𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇 | 𝟑 𝟕

10.8K 713 62
                                    

"Maya, okey ke nak ke sekolah ni?" aku mengangguk.

"Kalau Maya masih belum sedia, papa boleh cakap dengan pengetua. Papa boleh ceritakan semuanya." sambung papa, buat kali ke sekian. Risau kalau anak perempuan mereka ini dibahan atau diejek mungkin.

Aku hanya menggeleng tanda tidak perlu. "Tak apa lah, mama, papa. Maya kan dah nak SPM, nanti tak datang, susah pula."

"Tapi-" belum sempat mama menghabiskan ayat, aku pantas memotong.

"Mama, jangan risau lah. Maya tahu apa yang Maya buat. Mama dan papa doakan Maya tau." balasku lagi bagi meyakinkan mereka.

"Yalah, Maya hati-hati. Kalau ada apa-apa, terus call mama dan papa." pesan mama, aku hanya mengangguk faham.

Sampai di depan kawasan sekolah, aku menarik nafas panjang. Bacaan bismillah di lafaz di bibir. Ya Allah, Kau mudahkan lah segala urusan aku hari ni. Aamiin.

Baru sahaja satu langkah, sudah aku mendengar kutukan dari beberapa orang murid.

"Dia kan yang peluk lelaki dalam kelab malam tu, tak malu gila datang sekolah ni macam tak ada apa-apa yang berlaku."

Satu persatu kutukan memasuki gegendang telinga, tapi aku cuma buang itu jauh-jauh. Don't let them get you, Maya. Kau boleh lalui semua ni. You can do it!

Aku memasuki kelas, dengan kaki yang mula menggigil. Aku memberi salam. Kelihatan semua yang memandang ke arahku dengan wajah yang menyampah. Aku lihat ke arah Dina, Sara dan Ikha, Sara tersenyum nipis ke arahku. Aku membalasnya lalu duduk di tempatku. Aku diam. Aku tahu ramai mata yang memandang ke arahku saat ini. Namun aku buat tak endah.

Terasa janggal sangat. Seperti aku dan mereka tidak saling mengenali, hal itu membuat aku rindu. Rindu dengan kenangan kamu berempat yang dulu. Kalau lah boleh putarkan masa.

𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇

Sewaktu rehat, aku duduk di tempat yang agak tersembunyi dari semua pelajar. Aku membuka bekal yang dimasak oleh mama, nasi goreng.

Sedang aku menikmati makanan yang aku suap ke dalam mulut, Farisya dengan senyuman sinis berjalan ke arahku. Aku mendongak memandangnya.

"Best tak, makan sorang-sorang?" tanya Farisya, aku diam. Tidak menjawab pertanyaan gadis itu.

"Wah. Dalam keadaan macam ni pun, kau tetap nak berlagak?" sambungnya lagi, dan lagi aku diam.

Farisya yang tidak senang dengan balasan dari aku terus dia menepis bekal yang berada di tanganku.

"Kau apa hal, tu rezeki kau tahu tak?!" tengkingku, terkejut gadis itu buat seketika. Nak sangat kau main dengan api. Dia senyum sinis.

"Haih, Maya... Maya. Ingat tau, setiap tutur kata yang aku keluarkan. Aku akan laksanakan sampai jadi kenyataan."

Tiba-tiba satu imbasan memori muncul ke dalam mindaku.

"Aku akan buat semua orang bencikan kau."

Aku pandang Farisya. Takkan dia...

"Ya, aku yang viralkan gambar kau. Akhirnya, semua orang dah benci kau. Including Irfan." ujarnya bangga dengan senyuman yang tidak pudar di wajah.

Di saat itu, mataku berkaca. Aku mendekati Farisya lalu pantas aku menolak tubuh gadis itu hingga badannya mencium tanah.

"Sakitlah!"

"Sakit? Kau tahu pula sakit eh, habis kau ingat hati aku tak sakit ke perempuan?! Apa dosa aku pada kau, Farisya? Kenapa kau sanggup buat aku macam ni!" tengkingku sekuat hati. Air mutiara yang mengalir cepat-cepat aku kesat lalu terus aku lari beredar dari situ.

𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇

Sedang aku bersendirian, tiba-tiba ada seseorang yang datang mendekatiku. Aku tidak lihat tapi aku dapat rasa.

"Maya sayang, you buat apa dekat sini. Hm?" aku perlahan-lahan mendongak ke arah tuan punya suara. Aku terkejut sesaat.

