𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇 | 𝟎 𝟔

14.1K 900 14
                                    

Masa pantas berlalu. Dan hari ini, saat ini. Aku dan si dia akan di jabkabulkan sebagai sepasang suami isteri,

Tangan ku tak henti-henti menggetar, aku selawat didalam hati untuk mendapat ketenangan.

"Maya, kau ok tak?" soal Dina sambil menggosok belakang tubuhku,

Aku menelan dalam air liur. "A-aku... Aku gementar lah." ujarku perlahan,

"Maya, take a deep breath. Then let it go. Jangan panik, istighfar banyak-banyak." tutur Sara sambil menggengam tanganku, aku akur.

"Adik, pengantin lelaki dah sampai." ujar mama, aku hanya mengangguk perlahan. Tak mahu turun boleh tak? Hehe.

Kaki ku terasa gigil, manakala kawan-kawan ku tolong memapah lengan ku untuk berjalan. Dan tiba lah aku di atas pelamin, lalu melabuhkan punggungku.

"Tengku Irfan Hakim bin Tengku Farid,"

"Saya."

"Aku nikahkan kau dengan puteriku, Nik Sumayah Yaqana binti Tuan Syarif. Dengan mas kahwinnya 300 ringgit tunai."

Dia menarik nafas panjang, "Saya terima nikahnya, Nik Sumayah Yaqana binti Tuan Syarif dengan mas kahwinnya 300 ringgit tunai."

"Sah?"

"Sah."

"Alhamdulilllah," syukur diucap.

Dan sekarang adalah masa untuk sesi sarung-menyarungkan cincin, dia mengambil cincin lalu mahu menyarungkan cincin itu di jari manisku. Manakala, tangan aku masih bergetar.

"Duduk diam-diam boleh tak?" ujarnya bisik, aku menayangkan muka menyampah.

"Suka hatilah." bentakku,

Irfan memandangku tajam, aku dengan pantas terus mengalihkan pandangan. Selepas selesai menyarungkan cincin, sekarang apa? Bermulalah sesi salam-bersalaman. Eee tak mahu! Satu kucupan mendarat didahi ku, aku mencium tangannya acuh tak acuh.

Kini, aku sudah pun sah digelar isteri kepada insan yang bernama Tengku Irfan Hakim. Dan si dia juga sudah pun sah digelar suami kepada aku.

"Alhamdulillah, kahwin juga kawan aku ni. Baik-baik Maya, kau tu dah jadi isteri orang." seucap nasihat dari Dina seraya senyuman sinis,

"Amboi kau bukan main ya." ujarku dengan nada perli. Dia menayangkan sengihan,

"Tahniah untuk kau dan Maya, jadilah suami yang bertanggungjawab." pesan Zaril serta menepuk belakang tubuh Irfan, manakala Irfan hanya diam dengan menayangkan senyuman nipis. Fikir handsome lah tu? Eih tolonglah.

Tetamu satu per satu pulang, begitu juga rakan-rakan kami. "Kitaorang balik dululah, and sekali lagi tahniah untuk korang berdua. Semoga kekal sampai jannah!"

"Thank you, kauorang."

"Malam ni, Maya dan Irfan tidur dekat rumah ummi dan abah ya?" uh oh, nak tidur rumah mertua? Bilik sekali dengan dia? Tak mahuuuu.

"Bagus juga, Maya dan Irfan tak ada apa-apa masalah kan?"

"Irfan ok je." balas Irfan seraya memandang ke arahku, aku memandangnya pelik.

"Kau ok tak?" soalnya bernada bisik, aku dengan perasaan tak mahu menyakiti hati ibu dan bapa mertua, mengangguk perlahan.

Aku masuk kedalam bilik untuk mengemaskan barang-barang yang perlu dibawa. Manakala Irfan menunggu di ruang tamu sambil berbual bersama along, angah dan abangnya, Tengku Imran Hakim.

𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇

Seusai aku mengemas, aku lantas menuruni tangga.

Suami Ku Ketua PengawasWhere stories live. Discover now