𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇 | 𝟏 𝟐

13.2K 845 53
                                    

"Sumayah, bangun." satu panggilan itu membuat aku membuka mata sedikit,

"Mandi." tegasnya terlebih dahulu.

"Lima minit, lima minit..." balasku merenget, kelopak mata kukatup kembali.

"Tak ada lima minit, sekarang." bidas jejaka itu. Aih, tak bagi muka langsung!

Aku mencebik lalu dengan malas bangun dari baring seraya menggosok mata yang masih terlena, aku sempat menjeling ke arah Irfan sekilas lalu terus mengatur langkah ke bilik air. Dahlah poyo, hepokrit pula tu! Kutukku dalam hati,

"Kutuk aku?"

Alamak, macam mana dia tahu aku kutuk dia? Pakai ilmu apa mamat ni? "Mana ada aku kutuk kau, perasan." balasku selamba,

Selepas habis aku menyegarkan diri, serta mengenakan baju uniform, tudung berserta nametag yang dijahit pada tudung.

Sedang kami bersiap, secara tidak sengaja aku hampir terjatuh di atas lantai. Kenapa aku rasa lambat pula nak jatuh ni? Bahkan terasa seperti satu tangan yang merangkul pinggangku, terlihat Irfan yang menyambutku dari jatuh ke lantai. Kini anak mata kami bertentangan, lama.

Sedang kami berdua termenung sesama sendiri, pintu bilik diketuk. "Irfan, Maya! Ummi dan abah panggil, turun makan!" jerit Abang Imran dari luar, tersentak kami berdua dengan jeritan Abang Imran, kami membalas serentak.

"B-baik!"

Kami segera membetulkan kedudukan, "Irfan, tali leher kau tu." tegurku apabila melihat tali leher Irfan yang tidak ditarik, dia memandang tali lehernya sekilas lalu beralih pandangan ke arahku.

"Tolong betulkan." pintanya spontan,

Tersentak aku seketika, aku tak salah dengan kan? Dia minta aku untuk betulkan tali leher dia? Aku pula yang meremang, "Tangan kau ada kan? Betulkan lah sendiri." balasku tanpa memandangnya,

"Sebagai seorang isteri, perlu taat arahan suami. Kalau tak, jadi isteri...?" Irfan menyuruh aku menyambungkan ayat terakhirnya, nak perli aku lah tu!

Aku dengan riak yang tidak puas hati terus membetulkan tali lehernya, sebaik sahaja aku membetulkan tali lehernya, tiba-tiba aku terasa seperti satu tarikan dari belakang.

"Irfan!" Pekikku ke arahnya, terus figura itu lari menuju keluar dari bilik.

Anak ayam punya suami! Suka hati dia aje tarik tudung aku, ingat senang ke nak bentukkan awning ni?! Rasa geram membuak-buak dalam hati, Ya Allah apa nasib aku dapat suami macam ni? Rungutku dalam hati.

Aku terus menuruni tangga dengan sedikit hentakan, rasa geram masih terbuak-buak. "Maya, mari sarapan. Isikan perut yang kosong tu dulu, barulah semangat nak pergi sekolah." ajak ummi riang, aku tersenyum dengan kata-kata ummi. Haihlah, sejuk sikit hati.

"Terima kasih, ummi." ucapku dengan penuh senyuman dibibir,

"Tak perlulah nak berterima kasih, lagipun Maya kan anak ummi." bidas ummi sambil menghadiahkan senyuman,

"Serba salah pula sebab tak tolong ummi dekat dapur tadi." kataku bersalah,

"Alah, takde apalah. Ummi memang nak buat sendiri, dah usia pun makin meningkat kan, nak buat apa aje?" luah ummi,

"Ummi, abah. Kitaorang pergi dulu ye, assalamualaikum." ucap aku dan Irfan meminta diri lalu mencium tangan kedua orang tua itu, mereka mengangguk serentak.

"Waalaikumussalam, yelah. Hati-hati ya," pesan ummi, kami pantas mengangguk.

𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇

Sampai di depan sekolah, aku dan dia beralih pandangan. Aku yang teringat tentang kejadian tadi terus meninggalkan Irfan sendiri lalu meluru ke kelas.

Aku memasuki kelas lalu melabuhkan punggung di atas kerusi, sedang aku melayan perasaan geram, tiba-tiba satu cadangan yang bernas terlintas di fikiran. Aku memetik jari, lalu senyuman sinis terukir dibibir. Tunggu kau!

