𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇 | 𝟑 𝟒

11.3K 674 18
                                    

Hari yang cerah. Angin pun segar dihirup. Sudah mula saatnya kami, pelajar tingkatan 5 mengulang kaji untuk Trial SPM yang akan diadakan tak lama lagi. Pejam celik, pejam celik, tak sangka yang kami akan meninggalkan zaman sekolah kami tak lama lagi. Lalu membuat haluan masing-masing, sibuk untuk mencari kerja selepas ini.

"We can do this, guys!" seloroh Zaril bersemangat, kami mengangguk serentak.

Dengan lafaz bismillah, kami pun mula mengulang kaji. Menulis dalam masa yang sama menghafal apa yang bakal ada dalam Trial SPM nanti. Semua sedang menggigih melaksanakan apa yang perlu mereka lakukan.

Sedang mengulang kaji, mataku secara tidak sengaja mengalih ke arah jejaka yang berada di sebelahku. Nampak dia sedang tekun dengan kerja yang dia lakukan. Apabila dia sedar yang dia diperhati, dia mengalihkan pandangan ke sebelahnya. Terus aku mengalihkan pandangan ke buku. Dia hanya diam lalu menyambung kerjanya kembali.

Lama kami mengulang kaji, aku blur di satu soalan. Sambil berfikir aku menggaru kepala yang tidak gatal. Orang yang disebelahku itu aku menarik hujung bajunya. Dia memandangku.

"Boleh kau tolong ajar soalan ni?" tanyaku,

Dia tanpa ragu mengangguk setuju, kerusi dudukku di tarik mendekati dirinya. Tersentak aku seketika. Terkaku. Irfan mula menerangkan soalan yang ditanya, aku cuba untuk fokus ke jawapan tapi mataku ini gatal mahu merenung wajah kacak miliknya. Aku pun taktahu apa kena dengan aku ni.

"Faham?"

Terus aku berhenti mengelamun. Mata dikebil berkali-kali. Irfan menggelengkan kepalanya, mengelamun lagi lah bini aku ni. Pen di tangan Irfan dia ketuk kepalaku,

"Sakitlah," marahku, suka hati dia aje ketuk kepala aku. Ingat aku drum ke.

"Fokus, aku takkan ulang balik." kali ni aku betul-betul fokus dengan apa yang diterangkan olehnya.

Selesai dia terangkan, aku pun mengangguk faham lalu meneruskan menjawab soalan yang lain.

𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇

5 jam kemudian.

"Finally, habis!" ucap Zaril lalu menggeliatkan tubuhnya yang lenguh. Almaklumlah, dia baru first time duduk dekat meja sampai 5 jam. Memang mengucap lah dia.

"Sebabkan kauorang semua bersungguh-sungguh tadi, aku nak belanja kauorang semua." kata Faiz dengan bangganya.

Zaril yang tadinya menyandarkan tubuh ke kerusi tadi serta-merta mendekatkan dirinya dengan Faiz,

"Kau serius lah?" balas Zaril tidak percaya,

"Ya, betullah. Asal, tak percaya?" balas Faiz.

"Kau kan kedekut," sambung Zaril dengan selamba, Faiz hanya memandangnya dengan mata tajam. Nak belanja pun salah ke?

"Kalau macam tu, kau dikecualikan."

"Kurang ajar!"

Melihat gelagat Zaril dan Faiz, membuatkan kami  pecah ketawa. Manakala Irfan hanya menggelengkan kepala.

Selesai kami mengemas barang, terus kami berangkat keluar dari perpustakaan.

"Maya, Irfan. Kitaorang nak pergi beli ais krim, kauorang nak ikut tak?" tanya Adam kepada aku dan orang sebelahku.

"Aku nak ais krim vanilla." jawabku,

"Kau, Irfan?"

"Sama."

"Okey, nanti aku dengan Dina hantar."

Aku dan Irfan hanya mengangguk. Hilang sahaja Adam dari pandangan kasar, tiba-tiba satu rasa senak muncul ke perut.

"Irfan, aku nak ke tandas kejap." ujarku minta izin, Irfan mengangguk.

Tanpa buang masa aku terus mengatur langkah ke tandas awam.

