𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇 | 𝟑 𝟖

11.5K 638 43
                                    

Dia melabuhkan punggung nya di atas kerusi, yang menghadap jejaka di hadapannya. Dia memandang ke arah jejaka itu dengan pandangan dingin.

"Ada apa kau nak jumpa dengan aku, kau nak cakap yang kau nak lepaskan Maya?" terus dia bertanyakan soalan sebegitu. Dia diam, tidak lepas memandang ke arah Rafiq dengan pandangan maut.

"Aku nak kau padam semua gambar fitnah Sumayah. Semua." tuturnya,

Rafiq ketawa kecil, "Kelakar la kau ni, datang sini semata-mata nak suruh aku padam semua gambar indah aku dengan Maya? Dalam mimpi jelah bro." ujar Rafiq meremehkan arahan Irfan.

Dengan secara pantas Irfan terus menarik kolar baju Rafiq, kuat dia menggenggam kolar jejaka itu. Dapat Rafiq rasa dengusan nafas Irfan yang naik turun. Dia tersenyum suka.

"Marah ke, hahaha!" ejek Rafiq kepada Irfan yang sedang menahan amarah yang bakal meletus.

"Kau jangan cabar aku." kedengaran suaranya bertukar menjadi gerun apabila didengar, tetapi tidak bagi Rafiq yang suka melihat baran Irfan itu keluar mendadak.

"Aku... Pernah... Rasa-" belum sempat dia menghabiskan ayatnya itu, satu tumbukan sudah melayang ke muka. Dia mengerang sakit.

Tidak memberi peluang, Irfan menolak tubuh Rafiq hingga mencium lantai lalu mengenakan tumbukan bertubi-tubi ke mukanya. Sampaikan cecair merah keluar dari mulut Rafiq.

"Irfan!" laung salah seorang dari mereka lalu terus menghalang perbuatan yang Irfan lakukan,

"Lepas!" bentak Irfan yang masih mahu memukul wajah Rafiq, kalau boleh sampai berkecai muka jejaka itu.

"Sabar, Irfan. Sabar! Ingat Allah, Fan!" ujar Faiz untuk menenangkan hati kawannya yang membara-bara api di dalam diri. Kini, api yang menyala panas semakin reda. Istighfar diucap dibibir berkali-kali.

"Dah, Rafiq. Kau jangan kacau rumah tangga diaorang lagi, jangan sampai kau kitaorang sumbat dalam lokap." Adam dengan mata yang memain peranan, memberi amaran kepada Rafiq.

Hilang figura mereka berempat dari pandangan Rafiq, dia tergelak sinis. Lalu meludah air liur yang bercampur darah.

"Kau cari pasal dengan aku, Irfan. Kau tunggu, kau tunggu apa yang aku akan buat."

𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇

Aku menuju ke arah ruangan buku belajar sekolah menengah, aku mencari beberapa buku yang sesuai untuk calon pelajar SPM. Selepas jumpa semua buku yang aku perlukan, aku menuju ke arah satu meja yang tiada penghuni, lalu aku melabuhkan punggung.

Buku pertama, subjek Matematik. Satu persatu helaian aku baca, dengan teliti. Sambil itu, aku menyalin formula untuk lebih jelas dengan soalan. Tiba-tiba teringat memori yang pernah aku lalui. Mengulang kaji bersama jejaka itu. Ya, kenangan yang indah itu.

No, Maya! Stay focus. Aku menampar pipiku pelan.

Lama aku mengulang kaji subjek Matematik, buku subjek Sains pula dicapai. Lalu aku membuka halaman satu, kemudian halaman kedua, ketiga dan sekiannya. Selepas itu beralih ke subjek Inggeris, dan Bahasa Melayu.

Habis sahaja segala tujuan aku ke perpustakaan, aku mengemas barang dan alat tulisku untuk segera pulang. Usai meletakkan kembali buku-buku ke tempat asal, aku terus melangkah mahu beredar. Namun lain pula yang jadi, aku terlanggar satu figura perempuan.

"Ya Allah, saya minta maaf awak."

"Tak apa, tak apa. Salah saya juga tak tengok depan."

Kami bertentangan mata. Senyuman manis diukir tadi semakin pudar di wajah. Siapa sangka, perempuan yang aku langgar itu ialah...

"Dina, Sara, Ikha." terbit satu senyuman nipis ke arah mereka bertiga, wajah yang amat aku rindui.

Sara dan Ikha membalas senyuman, tetapi bukan Dina.

"Maaf, aku terlanggar kau. Dina." tuturku sambil menundukkan pandangan dari memandanng ke arah mereka.

Dina diam, aku tersenyum.

"Aku minta maaf, aku faham kauorang malu nak bercakap dengan aku. Aku minta diri dulu, assalamualaikum."

"Waalaikumussalam," balas Sara dan Ikha,

Dina mengalihkan pandangan selepas figura Maya hilang, dia menarik nafas panjang.

"Dina..." panggil Sara sayu, namun Dina buat tak endah. Terus dia menukar topik.

"Dah, jomla. Cari buku. Nanti lambat pula," apa yang mereka berdua boleh buat, mereka hanya mengakur kata-kata Dina.

𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇

Aku berjalan perlahan di satu lorong gelap. Aku mengeluh sesaat. Kalau lah ada jalan lain, memang tidak lah aku nak lalu jalan ni. Jalan ini sahaja yang dapat menuju ke arah bus stop.

Aku melabuhkan punggung di atas kerusi yang disediakan. Telefon dikeluarkan dari dalam beg.

Leka aku menggesel skrin telefon, tiba-tiba ada satu tangan menekup mulutku pantas. Aku meronta untuk melepaskan diri tetapi gagal. Hidung menyedut sesuatu, makin lama badanku makin lemah. Tiada tenaga untuk melawan orang tersebut. Pandangan mula kabur dan gelap.

Selepas badan Maya tidak berdaya, lelaki itu senyum sinis. Akhirnya, kau akan jadi milik aku Maya.

"Assalamualaikum, Irfan. Maya dengan kau ke?" tanya along di dalam talian, Irfan mengangkat kening kanan ke atas.

"Tak ada. Kenapa along?" Irfan membalas dengan soalan. Sudah lama dia tak berjumpa dengan isterinya, rindu.

Along mengeluh. Ke mana pula adiknya ini pergi, dah nak Maghrib ni.

"Maya, dari tadi lagi tak balik. Dia kata nak study dekat perpustakaan, sebelum Maghrib dia balik. Masalah nya sekarang ni, dah Maghrib. Along risau apa-apa jadi dekat dia." jelas along, Irfan berkerut dahi.

Irfan mula risau, takkan dia masih di perpustakaan? Perpustakaan biasanya tutup sebelum Maghrib. Mustahil Maya masih disana.

"Tak apalah, along. Irfan cuba cari Sumayah." kata Irfan cuba untuk meredakan kerisauan along.

Along pun hanya bersetuju. Selepas mematikan percakapan di dalam talian, Irfan terus memulakan langkah untuk mencari Maya.

Belum sempat apa-apa, Irfan mendapat panggilan. Apabila melihat nama Rafiq terpampar di skrin, terus dia menggesel ke punat hijau.

"Wah, jawab rupanya. Ingat taknak jawab." Rafiq ketawa selepas mengatakan itu.

"Mana Sumayah?" itu yang keluar dari mulut jejaka itu.

Rafiq seolah-olah tergamam dengan soalan itu, sekali lagi dia ketawa. Ketawa suka.

"Wow, hebat la kau ni. Macam tahu-tahu aje aku yang pinjam dia."

"Kau jangan berani sentuh isteri aku." ucap Irfan berbaur amaran,

"Now try. To get your precious wife back, Irfan." selesai mengatakan hal demikian, panggilan dimatikan.

Irfan menumbuk dinding yang berada di hadapannya dengan perasaan yang tak dapat dia kawal saat ini.

𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇

Kelopak mata mula terbuka, aku mengerang pelan. Kepala yang masih rasa pusing aku membaringkan kepala di bingkai kerusi.

Tak lama selepas itu aku baru sedar keberadaan aku sekarang, aku pantas melihat sekeliling yang amat asing buat aku. Di mana kah aku sekarang? Tangan yang diikat dengan tali aku cuba untuk membuka. Namun sia-sia, dengan tenaga aku yang lemah sekarang tak mungkin dapat melepaskan diri.

"Wah wah, sleeping princess dah bangun."

Suami Ku Ketua PengawasWhere stories live. Discover now