rasa penat tapi tak boleh nak tidur.

Kei Wing menoleh kearah Hariz yang berselimut hingga paras dada, mungkin dia sudah tidur. Dia menarik nafas sedalamnya dan menghembus

"tak boleh tidur ke?" ujar Hariz tiba-tiba sambil mata terpejam

tersentak Kei Wing dibuatnya "kau ni terkejut aku" tiba-tiba terdengar suara "tak, aku tak boleh nak lelapkan mata"

"are you happy today?" soal Hariz ingin tahu, dia membuka mata dan memandang ke arah siling bilik

"kenapa kau tanya?" Kei Wing menanya balik, pelik dengan soalan Hariz

"Hariz tanya, awak happy tak hari ni?" Hariz menyoal lembut dengan suara jantannya

"Happy" balas Kei Wing sambil tersenyum, dari sebelah Hariz menoleh dan terlihat riak wajah Kei Wing tersenyum kegembiraan

Kei Wing perasan kawan biliknya ini memandang tepat kearahnya, dia pun menoleh untuk membalas pandangan

"Wingg~~" panggil Hariz lembut

"ermm?" soal Kei Wing, cair la macam ni.

"Wing masih crushkan Hariz lagi?" soalan maut dari tuan punya badan

"kau tak ada soalan lain ke?" soal Kei Wing, kenapa dia nak tau?

"Hariz nak tahu perasaan Wing macam mana" jelas Hariz

"crushkan kau tu dah tak ada lagi, ianya dah terbuku semenjak huurrrmm.... kau pun fahamkan, kalau kau nak cakap pasal dulu, aku mengaku dulu aku memang crush gila dengan kau, kalau tak terserempak dengan kau atau tak nampak muka kau jadi tak sempurna hidup aku kat sekolah" terang Kei Wing

"hahahaha" Hariz hanya tertawa kecil bila dia mendengar 'hidup dia tak sempurna'

"asal kau gelak?" soal Kei Wing kehairanan

"sumpah, Kei Wing comel bila cakap hidup tak sempurna bagai" jelas Hariz

"itu apa yang aku rasa, hahaha, kau apa tau?" balas Kei Wing

"jadinya Wing dah tak suka Hariz lagi ke?" soal Hariz, kini matanya bak bersinar untuk diberi harapan untuk disayangi buat kali kedua

"crush dan suka tu satu benda yang berbeza Tengku Hariz, crush hanya mainan perasaan bila kau tak dapat nak ungkap, crush biarlah jadi crush, suka just u like it tanpa ada rasa sayang dan kasih, dalam satu hubungan ni, kalau orang tu special, kita sanggup korban diri kita untuk orang yang kita sayang" terang Kei Wing panjang lebar

"gila la" ujar Hariz bile mendengar perkataan 'pengorbanan'

"ya, cinta itu memang gila sehingga kita sanggup korbankan diri kita untuk orang yang kita cinta, that is the power of love walaupun kita tahu dia suka akan orang lain" terang Kei Wing lagi "cinta ini gila, cinta ini memabukkan dan cinta ini buta"

"what the things are you crazy about me?" terpacul soalan maut dari Hariz

"serious la soalan kau ni Hariz, kita tidur la" pujuk Kei Wing, makin lama, topik makin berat ni

"okay last, and then kita tidur" janji Hariz

"okay" balas Kei Wing tanda setuju "aku suka cara kau cakap, cara kau layan orang di sekeliling kau, kau bertanggung jawab, dulu kau kat sekolah aku suka senyuman kau, aku suka tengok kau dengan kawan kau bergurau, nak kata kau handsome, tu memang bonus la untuk pelajar yang main rugby lepastu main gym lagi, memang ramai minat kau, tu la, aku hanya crush dari jauh, belum konfes dah kene pukulll......"

