BAB 6

1.1K 37 1
                                    

Suasana dalam pusat membeli belah AEON itu tidak terlalu sibuk seperti hari minggu yang penuh dengan lautan manusia. Hari ini lengang dek manusia. 

"bi nak cari apa lagi ni? kaki ayang dah sakit la, penat berjalan" ujar remaja wanita tersebut

"kejap la, my mum suruh cari barang untuk kenduri sabtu ni, sikit je lagi" pujuk sang pemuda "kita pergi rak sebelah, cari serbuk kari" 

Mereka berdua ibarat merpati sejoli yang sedang hangat bercinta menolak troli.

Sedang Kei WIng mencari maggi kari kegemarannya, tiba tiba matanya tertancap kearah pasangan yang muncul di depannya. Diamatnya wajah lelaki tersebut, walaupun 3 tahun tak berjumpa, tapi raut wajahnya masih sama, kawan baiknya, masakan lupa akan wajahnya yang sentiasa ada semasa dia senang susah bersama.

Adi dari tadi memerhatikan riaksi Kei Wing dari arah belakangnya yang tiba tiba terhenti menolak troli. 

2 pemuda tersebut melintasi mereka berdua

"ayang, sekejap" Daniel berhenti seketika, betul betul di sebelah Kei Wing, hidungya terangkat angkat bagaikan tikus mondok mencium bau makanan

"asal ni bi? u bau apa? I busuk ke?" soal wanita di hadapannya

"tak" balas Daniel pendek, dia mengenal sangat bau perfume ini, sejak dari sekolah menengah dia mengenal bau wangian ini, aroma koko butter dan oud. Hanya sesorang yang dia kenal gemar memakai wangian ini. 

Kei Wing diam tak terkata, dia menoleh kearah Danial disebelahnya

Daniel juga begitu dan memandang tepat kearah mata Kei Wing

"Kei Wing?" soal Danial inginkan kepastian

Kei WIng hanya tersenyum

Daniel hanya tersenyum kegembiraan, telah lama dia mengilangkan diri ternyata kini dia ditakdirkan oleh Allah untuk berjumpa dengan kawan baiknya. Menitis air matanya apabila terkenang perbuatannya terhadap kawan baiknya ini. 

Tapi kenapa Danial menghilangkan diri?

Pertemuan mereka dimulakan dengan pelukan yang erat

_______________________

Kini mereka berempat duduk bertentangan di dalam Coffee Bean tanpa memesan apa apa. 

"Lama dah kan kita tak jumpa?" soal Danial yang memecahkan sunyi antara mereka berdua

"ermm itulah, dalam 2 tahun jugak kan? last lepas kita jumpa dekat Essex time aku tengah study diploma" balas Kei Wing.

"kau dah habis diploma dah ke?" soal Danial inginkan kepastian

"baru je habis awal tahun haritu Danial" balas pemuda bermata sepet itu sambil menghembus nafasnya yang berat

"Tahniah, aku mintak maaf sebab tak dapat datang kau punya konvokesyen"  ujar Danial, terpampang kekesalan

"terima kasih, kisah lama, tak apa, aku ingat aku dah tak dapat jumpa member baik aku ni lagi, lama sangat menghilang" apa kini terbuku di hati Kei Wing, dilepaskan ketika ini.

Danial hanya tersenyum kelat "by the way ini, Tasha, sayang, ni Kei Wing, ni la orang yang selalu I cerita dulu" Danial memberpekenalkan lelaki di hadapannya "dan ini...." katanya terhenti di susuk tubuh sebelah sahabatnya

"Hi" ucap Tasha sambil melambai pendek dan tersenyum manis kepada mereka berdua

"ni Adi, Adi, let me intoduce, this is Danial, he used to be my very best friend and this is Tasha, wife kau kan?" soal Kei Wing sambil memperkenalkan Adi kepada 2 orang di hadapannya. 

"tunang aku" balas Danial pendek sambil meneguk air liurnya yang terasa kesat di tekak

"I nak pergi order air, you guys nak apa?" pelawa Tasha sambil bangun dari tempat duduknya untuk ke kaunter pesanan. 

Tasha faham sangat keadaan mereka berdua dan memerlukan ruang untuk bercerita lebih lanjut lagi. Dia faham juga akan keadaan masa silam tunangnya, ada sejarah hitam yang perlu dia berterus terang kepada sahabatnya baiknya ini. 

