BAB 8

1K 44 1
                                    

POV HARIZ

Tengku Putra memuatkan kesemua luggage pakaian di dalam boot kereta SUV Mercedes model GLE. Usai saja menutup pintu boot, maka keluar susuk Hariz dari muka pintu rumahnya sambil mendukung adik bongsunya dan menuju ke kereta, lalu pintu seat penumpang hadapan di buka serta meletakkan budak kecil ini di tempat duduk tersebut.

"duduk sini, jangan pergi mana mana, nanti papa marah kau tau la" arah Hariz dengan muka polos sambil menutup daun pintu kereta, adiknya hanya diam tak terkata sambil melihat muka abangnya, mungkin juga dia keliru bahawa abangnya marah atau hanya berkata

"anything else yang nak bawak?" soal Tengku Putra

"tak pa, semua dah bawak" balas Hariz pendek tanpa fikir panjang

"papa rasa kamu lupa satu benda ni, biasanya kamu melekat dengan benda ni" ujar Tengku Putra sambil pergi kearah rak kasut dan mengambil bola rugby.

Wajah Hariz mula berkerut 'apa benda pulak yang aku lupa?' tiba-tiba dia melihat papanya memegang bola rugby, his most favourite ball

Tengku Putra melempar bola rugby tersebut dan Hariz berjaya menyambutnya lembut. Senyuman dilemparkan ke arah lelaki yang sudah separuh abad itu.

Kereta Mercedes GLE milik Tengku Putra laju menyusuri di atas lebuh raya PLUS menghala ke arah Selatan

______________________________________

Dari jauh matanya tertancap dengan perkataan UiTM, sebuah universiti tempatan terkemuka. Penuh dengan positif feedback dari kawan kawan papanya, ada terbaca juga universiti ini telah melahirkan banyak graduasi yang berkualiti dan berdaya saing. 

"papa, Iman nak air" pinta anak bongsu Tengku Putra

"Iman nak air? okay kejap, kita tinggalkan abang Hariz dekat sini dulu, lepastu kita pergi cari kedai jajan, okay sayang?" ujar Tengku Putra, biasa la, anak bongsu ni anak manja, semua nak semua boleh dapat. Aku ni? jadi anak pungut jela. 

'aku dah malas nak gaduh dengan papa aku, semenjak kejadian 3 tahun lepas, aku di gantung SPM selama satu tahun, selama setahun tu jugak, papa aku masukkan aku dekat PLKN, disebabkan kabel optik papa aku kuat, dapat la masuk walaupun nama aku tak tersenarai, tapi itu dulu, sekarang tak ada lagi kot program tu'

'tak cukup dengan itu, papa aku masukkan aku dekat sekolah pondok, mengaji dan menghafaz Al-Quran, aku taknak tapi kene paksa jugak, last-last aku lari dari sekolah pondok' 

'aku buat business sementara tunggu SPM aku release, tak boleh nak buat apa la, SPM kau tak ada mat, nak apply uni macam mana? ni semua gara-gara si apek gemuk tu, dia bantai pergi buat aduan kat pengetua sekolah pulak'

'tapi salah aku jugak sape suruh pergi belasah anak orang luar sekolah pulak, memang mendapat la dekat papa aku, semenjak mama aku meninggal, papa aku makin garang lepastu cepat naik angin, itu dulu la, sekarang maybe aku dah buktikan perniagaan aku berjaya, aku boleh uruskan diri aku sendiri, dia jadi cool down la sikit'

'aku jual nasi lemak je weyh, amek dekat orang lain, aku jual dekat tempat lain, kuih pun orang hantar, jadi la, lepastu aku tak rasa sangat terkilan SPM aku kene gantung, masa berlalu dengan cepat. Lepas SPM aku dah keluar, aku apply amek program asasi, dapat masuk tapi susah dia, aku rasa aku bukan budak menelaah buku 24 jam la, aku decided untuk keluar'

'aku apply diploma, alhamdulillah diploma aku lepas, aku graduate dengan jayanya, aku memang keluaran UiTM, sebab tu Ijazah sarjana muda ni pun aku sambung di UiTM. Jadinya itulah peristiwan sepanjang 3 tahun lepas, apa yang lepas tu biar la jadi kenangan'

"okay dah sampai" ujar Tengku Putra sambil mengangkat hand -brake kereta

Lamunan Hariz terhenti, pandangannya mengarah ke kolej Tun Mamat, tempat penginapan para pelajar pertama

LELAKI BERLOCENG (COMPLETED)Where stories live. Discover now