Terdengar dari sebelah katil akan dengkuran kecil yang terhasil dari Hariz

'lahhhh.... dah tertidur, aku cakap sesorang la dari tadi ni?' bisik hati Kei Wing, dia melihat selimut Hariz dah tertarik kebawah sehingga ke paras lutut, lantas dia bangun dan menyelimutkan Hariz sehingga paras dada lelaki itu

"comel la kau tidur, nampak nyenyak, selamat malam Hariz" ucap Kei Wing sambil tersenyum sendirian, lalu kembali ke katil untuk melelapkan mata

Akhirnya dirinya sudah sampai ke alam mimpi

'mimpi indah Wing, aku mintak maaf'

____________________________________________

POV ADI

"Adi? kamu tak tidur lagi ke?" soal Pakcik Bakar

"tak bah, tengah siapkan report sekejap" balas Adi yang dari tadi di depan komputer ribanya

"dah malam ni Adi, pergi tidur, esok nak bangun subuh" arah Pakcik Bakar yang baru saja keluar dari bilik air dan menuju kearahnya

"abah tidur dulu, kejap lagi Adi tidur" balas Adi sambil dia melihat kelibat abahnya

"kamu oustation hari apa?" soal Pakcik Bakar akan lupa hari apa anaknya berangkat bagi tujuan kerja

"lusa rasanya bah" balas Adi, dia pun ingat ingat lupa

"kamu pun tak sure ke?" soal Pakcik Bakar

"ni abah nak tanya, project pembersihan kamu tu masih jalan ke?" soal Pakcik Bakar

"masih lagi bah, sampai sekarang" balas Adi

"nanti abah nak jumpa la si dak Kei Wing tu, nanti bawak la dia datang rumah, terima kasih kat dia sebab kasi peluang ni kat kamu" jelas Pakcik Bakar

"dah lama dah bah adik tak whatsapp dia, lepas je adik dapat tender, sign agreement, staff dia je yang handle, nombor telefon pun dah tukar kut" jelas Adi hanya menebak

"yeke? mesti kamu ada buat apa apa salah kat dia ni? sebab tu dia taknak chat kamu lagi dah" ujar Pakcik Bakar yang membuat andaian"

"eh, mana ada bah, last jumpa dia pun okay je, mungkin dia busy sambung belajar kut" lagi satu andaian dari Adi, anak beranak membuat andaian sendiri

"yelah, abah nak sambung masuk tidur, jangan tidur lewat, esok kamu liat nak bangun solat subuh" ujar Pakcik Bakar

"okay bah, sikit je lagi ni, kejap lagi adik masuk tidur" balas Adi lalu melihat kellibat abahnya masuk ke dalam bilik tidur

Tiba-tiba fikirannya melayang ke 3 tahun lepas, selepas dia berjumpa Kei Wing, kenapa dia teringat peristiwa Kei Wing mendaki tubuhnya? dia juga terasa berahi bila di perlakukan begitu, teringat dek kecomelan sang pelaku

Adi membuka jadual untuk minggu hadapan, ada servis pemasangan dan pembaikan aircond di universiti tempatan, seminggu dia di sana, sekarang projek handyman telah meluaskan empayarnya, cuma tidak megah mana, cukup la untuk menyara keluarganya makan. Dari perniagaan freelancer ke entiti sdn bhd cukup bermakna buatnya bila mulanya Kei Wing memberi peluang untuk membersihkan rumah milik keluarganya selama 2 tahun kontrak dan sambung lagi, banyak sebenarnya rumah budak tu, dan bayarannya juga lumayan. Maka, dapat la dia kumpul buat modal untuk mulakan syarikat kecil dia sekarang, dari seorang pekerja kini sudah ada 10 orang pekerja.

Dia membuka aplikasi facebook di telefon pintar dan mencari di ruangan mencari 'kei wing', apahal ramai sangat Kei Wing ni? dia mencari satu persatu 'mungkin kat instagram kut', dia mula menaip 'Kei Wing' ada la beberapa orang menggunakan nama Kei Wing, akhirnya mata tertumpu kepada satu account 'K' dan hujungnya ada icon kepak. hahahahhaa comel la...

Dia menekan untuk melihat account tersebut, ternyata account milik Kei Wing, tetapi gambarnya tak banyak, cuma story semalam sahaja banyak, dalam lima story dia post, dia melihat story post ada gambar Kei Wing, gambar matahari terbenam di tepi pantai, makanan, dan gambar Kei Wing bersama dengan sesorang lelaki? 'aik macam rapat je diorang ni?' bisik hatinya. Pertama kali dia 'stalk' lelaki macam ni, sebelum ni perempuan saja yang dia 'stalk'

_______________________


LELAKI BERLOCENG (COMPLETED)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora