𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇 | 𝟐 𝟖

11.5K 737 101
                                    

Hari yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar termasuk aku. Ya, perkhemahan. Waktunya sudah tiba,

"Assalamualaikum, baiklah. Semua dah ada disini, saya mahu maklumkan kita akan ada 7 kumpulan untuk perkhemahan ini. Disebabkan jumlah kamu semua yang agak ramai, jadi kami sudah berbincang untuk memberi satu pasukan berahli 8 orang. Setiap nama dan kumpulan akan diberi, kamu semua diminta untuk berkumpul dalam kumpulan sendiri." terang abang fasilitator disitu.

Satu persatu nama dan kumpulan disebut, sampailah giliran namaku.

"Nik Sumayah Yaqana, Kumpulan Azwar."

Gembira dek jantung apabila nama disebut. Yes! Satu kumpulan dengan diaorang!

"Yow, yow, yow! Kita satu kumpulan!" ujar Ikha teruja,

"Itulah aku pun tak sangka," sambung Sara pula.

Setelah semua nama disebut dan berkumpul dalam kumpulan masing-masing, pelajar semua diberi tugas. Pelajar perempuan perlu memasang khemah manakala pelajar lelaki perlu mencari kayu.

"Kauorang pasang khemah dulu, kitaorang pergi cari kayu." putus Irfan, kami akur.

"Hai, Irfan! U nak pergi cari kayu ke? I nak tolong!" pinta Farisya dengan teruja,

"Farisya, kau patut ikut arahan. Pelajar perempuan kena pasang khemah, bukan cari kayu." balas Irfan dengan riak dingin.

Farisya yang mendengar jawapan Irfan, terus mencebik lalu melangkah pergi ke arah kumpulannya. Haihlah, harap tabahlah ya siapa yang satu kumpulan dengan dia tu. Mental kena kuat.

Selesai kami semua memasang khemah, tibalah waktu untuk makan.

"Lepas kamu selesai makan, kamu akan pergi ke dewan untuk solat. Selepas itu, kita pergi mandi air terjun. Ok?" jelas Cikgu Juliana,

Kedengaran hampir semua murid bersorak apabila mendengar apa yang dijelas cikgu, gila kau tak sorak, bukan selalu nak mandi air terjun ni.

"Cepat makan wei, lepas tu solat and then mandi air terjun!" arah Zaril dan Ikha serentak, tak sabar betul dua orang ni.

𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇

Selepas selesai solat, saat yang ditunggu-tunggu. Ya, mandi air terjun!

Tak sempat apa-apa, kami sudah bermain air antara satu sama lain. Sejuk!

Kami bermain jauh sedikit daripada pelajar yang lain, taknak nanti orang menggatal dengan jejaka ini, terutama Irfan.

Aku melempar air itu ke arah Dina lalu terkena tepat ke arah mukanya.

"Kau sini, Maya!" jeritnya manakala aku lari sambil tergelak suka.

"Woi, gorila." panggil Zaril kepada Ikha, lalu terus melemparkan air itu ke arah Ikha.

Tergamam Ikha buat seketika, "Kurang ajar!" dia datang dekat ke arah Zaril lalu menyemburkan air yang berada dari dalam mulutnya.

"Woi!" jerkah Zaril, Ikha tersenyum kemenangan. Padan muka, nak kenakan aku lagi. Sinis Ikha dalam hati.

Adam dan Faiz yang sedang mengacau Dina dan Sara dengan melemparkan air ke arah wajah mereka.

"Perangai jangan jahil sangat boleh?" soal Dina dan Sara serentak, geram aje dengan dua hamba Allah ni. Adam dan Faiz hanya membuat memek muka sambil menjelirkan lidah,

Suami Ku Ketua PengawasWhere stories live. Discover now