𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇 | 𝟎 𝟒

14K 937 50
                                    

Seusai aku menunaikan solat fardhu, aku segera bersiap-siap sebelum menurun kebawah, aku tahu diorang dah sampai.

Tangan ku menggigil, tubuh bermundar-mandir, aku mengetap bibir, nafasku sudah tidak teratur. Ya, aku gementar. "Kalau aku tak turun, nanti apa pula 'bakal mertua' aku tu kata, tapi macam mana aku nak turun?" aku bermonolog sendiri.

Dengan perlahan daun pintu ku kuak dan dengan perlahan melangkah menuju ke tangga, kedengaran perbualan keluarga ku bersama keluarga itu. Akrab. Aku meninjau di hujung bucu dinding, kelihatan mama dan papa sangat rancak berborak bersama sepasang suami isteri itu. Begitu juga along dan angah yang sedang bebual bersama seorang jejaka yang lebih kurang sebaya mereka berdua.

"Maya, apa yang di tinjaukan tu? Mari sini salam Aunty Fina." arah mama sebaik sahaja melihat kelibat aku yang meninjau-ninjau dari tadi. Aku tersentak, muka ku yang menahan malu perlahan-lahan menuju ke arah mereka. Aku menyalam tangan Aunty Fina dengan senyuman dibibir.

"Cantiknya bakal menantu ummi dan abah, sopan orangnya." puji Aunty Fina, muka ku makin merona kemerahan.

"Tak adalah aunty, uncle. Maya biasa-biasa je." ujarku rendah diri,

"Tak payahlah panggil aunty uncle, panggil aje ummi dan abah." ucap lembut Aunty Fina atau.. ummi. Aku mengangguk faham lalu menghadiahkan senyuman.

Aku dengan sedar, melilaukan anak mata mencari figura 'bakal suami' ku. Nak tahu juga penampilan orangnya kan? Karang dapat suami tua, menyesal seumur hidup.

"Oh ya, mana Irfan eh? Kesian dekat Maya ni kena tunggu." tanya ummi ke arah figura jejaka yang masih berbual bersama along dan angah. Irfan mana ye agaknya? Mungkin... eish tak mungkin.

"Telefon dengan kawan katanya," balas jejaka itu.

"Asslamualaikum." satu suara memberi salam, kami tanpa ragu menjawab salam. Aku menolehkan pandangan ke arah jejaka yang baru menjejak masuk kedalam rumah. Terbeliak mataku apabila melihat tuan badan suara tersebut, begitu juga si 'dia'.

"Kau?!"

𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇

"Maya bangun! Sekolah woi!" kejut along dan angah dengan suara deras.

"Sakitlah telinga orang!" balasku kuat.

"Cepatlah bangun, pergi mandi!" jerit angah manakala along masih menggoyangkan tubuhku yang layu.

"Malaslah." balasku ringkas, perbuatan along dan angah terhenti dan saling memandang pelik antara satu sama lain.

"Setahu along dan angah, adiklah orang yang paling semangat nak pergi sekolah tahu tak? What happened to you right now hah?!!" ujar angah sambil menggoncangkan bahuku.

"Sebab 'bakal adik ipar' along dan angah tu lah." rengusku geram sambil memeluk tubuh,

"Ha? Kenapa dengan Irfan?" soal mereka hairan, aku menghembus nafas.

[flashback]

"Kau?!"

"Kamu berdua kenal ke?" tanya ummi dan mama, kami terdiam.

"Kitaorang satu sekolah." jawab Irfan lembut dengan senyuman terpancar dibibir. Amboi depan family bukan main ye senyum bagai, dekat sekolah dia punya muka tu kalau boleh ketat 24 jam.

"Lah, Maya kenapa tak bagitahu mama?" soal mama, aku hanya diam.

"Malu lah tu." balas along, kecil besar aje pandang along ni.

Suami Ku Ketua PengawasWhere stories live. Discover now