"Kau nak apa lagi, Rafiq? Jangan ganggu aku lagi." balasku dengan suara yang serak.

"You nangis ke, hm?" tanya Rafiq lalu tangannya naik mahu menyentuh pipiku, pantas aku menepis.

"Apa benda kau ni, tak faham bahasa? Aku cakap jangan ganggu aku lagi!"

"Wow, my baby is so garang ya. Kau buat aku lagi tertarik dengan kau, baby."

"Stop panggil aku dengan perkataan tu, aku benci perkataan tu keluar dari mulut kau!" tengkingku, Rafiq hanya menayangkan senyuman sinisnya ke arahku.

"Kau tak perlu nak tipu diri kau lagi, sayang. Irfan dah bencikan kau, dia dah taknak kau. Lepas dia nampak gambar kita."

Aku tersenyum senget, "Aku dah agak ini semua ada kena mengena dengan kau. Kau dan Farisya bersekongkol. By the way, pembetulan. Not our picture, but edit picture." balasku senoktah.

"Apa salahnya kalau orang fikir tu real picture pun sayang, bukan ke tu lagi bagus?"

PANG!

Bunyi tamparan yang agak kuat di kawasan itu, aku tampar pipi jejaka itu sekuat hati. Aku marah, marah sangat.

"Kau jangan nak merepek lah, Rafiq! Ni soal, air muka aku, air muka keluarga aku! Maruah aku bukan untuk dipijak lah!" tengkingku lagi. Rafiq tersentak. Tidak sangka gadis yang selama ini dia kenal sebagai gadis yang lemah lembut, kini dia berubah menjadi gadis yang agak mengerikan. Intresting.

"Jangan lah marah sangat, sayang. Nanti tak cantik lah."

"Stop!"

Aku dengan pantas mencapai beg galasku lalau digalas di sebelah bahu kanan, aku mendekati ke arah Rafiq. Aku menunjuk wajahnya dengan jari telunjuk.

"Kau. Berhenti kejar aku, berhenti kacau aku." selesai aku memberi amaran, terus aku beredar dari kawasan itu.

Hilang sahaja Maya dari pandangan Rafiq, dia tersenyum senget.

"I will never give up on you, sayang. Never."

𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇

"Irfan tak ada kata nak datang ke?" soalku ke arah along, dia membalas dengan gelengan. Aku mengeluh. Adakah betul apa yang Farisya kata, Irfan... Dah benci aku?

"Maya, jangan lah sedih. InShaAllah, nanti dia datang. Jangan la fikir yang bukan-bukan." aku hanya senyum, lalu mengangguk.

"Tak apalah, Maya masuk bilik dulu. Dah mengantuk." ujarku mengundur diri, along mengangguk.

Tiba aku di dalam bilik, aku perlahan-lahan menuju ke arah katil. Aku membuka skrin telefon melihat kunci skrin, gambar perkahwinan kami. Aku tersenyum nipis, terimbas semua kenangan kami bersama. Perasaan rindu tiba dalam diri yang sunyi. Bila lagi aku boleh hidup macam dulu, bersama kawan-kawanku, bersama suamiku. Jujur aku rindu.

Apabila aku sedar satu air panas mengalir ke pipiku, aku terus kesat. Aku sedar yang aku tak boleh jadi macam ni terus, aku perlu bangkit. Untuk kebaikan aku juga. Aku mengatur langkah ke bilik air untuk mengambil wudhu'. Untuk solat sunat hajat.

Selesai menunaikan solat sunat, aku menadahkan tangan. Ya Allah, Kau permudahkan lah segala urusan yang telah Kau beri kepada ku ini. Jujur aku tak kuat untuk menghadapi masalah ini seorang diri. Aku perlukan Irfan, suami aku. Aku mohon Ya Allah. Aamiin, Ya Rabbal Alamin.

Ya Allah, jagakan lah isteri aku. Pelihara lah dia dari fitnah yang bakal menimpanya. Aku tahu dia tak mampu hadap semua ini seorang diri, tolong jagakan dia untuk aku Ya Allah. Tolong berikan aku petunjuk untuk menyelesaikan segala masalah ini Ya Allah. Aamiin, Ya Rabbal Alamin.

Demi nama-Mu Ya Allah, aku cintakan dia kerana-Mu.

Suami Ku Ketua PengawasWhere stories live. Discover now