"I nak green tea ice" pantas Kei Wing menjawab, gila tak pantas, tekak dah kering dari tadi.

"I nak macam biasa la sayang" balas Danial dengan senyuman

"awak? awak? awakkk?" Tasha cuba mengejutkan Adi dari lamunan dengan mengetuk tengah meja

"bang? kau okay tak?" soal Kei Wing dengan menyiku lengan lelaki sebelahnya ini

"ha, apa?" Adi mula tersedar, jauh sudah dia melamun fikirannya

"Tasha tanya, nak minum apa?" soal Kei Wing

"ouhhh tak apa, aku nak pergi toilet sekejap, korang borak la dulu" balas Adi sambil bangun dan berlalu pergi, begitu juga Tasha, dia berlalu pergi ke kaunter pesanan untuk membuat pesanan

Sekarang hanya mereka berdua

"kau marahkan aku ke Wing? aku mintak maaf sangat sangat sebab aku mengilang dan kau tak dengar khabar berita dari aku" pinta Danial

"marah tu memang ada tapi tak adalah sampai aku nak berdendam, tapi aku pelik, apa salah aku kat kau sampai kau menghilang dari aku? besar sangat ke dosa aku buat kat kau?" soal Kei Wing bertubi-tubi

Daniel menunduk, air matanya menitik nitik membasahi seluar jeansnya 

"tak, tak Wing, aku sayang kau dunia akhirat aku Wing, sumpah aku tak ada niat aku nak buat macam tu" Danial masih menunduk dan menggeleng kepalanya tanda tidak setuju akan tanggapan sahabat baiknya.

"habis tu kenapa Danial?" soal Kei Wing, kali ini suaranya bertukar sayu, dia bingkas bangun dan mengambil tempat di sebelah Danial dan mengusap belakangnya tanda sokongan

"lepas aku balik dari UK dulu, lepas aku graduate asasi, aku dengan kawan aku bertiga pergi ke Genting Highland untuk celebrate, kitorang accident jatuh dalam gaung, kawan aku 2 orang mati Wing....." tangisan Danial makin kedengaran "aku drive kereta tu, aku cuai sangat Wing" 

'asatghfirullah hal azim...' mengucap panjang Kei WIng bila dapat tahu Danial accident jatuh gaung

"aku koma dalam 3 bulan, lepastu aku memory lost hampir setahun lebih aku nak ingat balik semuanya, dah la memory lost, aku kene buat physioterapi lagi, Tasha was my personal nurse, hired by my mom" tambah Danial lagi

Kei Wing berasa serba salah bila dia sindir Danial, dia ingat lelaki ini saja nak palaukan dia. 

"aku mintak maaf Danial, aku tak tau, kenapa kau tak bagi tahu aku pasal ni ?" pinta Kei Wing

"tak apa lah Kei Wing, bende dah terjadi, tapi aku masih lagi terkilan dengan kehilangan kawan aku, sebab tu, kalau boleh aku tak nak ingat peristiwa tu lagi, biarlah terkubur dalam ingatan aku sendiri" Danial mendongakkan kepalanya ke arah Kei Wing "Wing, aku ni hilang ingatan tau, bukan berlakon hilang ingatan, aku yang hilang ingatan tapi kau yang bodoh ni kenapa?" 

Muka Kei Wing berkerut, tangisan kedengaran dari tadi kini terhenti "maksud kau?"

"phone aku, wallet aku, power bank aku, kereta aku, semua total loss la apek, mana aku nak ingat nombor telefon kau" Inilah Danial, kejap dia okay kejap di gila. hahahha... tak pernah nak serius

Tapi betul juga apa yang diperkatakan oleh Danial, macam mana nak contact kalau dah dia sibuk dengan rawatan. 

Kei Wing hanya tersenyum kosong

Danial mencapai hujung lengan baju t-shirt Kei Wing dan mengelap bekas air matanya "macam mana kau boleh kurus ni? last aku jumpa kau gemok lagi?" soal Danial bercampur dengan aksi candanya

"HAHHAHAHAHAHAHAH" terhambur tawa Kei Wing

Maka semuanya telah dijelasi Danial mengapa selama ini dia menghilangkan diri. Kei Wing lega akan pertemuan mereka berdua hari ini.

_______________________________



LELAKI BERLOCENG (COMPLETED)Where stories live. Discover now