Tiba waktu rehat, semua rakan-rakanku sudah pun menuju ke kantin terlebih dahulu. Secara tiba-tiba aku mengukirkan senyuman sinis, aku keluar dari bilik tingkatan lalu menuju ke kelas sebelah, 5 Al-Fateh. Aku menoleh ke kiri dan ke kanan, tiada orang. Yes! Adalah kesempatan aku nak mulakan misi.

Aku perlahan melangkah ke tempat si jejaka itu, aku mengeluarkan cicak dari poket baju sekolah. Ye, cicak, tapi plastik. Lalu tanpa melengahkan masa, terus aku meletakkan cicak plastik itu kedalam buku teks milik jejaka itu. Selesai aku buat apa yang patut, terus aku keluar dari kelas itu. Hahaha, padan muka!

"Kauorang, sorry lambat." pintaku maaf,

"Takpe, kau pergi mana tadi?" soal Sara. Aku teragak-agak untuk menjawab pertanyaan Sara,

"Tadi aku tertinggal barang dekat dalam kelas, itu yang lambat sikit." tipuku, apalah jadi kalau mereka tahu apa yang aku buat ni ye?

"Oh, dah jumpa barang kau tu?" soal Dina pula, aku mengangguk.

"Dah-dah, jom makan kejap lagi waktu rehat habis baru nak menggelupur." cantas Ikha lalau menadah tangan,

Tiba kami dirumah, terus aku meluru ke bilik bersebelahan dengan bilik kami. Irfan yang dari tadi merenungku tajam terus dia mengejarku.

"Sumayah, kau buka pintu sekarang." tegas Irfan sambil memulas tombol pintu yang dikunci olehku,

"Taknak!" bentakku.

"Sumayah!" tegasnya lagi dengan nada yang sedikit tinggi, mati aku! Tak, aku takkan buka!

Malam pun menjelma, aku perlahan-lahan membuka pintu lalu mendongakkan kepala sedikit untuk memeriksa keadaan. Tiada orang.

Ummi dan abah, nak honeymoon katanya, alang-alang esok cuti kan? Kalau Abang Imran pula, keluar dengan kawan-kawan dia, jadi mesti dia balik lambat. Jap, maksudnya...

Hanya tinggal aku dan dia?! Hanya kami berdua? Dalam satu rumah??? Uh oh, taknak!

Aduh, waktu ni jugalah perut nak menyanyi. Aku keluar dengan perlahan lalu bergegas menuju ke dapur untuk mengisi perut yang kosong. Ada mi segera, bolehlah masak kejap.

Selesai aku menyiapkan mee segera, aku terus mengisikan botol air di watercooler. Sedang aku mengisi, aku terasa seperti ada satu hembusan nafas yang berada di belakangku yang mematikan perbuatanku. Aku menoleh perlahan ke belakang dan terlihat jejaka itu sedang merenungku tajam.

"Ingat dah taknak keluar." sindirnya, aku hanya diam.

"Kau takde apa-apa nak share dengan aku?" soalnya serius dengan riak sinis.

"Share apa?" aku membalas dengan soalan,

"Cicak plastik?" jawabnya, aku terkedu.

"Puas hati kenakan aku, hm?" tanya Irfan sambil memeluk tubuhnya.

"Kau yang mula, aku sambunglah." balasku, dia merenung ke arahku tajam. Perlahan-lahan aku cuba mengelakkan diri, terus aku berlari menuju ke bilik. Tapi apakah daya, Irfan lebih pantas. Dia menggenggam lenganku kuat,

"Lepaslah Irfan!" pintaku rayu,

"Taknak." balasnya dingin.

"Sakitlah!" aduku,

"So?" sinisnya lagi,

Sedang aku cuba menepis, lain pula yang jadi. Aku tersandar di dinding, Irfan menahan tangannya di dinding. Kini, aku berada di dalam perangkap. Tiada tempat untuk lari lagi, "Kau nak lari mana?" sinisnya,

"Lepaslah Irfan!" herdikku sambil menolak dadanya,

Dengan perlahan dia berhenti menahan tangannya dari mengepungku, aku sudah menarik nafas lega. Tapi dengan tiba-tiba, Irfan menarik rambutku yang tidak terikat. Terus dia berlari masuk ke bilik.

"Tu sebagai denda sebab kenakan aku."

"Irfann!" Ya Allah, geramnya aku!

𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇

Adeh, maafkan author ye, chapter ni banyak gaduh aje haha, hope semua enjoy ye, sorry kalau tak best, i'll try my best okay.

Suami Ku Ketua PengawasWhere stories live. Discover now