Usai membuang segala hajat, aku menuju ke depan cermin bilik air. Aku membasahkan mukaku lalu membaiki awning tudung. Setelah berpuas hati dengan penampilan sendiri, aku pun melangkah keluar dari tandas.

Baru sahaja aku menuju keluar, terlihat ramai jejaka-jejaka yang berada di depan. Mereka memandang ke arahku. Ada yang bersiul menggoda, ada yang buat bunyi tikus, segala macam cara lah.

Tiba-tiba salah seorang dari mereka menuju ke arahku, aku mengundur selangkah.

"Hei, sorang je? Nak I teman tak?" soalnya lalu menolak rambutnya ke belakang, acah segak. Aku hanya menayangkan wajah dingin. Tidak menjawab soalan jejaka itu. Dengan spontan, jejaka itu cuba mengelus pipiku, sempat aku mengelak.

"Jangan biadab." ucapku yang sudah cukup menyatakan amaran.

"Ala, jom lah enjoy dengan kitaorang. Kitaorang bawa tempat best punya." pujuknya lagi lalu memaut tanganku, dengan pantas seseorang menepis tangan jejaka itu kasar.

"Kau apa hal?" jerkah jejaka itu ke arah orang yang berdiri di sebelahku,

"Kau apa hal, sentuh hak orang." balasnya dingin,

Jejaka di sebelahku memandang ke arahku lalu memaut tanganku, jelas muka terkejut terpampang di wajah membuatkan pipi mula membahang.

"Sayang okey tak, diaorang ada buat apa-apa tak dekat sayang?" mataku secara serta-merta terbeliak, jantung berdegup laju apabila suami sendiri memanggil aku dengan panggilan sebegitu. Suami aku ke ni?

Pandang Irfan beralih ke arah jejaka di hadapan kami, wajahnya sudah jelas kelihatan cuak. Irfan memandang ke arahnya dengan mata yang menggerunkan membuatkan bulu roma di lehernya naik. Jejaka itu menggosok belakang lehernya,

"A-aku minta maaf lah, tak tahu pula perempuan cantik ni... Isteri kau."

"Ni kali terakhir aku nampak muka kau, sekali lagi aku nampak kau, siap." ujar Irfan berbaur amaran. Lantas Irfan menarik lenganku jauh dari jejaka-jejaka itu.

𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇

Senyuman di ukir lebar di wajah, tanda suka. Setiap kali teringat peristiwa di depan perpustakaan itu, serta-merta bibir ditarik suka.

"Sudah sudahlah, senyum macam tu. Ngeri aku tau. Trial dah nak mula kejap lagi," pesan Dina yang sudah pasrah dengan wajah senyum ku itu, orang yang dimabuk cinta memang begini eh? Soal Dina sendiri.

Terdengar sahaja tentang trial yang bakal kami hadapi beberapa minit lagi, automatik lutut rasa longgar skru.

"Aku getar lah." ujarku,

"Semua orang sama, Maya. InSha'Allah, dengan izin Allah. Kita dapat jawab soalan dengan baik, goodluck untuk semua!" kata Sara dengan penuh semangat.

"InSha'Allah, aku nampak Zaril pun macam bersemangat kali ni. Tak pernah aku nampak dia rajin sampai macam tu." kini Ikha pula bersuara, jujur dia kata dia kagum dengan semangat yang tertanam dalam diri Zaril.

30 minit berlalu, kini loceng pun berbunyi tanda peperiksaan akan di adakan dalam 10 minit lagi. Kami pun tanpa membuang masa terus membuka buku untuk mengulang kaji subjek Matematik.

10 minit berlalu, tiba lah masanya untuk kami, pelajar tingkatan 5 menjawab peperiksaan yang sudah berada di depan mata.

Kelas 5 Al-Fateh dan 5 Ar-Rahman ditempatkan di dewan manakala kelas 5 Kauthar dan 5 Badar ditempatkan di kelas 5 Al-Fateh dan 5 Ar-Rahman.

Dengan bacaan bismillah, kami membuka helaian kertas lalu membaca soalan dengan penuh teliti. Anggap seperti ujian sebenar.

We can do it!

Suami Ku Ketua PengawasWhere stories live. Discover now