BAB 15

991 33 5
                                    

Hari minggu adalah hari yang yang ditunggu tunggu oleh para pelajar, pada hari minggu la untuk mereka berlibur, pulang ke kampung, dan berehat sepanjang hari dek kerana hari biasa yang memenatkan dengan tugasan dan kelas.

Tetapi tidak bagi fakulti Arkitek, minggu ni akan diadakan 'team buidling' di dalam fakultinya sahaja, katanya tiada bajet yang tinggi diperuntukan untuk membuat 'team building' di luar bangunan fakulti.

Usai bersiap menyarung baju jursey dan seluar track suit, Hariz menoleh kearah 'K' yang dikenalinya, bila celik mata asik nak bergaduh saja, berbual pun tidak banyak. 

"K, aku keluar dulu, nanti jangan lupa kunci pintu" ujar Hariz, Kei Wing masih tiada respon, dia melihat 'K' khusyuk membaca buku motivasi

"kalau kau nak lunch, kita lunch sesama, tunggu aku balik dulu tau" pujuk Hariz yang sedang menyarung kasut sukan

Kei WIng masih lagi diam tidak bercakap sepatah apa pun

Terdengar keluhan kecil Hariz dan dia berlalu pergi, hilang dari pandangan hujung mata Kei Wing

Kini Kei Wing yang mengeluh berat, dia memejamkan mata dan menarik nafas sedalam dalamnya lalu mengembus perlahan 'kenapa keras sangat hati kau ni Raja Keyflee?' mata Kei Wing melirik kearah gambar arwah mummynya. Rindu yang menebal datang menyelubungi hatinya. Al-fatihah~~

Kei Wing mula bangun dari meja belajarnya dan menuju ke arah katil. Merebahkan tubuhnya adalah satu nikmat untuk melapangkan dada dan mindanya dari keserabutan masalah duniawi. Dia mengimbas kembali peristiwa semalam selepas dia terlanjur kata kepada Hariz, dan lari menuju ke bawah blok untuk keluar mengambil angin seketika. 

FLASHBACK

"kei Wing, wingggg!! tunggu dulu" jerit suara Danial dari arah belakang mengejarnya

Kei Wing perlahankan langkahnya

"Wing, kau kenapa ni Wing?" soal Danial inginkan kepastian, dia yang tiada ditempat kejadian tidak tahu pokok pangkal ceritanya

Matanya mula bertakung dek air mata, tunggu masa untuk melimpah sahaja

"kau nampak apa dia buatkan? dia hilangkan kasut aku" terang Kei Wing

"tak, aku tak rasa kau all out tadi disebabkan kasut kau yang hilang, aku tau kau boleh beli 10 kasut macam tu lagi Wing" pujuk Danial yang ingin tahu apa yang tersirat sebenarya di hati kawan baiknya.

Sejak kedatangan Hariz, Kei Wing telah jadi panas baran dan tak rasional bila berkata-kata, sebelum ini, dialah manusia yang bijak berkata-kata dan baik akan perbuataannya. 

Langkah mereka berdua terhenti

"aku tak tau apa dah jadi kat aku ni Dan, aku nak dia rasa macam mana aku rasa, aku nak dia tahu kewujudan aku tapi dalam masa yang sama aku tak nak dia tau aku ni adalah orang yang pernah crush kat dia dulu, dan aku taknak di terajang aku macam anjing kurap" terang Kei Wing, kini air matanya tidak dapat di bendung lagi, tubik ikut kelopak mata.

"dah dahhh" pujuk Danial dengan memeluk sahabatnya erat

"perit jiwa aku tanggung Danial bila aku jumpa dia balik" ujar Kei Wing

"ye aku tau, aku tau hati kau tengah bertarung dengan kesakitan, tapi bagi hati kau peluang, jangan seksa hati kau dengan kurung dalam sangkar dada kau" pujuk Danial lagi

"sakit Danial" Kei Wing mengesat air mata yang jatuh ke pipi

"Ye aku tau sakit, sabar okay" pujuk Danial dengan menepuk-nepuk perlahan belakang Kei Wing

"tak, sakit, kaki kau pijak kaki aku" terang Kei WIng yang menahan kesakitan akibat Danial memijak tatkala dia memberi pelukan

"da fu*k, macam mana aku boleh pijak kaki kau?" soal Danial gelabah, lantas dia mengundur kebelakang sedikit untuk memberi ruang

LELAKI BERLOCENG (COMPLETED)Where stories live. Discover now