𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇 | 𝟑 𝟐

12.3K 733 55
                                    

"Dia ada buat apa-apa dekat kau?" tanya Irfan dengan nada cemas, sambil tangan yang memeriksa bahagian tangan yang digenggam tadi. Aku menggeleng. Irfan yang tadinya nafas terabur bertukar lega.

Tiba-tiba tubuhku dipeluk oleh Irfan, lama. Muka disembamkan di bidang dada milik Irfan. Nyaman. Segala masalah lenyap bak debu. Aku rasa selamat, selamat di pangkuan Irfan. Tak lama selepas itu pelukan dileraikan.

"Aku minta maaf, sebab tak jaga kau. Aku tahu kau masih trauma, aku minta maaf." berkali-kali dia mengulangi perkataan maaf itu, aku tahu dia rasa bersalah. Aku menggeleng perlahan, dengan berani aku memegang tangan jejaka itu.

"K-kau tak ada salah pun, Irfan. Kita tak minta pun kan benda ni jadi." dengan gagap aku menyatakan itu.

Apa yang aku nampak dari wajah Irfan adalah risau, takut. Dia risaukan aku? Jangan nak merepek lah Maya, dia cuma jalankan tanggungjawab dia sebagai suami.

Dengan spontan Irfan memaut tanganku lalu mengusap lembut, tangan yang bergetar digenggam erat.

"Kita balik, ya? Esok kita cari barang. Balik nanti, aku nak kau rehat." putus Irfan dengan nada lembut, aku dengan perlahan mengangguk setuju.

𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇

"Irfan, biar lah aku buat."

"Aku cakap apa? Rehat kan? Kenapa degil sangat ni?"

Aku mencebik. Sejak kejadian di pasaraya hari itu, Apa yang aku nak buat akan dikawal ketat oleh Irfan. Aku nak buat itu tak boleh, aku nak buat itu tak boleh. Ketat daripada peraturan sekolah kau tahu.

"Aku dah ok lah," balasku meleret. Benci betullah suami kita ni, nak buat kerja rumah pun tak kasi.

Irfan mengetap rahangnya lalu memandang tepat ke arah anak mataku, tangan disilang ke dada. Aku menelan air liur.

"Tak payah lah pandang aku macam tu."

Kaki maju ke depan, manakala kakiku sebaliknya demi mencipta jarak. Makinku undur, makin rapat diriku dengan hujung dinding. Kini tiada lagi jarak aku dengan Irfan. Muka jejaka itu dirapatkan dengan mukaku. Pipi mulai memerah seperti tomato segar dari ladang.

"Ok, ok! Aku rehat."

Aku mengaku kalah. Perlahan-lahan bibir jejaka itu mengukir senyuman kemenangan. Aku menjeling ke arahnya.

"Tercegat apa lagi dekat sini? Pergi lah rehat."

Aku mencebik, terus kaki melangkah laju menaiki tangga. Mulut terkumat-kamit membebel seorang diri. Geram punya pasal, habis semua kutukan aku muntahkan. Dahlah poyo, acah kacak, sejuk kalah ais, tiang lampu, hipokrit, macam-macam lagi lah!

Aku mengatur langkah lalu melompat ke atas katil yang empuk itu. Aku menjuih bibir seketika. Apa aku nak buat ni? Bosannya!

Aku mencapai telefonku yang berada di atas meja di tepi katil, lalu menekan ikon Instagram.

Tiba-tiba terdetik hati nak cari account mamat tu, tak pernah nampak pun dia punya account. Tak apa, mari kita cari.

Satu persatu huruf keyboard ditekan, mencari nama Irfan.

tengkuirfanhakim

No result.

Aku mengeluh pelan, apa lah agaknya account Instagram dia? Atau dia memang tak ada Instagram? Aku cuba menekan account Zaril. Lalu menekan satu persatu postnya.

Suami Ku Ketua PengawasWhere stories live. Discover now